Yang Mungkin Ada
MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA
yaitu Cinta Allah kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.
- Cinta Zat pada Zat digelar JAM’I
yaitu cinta Zat pada Hakikat Muhammad- Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI
JAM’I- Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI FARAK saperti cinta seorang gadis
terhadap seorang teruna.
Cinta Allah Yang Pertama digelar
A’YAN yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya .
Oleh itu Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh
Asma’& SifatNya.
Penzahiran Cinta mengambil bentuk (
yaitu SifatNya ). Zat adalah Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah
Terhad. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.
Alam ini terbit daripada Allah dan
tiada yang lain kecuali Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham
:-
- Biji sawit terzahir dalam pokok
sawit dan pokok sawit itu didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka
lahirlah berjuta ekar ladang sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap
menjadi biji benih sawit akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji
cempedak.
Setiap ketika segalanya meminjam
wujud mereka daripada Allah dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka
yang mana adalah kosong.
ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung
) dan JAMAL ( Indah ) Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya
sama ada baik atau jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu
yang sama.
Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU
SIFAT. A’yan adalah bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat
adalah kesempurnaan bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari
Alam Yang Sementara kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada
Zat tetapi kembali kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan
keadaan di-Akhirat kelak.
Firman Allah :-
Segala-galanya binasa kecuali
WajahNya.
MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah
dengan bentuk A’yan dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud
yang dizahirkan. Ianya juga digelar BAYANGAN - Zil.
Firman Allah :-
Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan
kamu telah memanjangkan bayanganNya ?.
SIRI 4 - SIFAT
Alam Tajalli atau
MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah mithalan pemahaman sahaja.
Pada hakikatnya tiga ( 3 ) Peringkat
Tanazzulat ( Penurunan ) yaitu Ahdiyyat, Wahdah dan Wahidiyyat adalah satu dan
sama jua. Ahdiyyat berpadu dalam Wahdat dan Wahdat berpadu dalam Wahidiyyat.
Dalam Wahidiyyat semua Asma’
tersembunyiAsma’ mula mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudiannya di Alam
Mithal & Nasut.Dalam Hakikat Muhammad semua Nama Nama ( Asma’ )
tersembunyiDalam manifestasi Nabi Muhammad semua Nama Nama tersembunyi
melainkan HADI ( Pembimbing Yang Benar ).Bagi IBLIS semua Nama Nama tersembunyi
melainkan MUDHIL ( yang Menyesatkan )Allah itu Indah dansukakan Keidahan.
Indahadalah Sifat Zat. Allah menjadikan manusia itu dengan Sifat KeindahanNya sendiri.
KeindahanNya adalah CintaNya dan CintaNya adalah Keindahan.
Dia Yang Mencintai dan Dia jualah
Yang Di-cintai. Dia nampak DiriNya dalam KeindahanNya sendiri. Dia cinta
DiriNya sendiri. Allah tidak cinta pada yang lain selain DiriNya sendiri.
Allah mempunyai Kebaikan Yang Mutlak.
Dari Kebaikan Mutlak itu timbul Kejahatan. Apa yang nampak jahat ialah
perhubungan antara Nama NamaNya yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu
sendiri.
Perhubungan diantara satu daripada
Nama Nama Keagungan dengan yang lain saperti Latifah dengan Sifat yang lemah
Lembut berupa jahat tetapi jika dengan sendirinya ianya adalah baik.
Orang Syariat merujuk kebolehan
kebolehan ( faculties ) sebagai malaikat yaitu manifestasi manifestasi Kuasa
Kuasa Ketuhanan saperti malaikat angin, api dan sebagainya. Contohnya telinga
ialah manifestasi manakala pendengaran ialah kebolehannya ( telinga )
Zat Allah terzahir didalam Sifat.
Sifat terzahir dalam Kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan. Perbuatan
terzahir pada kesannya. Jika tidak ada badan dimanakah kebolehan ini boleh
ditunjukkan ?
Sifat tidak wujud berasingan dan
bukan tambahan kepada Zat. Pada segi pengetahuan Zat itu pengetahuan itu
sendiri. Begitulah seterusnya.
MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat
Tiada Ghayr ( yang lain ) yaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia
melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia
hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah
Satu dan tidak ada sekutu denganKu.
Zat dan Sifat adalah satu pada
hakikatnya dan berasingan dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Zat anda
secara sendirinya tidak boleh membuatkan anda melihat jika tidak ada sifat
yakni mata.
Zat ( Lahut ) adalah punca Sifat (
Jabarut ) . Sifat adalah punca Af’al ( Malakut ) dan Af’al adalah punca Athar (
Kesan ) . banyaknya Sifat adalah khayalan dalam ilmu. Ianya tidak wujud sama
ada didalam atau di luar Ilmu.
SIRI 5 - HAKIKAT atau A’YAN
Surah Al-Baqarah : 115
Dan bagi Allah timur dan barat,
kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) disitu ada Wajah Allah.
Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui.
TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat AllahBARAT = menunjukkan Keperluan
Penzahiran ( tajalli )
Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar
dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang
dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani )
Hanya ada satu Wujud yang timurnya
ialah Asma’ dan Sifat Allah dan baratnya Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang
Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari
mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’.
Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang
boleh dikenali dalam ilmu. Ini digelar A’yan Sabitah atau Maklumat oleh
mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falasafah.
- Dalam cintaNya kepada DiriNya
sendiri, Allah mengurniakan TajalliNya Yang Pertama ( Faid – u l- Al-Aqdas )
dan mereka mereka terzahir dalam IlmuNya.
- Kemudian dikurniakan TajalliNya
Yang Kedua ( Faid Maqdas ) dan mereka mereka ini terzahir diluar mengikut
alatan keperluannya.
- MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima
Kemurahan dan BerkatNya menurut bakatnya dari Allah . Oleh itu manifestasinya
berlainan dan bermacam-macam.
UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH
bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang
Terpelihara ) . Apa juga yang terzahir dalam Alam Benda mula mula tertulis pada
LOH.
Tidak ada benda hijau atau kering
melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin.
Biji benih melahirkan dirinya sebagai
akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya. Apabila ia menjadi details (
perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur /
Suhud.
Apabila Sifat dan Asma’ mengambil
bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu.
Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu dimana dapat
dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu Allah ) daripada RUBUBIYYAT ( Suasana
Manifestasi Pemerentahan )
Maka bermulalah peringkat peringkat
Asma’ – i Ilahi ( Nama Nama Pemerentahan ) dan Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama
Yang Diperentah )
Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang
diutus Allah ) Apabila A’yan mengambil bentuk maka bentuk itu lebih tertentu
lagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahulu itu menjadi batinnya.
Wujud objek adalah Wujud Biasa ( bertentangan dengan Wujud Mutlak atau wujud
Sifat )
Al-Baqarah ; 28
Kamu dahulunya MATI, maka
diberikanNya kamu HIDUP
Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan
wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.
Tidak ada Nama Allah yang tidak
menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT bukan tambahan
kepada Zat. Tiap tiap A’yan ialah manifestasi satu nama. Tiap tiap objek adalah
manifestasi Nama. Nama atau Asma’ memegang jambul objek itu dan memimpinnya.
Firman Allah :-
Apa sahaja yang merayap dan merangkak
adalah dalam tangan Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang
betul.Ini digelar JALAN
ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL
membimbing seseorang kejalan yang sesat.
Firman Allah :-
Barangsiapa yang disesatkanNya maka
tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar.
Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya
( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab
). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan
, maka hakikat hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka Ilmu
Allah tertakluk pada hakikat ini...
......tidak ada perubahan dalam
Kalimat kalimat Allah itu.
Yang dilaknati akan menyerah pada
hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan itu.
No comments:
Post a Comment