BAB 1: Kitab Qawaa’idul Aqaaid fit-Tauhid (kaedah-kaedah tauhid).
Penyucian Dzat Allah
Allah
swt bukanlah jisim (corporeal) yang berbentuk, bukan jauhar (elemen) yang biasa
di batasi dan di ukur. Dia tidak seperti jisim, yang boleh di ukur dan boleh di
bahagi. Dia bukan jauhar dan juga bukan yang di tempati oleh jauhar, bukan
‘aradh (sifat yang ada pada elemen) dan juga bukan yang di tempati oleh ‘aradh,
Dia tidak seperti segala sesuatu yang di wujudkan-Nya, bahkan segala sesuatu
yang di wujudkan-Nya juga tidak seperti Dia.
Tidak
ada sesuatu pun yang menyamai-Nya, dan Dia tidak sama dengan apa pun. Dia tidak
boleh di ukur oleh apa pun dan tidak terjangkau oleh penjuru, Dia tidak diliputi
oleh arah dan tidak termuat oleh bumi dan langit. Dia ‘bersemayam’ (istiwa’) di
Arasy sesuai dengan maksud dan aspek yang difirmankan-Nya, sesuai dengan makna
yang dikehendaki-Nya, dengan istiwa’ yang tersucikan dari bersentuhan, menetap,
bertempat, menempati dan berpindah-pindah.
Dia
tidak dibawa oleh Arasy, namun justru arasy dan para malaikat penjaga arasy dibawa
oleh kelembutan Kekuasaan-Nya dan dipaksa berada dalam ‘Genggaman-Nya’. Dia
berada ‘di atas’ arasy, langit dan ‘di atas’ segala sesuatu sampai pada batas
bintang yang tertinggi sekalipun, dengan ketinggian yang tidak boleh menambah
dekat dengan arasy dan langit, sebagaimana tidak boleh semakin jauh dari bumi
dan dataran yang paling rendah sekalipun, bahkan Dia-lah Yang Maha tinggi
darjat-Nya dari arasy dan langit. Dia lebih tinggi darjat-Nya daripada bumi dan
dataran paling rendah.
Meskipun
begitu Dia lebih dekat dengan segala sesuatu yang ada, Dia lebih dekat kepada
hamba-Nya daripada urat lehernya. Dia menyaksikan segala sesuatu, dekatnya
tidak sama seperti dekatnya jisim (benda), demikian pula Dzat-Nya. Dia tidak
menempati benda dan tidak ditempati oleh benda. Tidak memerlukan ruang dan waktu,
bahkan Dia wujud sebelum diciptakannya ruang dan waktu, sementara Dia sekarang
masih tetap seperti semula.
Dia
sama sekali berbeda dengan makhluk-Nya dalam segi Sifat-sifat-Nya. Di dalam
Dzat-Nya tidak ada unsur lain, sementara pada yang lain juga tidak ada Dzat-Nya.
Dia suci dari segala perubahan dan penggantian, tidak ditempati oleh segala
yang bersifat baru (hawaadits) dan tidak dihinggapi oleh sifat-sifat baru yang
non-esensial, akan tetapi Dia senantiasa dalam Sifat-sifat keagungan-Nya yang
tersucikan dari sifat aus dan sirna, dalam Sifat-sifat kesempurnaan-Nya itu
tidak memerlukan penyempurnaan tambahan. Wujud Dzat-Nya dapat diketahui secara
rasional, dan dapat dilihat melalui mata hati, sebagai nikmat dan
kelembutan-Nya terhadap orang-orang yang baik di syurga yang abadi, untuk
menyempurnakan terhadap nikmat-nikmat-Nya adalah dengan boleh menyaksikan
‘Wajah-Nya’ Yang Mulia.
Hayat Dan Qudrat
Allah
swt Maha Hidup (Hayat) dan Maha Kuasa (Qudrat), Maha Perkasa yang tidak kenal
keterbatasan dan kelemahan, tidak kenal mengantuk dan tidur, tidak terkena
keausan (fana) dan kematian.
Dia
pemilik kerajaan, alam Malakut, keagungan dan alam Jabarut, Dia Yang memiliki
kekuasaan, kekuatan, untuk boleh memaksa, penciptaan dan titah perintah. Langit
dilipat dengan ‘Tangan Kanan-Nya’, seluruh makhluk terpaksa dalam
‘Genggaman-Nya’.
Dia
sendirian dalam mencipta, membangun dan berkreasi. Dia menciptakan makhluk-Nya
dan seluruh perbuatan yang telah ditakdirkan tidak ada yang lepas dari
‘Genggaman-Nya’. Segala pelaksanaan seluruh masalah tidak pernah ada yang luput
dari kekuasaan-Nya. Seluruh apa yang ditakdirkan-Nya tidak boleh di hitung, apa
yang Dia ketahui tidak pernah berakhir.
Ilmu
Allah
swt Maha Mengetahui seluruh objek pengetahuan. Dengan Ilmu-Nya Dia mengetahui
secara sempurna terhadap segala apa yang berlaku di bumi yang paling rendah
sampai yang ada di langit yang tertinggi. Semuanya tidak pernah ada yang luput
dari jangkauan Ilmu-Nya walau sebesar atom, baik yang ada di langit dan di
bumi, bahkan Dia tahu gerakan dan merayapnya semut hitam yang ada di batu hitam
yang keras pada malam yang gelap gelita.
Dia
mengetahui gerak atom di ruang angkasa. Dia Maha Mengetahui segala rahsia dan
yang sangat tersembunyi. Dia melihat suara dan bisikan hati serta rahsia-rahsia
hati nurani dengan Ilmu-Nya yang Qadim dan Azali, di mana Dia senantiasa
menyandang Sifat-sifat Azali, bukan dengan ilmu baru yang diperoleh dalam
Dzat-Nya dengan cara bertempat dan berpindah-pindah.
Iradat
Allah
swt adalah Yang Menghendaki adanya alam raya, Yang mengelola sarwa jagat yang
serba baru. Sehingga tidak pernah ada sesuatu pun yang berlaku dalam sarwa
kekuasaan-Nya kecuali kerana keputusan Qadha’, Qadar-Nya, kebijakan hukum dan
Iradat (kehendak)-Nya, baik sesuatu itu sedikit atau banyak, kecil atau besar,
baik atau buruk, merbahaya atau manfaat, iman atau kufur, mengetahui atau tidak
mengetahui, untung atau rugi, lebih atau kurang, taat atau maksiat.
Maka
apa yang di kehendaki-Nya akan terjadi dan apa yang tidak di kehendaki-Nya tidak
akan terjadi; tidak ada sesuatu pun yang terjadi tanpa kehendak-Nya, walaupun
hanya sekejap mata atau sebersit fikiran. Lebih jauh lagi Dia adalah Pencipta
awal dan Yang mengembalikan seperti semula, Dia Maha Berbuat apa yang dikehendaki-Nya.
Tiada yang boleh menolak terhadap apa yang menjadi keputusan hukum-Nya dan
tidak ada yang boleh menyalahkan keputusan-Nya.
Tidak
ada tempat berlari bagi seorang hamba dari kemaksiatan yang telah ia lakukan
kecuali kerana pertolongan dan rahmat-Nya. Tidak ada kekuatan bagi seorang
hamba untuk berbuat taat kepada Allah kecuali kerana Kehendak dan
keinginan-Nya. Maka kalau misalnya manusia, jin, malaikat dan syaithan
berkumpul untuk bersama-sama menggerakkan atau menghentikan atom di alam ini
dengan tanpa Kehendak Allah dan Keinginan-Nya, nescaya mereka tidak akan mampu
melaksanakannya.
Sifat
Iradat-Nya adalah terkait dengan Dzat-Nya, termasuk juga seluruh
Sifat-sifat-Nya yang lain. Dia sentiasa menyandang Sifat Iradat, Dia
berkehendak sejak zaman Azali, kerana wujudnya segala sesuatu sesuai dengan
waktu yang telah di tentukan sejak zaman azali, dengan tanpa terlambat sedikit
pun atau lebih awal dari waktu yang telah di tentukan. Bahkan semua itu terjadi
dengan Ilmu dan Iradat-Nya tanpa perubahan dan pergantian. Dia mengatur segala
sesuatu dengan tanpa struktur pemikiran, dan tanpa menunggu waktu, kerana Dia
tidak di sibukkan oleh urusan-urusan yang ada.
Af’al
Sesungguhnya
segala sesuatu yang wujud di alam raya ini, selain wujudnya Allah adalah kerana
Perbuatan (Af’al) Allah dan pancaran dari keadilan-Nya yang sangat baik, paling
sempurna dan adil. Dia Maha Bijaksana dalam segala perbuatan-Nya, Maha adil
dalam segala keputusan-Nya dengan keadilan yang tidak boleh diukur dengan
keadilan hamba, kerana keadilan seorang hamba masih boleh ditemukan unsur
kezaliman, dengan menggunakan hak orang lain untuk kepentingan dirinya. Sementara
itu tidak mungkin boleh ditemukan suatu tindakan kezaliman bagi Allah, kerana
tidak mungkin akan berbenturan dengan kepentingan atau milik orang lain
sehingga terjadi intervensi terhadap hak milik orang lain yang mengakibatkan
tindakan zalim.
Segala
sesuatu selain Allah, yang mencakup manusia, jin, malaikat, syaitan, langit,
bumi, haiwan, tumbuhan, jauhar (elemen), aradh (sifat), segala sesuatu yang
dapat di indera, semuanya adalah barang baru yang diciptakan Allah dengan
Kekuasaan-Nya yang sebelumnya tidak ada. Kerana di zaman Azali hanya Dia Yang
Wujud, lalu Dia menciptakan makhluk untuk menunjukkan Kekuasaan-Nya dan
merealisasikan Kehendak-Nya yang sudah ada sebelum-Nya, serta kebenaran
Kalimat-nya dalam (zaman) Azali, bukan kerana Dia memerlukan dan memerlukannya.
Sesungguhnya
Allah swt dengan ciptaan, inovasi dan pemberian tugas kepada hamba untuk
beribadat kepada-Nya merupakan refleksi anugerah-Nya, bukan kerana Dia wajib
melakukannya. Pemberian nikmat yang melimpah dan kebajikan adalah anugerah
dari-Nya, dan bukan kerana keharusan, kerana Dia Yang memiliki keutamaan,
kebajikan, nikmat dan anugerah.
Apabila
Dia Kuasa menimpakan berbagai macam bencana kepada hamba-hamba-Nya, menguji
mereka dengan berbagai musibah dan malapetaka, maka apabila Dia melakukan hal
itu, maka tindakan itu merupakan suatu keadilan, dan bukan suatu tindakan yang
buruk dan zalim. Jika Dia memberikan pahala atau janji yang menggembirakan
kepada hamba-hamba-Nya yang taat, maka tindakan itu adalah atas dasar kemuliaan
dan janji yang diberikan, bukan kerana Dia berhak untuk di tuntut harus
melakukannya, kerana bagi Allah tidak ada kewajipan untuk melakukan sesuatu.
Dan
tidak boleh digambarkan bagaimana mungkin ada kezaliman muncul dari Allah, Dia
juga tidak wajib melakukan sesuatu kerana ada tuntutan hak dari hamba-Nya,
sebab kewajipan hamba adalah melakukan ketaatan yang telah diwajibkan kepada
mereka melalui lisan para nabi-Nya, bukan semata-mata kerana keharusan melalui
analisa akal. Tetapi Dia mengutus para rasul dan menunjukkan kebenaran kepada
mereka melalui mukjizat-mukjizat yang faktual. Dengan demikian, para Nabi itu
telah menyampaikan perintah dan larangan Allah, janji dan ancaman-Nya, sehingga
makhluk-Nya wajib membenarkan terhadap segala apa yang telah mereka bawa.
Allah
swt telah mengutus Nabi yang Ummiy dari suku Quraisy, Muhammad SAW dengan
membawa risalah-Nya kepada seluruh penduduk Arab dan bukan Arab, jin, manusia,
maka terhapuslah berbagai syariat terdahulu kecuali yang di tetapkan kembali.
Allah memberikan kelebihan dan keutamaan kepada Nabi Muhammad SAW daripada
seluruh Nabi yang mendahuluinya, dan menjadikannya sebagai pemimpin manusia.
Allah
swt menolak kesempurnaan iman dengan hanya Syahadat Tauhid, iaitu ucapan ‘Laa ilaa ha illallah’ (Tiada Tuhan
Yang Berhak disembah melainkan Allah), yang tanpa dilengkapi dengan Syahadat
Rasul, iaitu ucapan ‘Muhammadur Rasuulullah’ (Muhammad adalah utusan Allah).
Oleh kerana itu, Allah mewajibkan kepada semua makhluk untuk membenarkan
terhadap semua yang diakui oleh Rasulullah, baik yang menyangkut masalah
duniawi mahu pun yang berkaitan masalah ukhrawi.
Sesungguhnya
iman seorang hamba tidak boleh diterima, sehingga ia mengakui dan menyakini
tentang berita-berita setelah kematian yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Yang diawali oleh pertanyaan Mungkar dan Nakir, dua malaikat yang menyeramkan
dan berusaha membangunkan hamba di dalam kuburnya sehingga ia (mayat) duduk
dengan tegak, baik ruh mahupun jasadnya, kemudian mereka bertanya kepada hamba
tentang tauhid dan Risalah. ‘Siapa Tuhanmu, apa agamamu?’ dan ‘Siapa Nabimu?’
Keduanya adalah malaikat penguji di alam kubur, di mana pertanyaannya merupakan
awal ujian dalam kubur, setelah kematian.
Seorang
hamba harus beriman dan membenarkan adanya siksa kubur, dan sesungguhnya itu
adalah sesuatu yang benar dan mesti terjadi. Sementara itu keputusan hukum Allah
adalah adil, yang akan diberlakukan terhadap jasad dan ruh sesuai dengan yang
di kehendaki-Nya.
Seorang
hamba juga harus menyakini adanya Mizan, iaitu neraca amal yang memiliki dua
piringan timbangan dan penunjuk standard, besarnya Mizan adalah sebesar
lapisan-lapisan langit dan bumi, di mana amal perbuatan hamba dengan kekuasaan
Allah akan di timbang di dalam neraca amal tersebut. Neraca amal ini mampu
menimbang amal seberat inti atom dan bahagian-bahagian terkecil yang hampir
tidak memiliki berat, untuk merealisasikan keadilan Tuhan. Lembaran-lembaran
amal kebaikan makhluk akan di lemparkan di dalam piringan bersinar terang dalam
bentuk yang sebaik-baiknya, akhirnya kerana dengan anugerah Allah neraca amal
ini akan menjadi mantap beratnya sesuai dengan ukuran tingkatan amal di sisi
Allah. Sementara itu lembaran-lembaran amal perbuatan jahat akan di lemparkan
ke dalam piring timbangan yang gelap, akibatnya dengan keputusan hukum keadilan
Allah timbangan itu menjadi ringan.
Seseorang
juga harus beriman bahawa Sirath adalah sesuatu yang haq dan mesti akan
terjadi, iaitu suatu jembatan yang membentang di atas relung Jahannam, yang
lebih tajam daripada pedang, dan lebih lembut daripada rambut. Dengan keputusan
hukum Allah, ketika orang-orang kafir melintasi jambatan itu, maka telapak kaki
mereka akan tergelincir, sehingga mereka tercebur ke dalam neraka. sementara
telapak kaki orang-orang Mukmin akan tetap tertancap kukuh, akhirnya mereka
akan di giring menuju ke tempat tinggal yang abadi.
Seorang
hamba juga harus beriman dengan Khaudh (telaga) yang bakal didatangi oleh
orang-orang Mukmin, iaitu telaga Rasulullah Muhammad SAW yang orang-orang
mukmin akan minum dari air telaga tersebut setelah mereka melintasi jambatan
dan sebelum masuk ke dalam syurga. Orang yang minum seteguk air telaga tersebut
tidak akan merasakan haus untuk selama-lamanya. Luas telaga itu adalah seluas
langit. Di telaga ini mengalir dua saluran air yang menuju Kautsar.
Seseorang
juga harus beriman dengan adanya hari Hisab (perhitungan amal). Ummat manusia
di hadapan Dzat Yang Menghitung amal perbuatan mereka adalah berbeza-beza. Di
antaranya ada yang mendapat dispensi, ada juga yang masuk syurga tanpa
perhitungan. Mereka yang masuk dalam golongan yang terakhir ini adalah
Al-Muqarrabun (orang-orang yang dekat dengan Allah).
Allah
SWT akan bertanya, sesuai kehendak-Nya, kepada para Nabi-Nya tentang
tanggungjawab mereka dalam menyampaikan risalah-Nya. Sementara Allah juga akan
bertanya kepada orang-orang kafir, mengapa mereka ingkar terhadap para
Rasul-Nya. Orang-orang pelaku Bid’ah juga akan ditanya tentang penyimpangannya
terhadap sunnah. Orang-orang Islam akan ditanya tentang amalnya.
Seseorang
juga harus beriman, bahawa dengan anugerah Allah orang-orang yang beriman akan
di keluarkan dari neraka, setelah mereka disiksa terlebih dahulu, sampai tidak
seorang pun yang beriman berada di dalam neraka.
Seorang
hamba harus beriman dengan adanya syafaat para Nabi, kemudian para ulama, para
syuhada’, kemudian orang-orang mukmin yang lain, sesuai dengan kapasitas
tingkat keimanan mereka. Sementara orang yang tidak mendapat syafaat, ia akan
dikeluarkan oleh Allah SWT dari neraka kerana semata kurnia-Nya. Orang yang
beriman kepada Allah tidak akan tinggal untuk selama-lamanya dineraka, bahkan
mereka yang tergolong orang yang memiliki iman yang sangat minimum, sekalipun
hanya seberat inti atom.
Hamba
Allah juga harus meyakini keutamaan dan darjat para sahabat, bahawa manusia
yang paling utama setelah Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, kemudian Umar, lantas
Utsman, lalu Ali -radhiyallahu anhum. Sudah seharusnya kita Husnudzdzan
(berprasangka baik) kepada semua sahabat Nabi, memuji mereka seperti pujian
Allah dan Rasul-Nya terhadap mereka. Semua itu sudah tertera dalam sunnah dan
atsar sahabat.
Barangsiapa
yang meyakini demikian maka ia tergolong Ahlul Haq dan pewaris sunnah,
sekaligus berpisah dengan golongan sesat dan bid’ah. Kita mohon kepada Allah
swt agar di beri keyakinan sempurna, kukuh dalam agama, bagi kita dan seluruh
ummat Islam. Dia Maha Pencurah Kasih. Semoga cinta kasih Allah tercurah kepada
Nabi Muhammad saw, keluarga dan seluruh sahabatnya.
Ø
Merupakan
karya utuh Imam Al-Ghazali dalam kitab majmu’ah Rasaail al-Imam Al-Ghazali,
Beirut, Darul Fikr, cetakan pertama, 1416 H/1996 M, hlm 160-4.
No comments:
Post a Comment