Monday, October 22, 2012

KITAB TOK KU PALOH (BAHAGIAN 1)

BAHAGIAN 1


Dari kitab Arwah Tok Ku Paloh untuk renungan kita bersama.....

Bismillah Hirrohman Nir Rohim.
·         ~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
·         ~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
·         ~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
·         ~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah.
Soal     : Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat itu di mana tempat pada diri kita??
Jawab  :
·         ~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita.
·         ~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita.
·         ~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita.
·         ~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-
·         ~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah.
·         ~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah.
·         ~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah.
·         ~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah.
Soal     : Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa?
Jawab  :
·         ~Adapun kejadian syariat itu daripada air.
·         ~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin.
·         ~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )
·         ~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.
Soal     : Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi?
Jawab  : Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut itu, sebenarnya ialah Nur Muhammad.
Soal     :  Tarikat itu kejadian daripada angin, adakah angin bertiup-tiup atau angin utara, selatan, timur, barat atau sebagainya??
Jawab  :  Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut di atas tu, Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.
Soal     : Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit, kuning pasir dan lain lain lagi?
Jawab  : Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut, sebenarnya ialah Tubuh Muhammad.
Soal     :  Makrifat itu kejadiaan daripada terang api, adakah seperti matahari, bulan, api biasa atau lampu atau api elektrik?
Jawab  : Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut, Sebenarnya ialah darah Muhammad. ~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu tanah, air, api & angin, maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air, asal air angin, asal angin api, dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah. Adapun diri yang zahir itu kepada kita perti berikut dibawah ini:-
1)      Bermula tanah itu menjadi daging pada kita.
2)      Air itu menjadi tulang pada kita.
3)      Angin itu menjadi urat pada kita.
4)      Api itu menjadi darah pada kita.
Maka masing2 ini kerjanya di dalam sembahyang.
Soal     : Tanah, air, api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang?
Jawab  :
·        Adapun Af’al api itu berdiri di dalam sembahyang.
·        Adapun af’al angin itu rukuk di dalam sembahyang.
·        Adapun af’al air itu sujud di dalam sembahyang.
·        Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang.
Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir. Adapun nyawa jasmani itu rohani, maka yang bernama rohani itu tubuh Muhammad hakikat, kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat-empat anasir itu, hanya semata2 tubuh Muhammad itu rohani.
Soal     : Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita?
Jawab  :  Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama  rohani itulah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad, maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan atas api neraka, dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang 5 waktu, nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya. Sabda Nabi SAW: Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir Allah, maka sia-sialah ia.
Bermula nafas itu atas 2 langkah: satu naik, kedua: turun, maka tatlaka naik itu sampai kepada tujuh petala langit maka berkata (Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah). Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah, tatkala masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk nafas namanya puji AH-AH, dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam, maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu, dengan menghadirkan makna ini sentiasa, di dalam berdiri, duduk dan di atas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya, maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah anggota hidup di dalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah ia di dalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuhnya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah di dalam kubur, maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa. Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu, dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu.
Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada malam 12000. Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam. Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam, inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir.
Sabda Nabi SAW: ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri )
Ertinya: Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku, sebab itulah dikatakan (Ahmadun Nuril Arwah) ertinya; Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya; Bapa sekelian tubuh.
·      Adapun yang dikatakan sebenar-benarnya fardhu itu ialah nyawa, kerana nyawa itu memerintah kepada badan kita, jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita.
·      Adapun Awal Muhammad itu Nurani.
·      Akhir Muhammad itu Rohani.
·      Adapun zahir Muhammad itu Insani.
·      Adapun Batin Muhammad itu Rabbani.
·      Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita.
·      Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita.
·      Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita.
·      Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita.
·      Adapun yang bernama Allah itu sifatnya.
·      Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud.
·      Adapun yang bernama insan itulah nyawa.
·      Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya.
·      Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan segala orang yang mengenal Allah Taala.
Soal     : Tatkala manakah ia bernama ‘HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘Allah‘ dan tatkala manakah ia bernama ‘Rahman‘.
Jawab  : Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama (HU) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal nyatanya ia bernama (Allah) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama (Rahman).
Soal     : Akan La Takyin itu martabat apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu martabat apa?
Jawab  : Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat zat (Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat (Muqaiyyid)
Soal     : Mana yang bernama zat mutlak dan mana yang bernama zat Muqaiyyid dan mana yang bernama Sifat Muqaiyyid?
Jawab  : Adapun yang bernama Zat Mutlak iaitu (Qaibal Quyub) atau lenyap. Maka zat Muqaiyyid itu Muqaiyyid dengan sifat dan asma dan Muqaiyyid dengan alam ini.
Soal     : Apa sebab 3 martabat itu dikatakan oleh pendita, tiada ia kepada baharu ujud?
Jawab  : Kerana martabat yang 3 itu sebab ia ketuhanan hak Taala daripada ujudnya dengan cahaya dan jauhar dan a’rad supaya jangan sama.
Soal     : Betapa beza hakikat Muhammad dengan Hakikat Insan?
Jawab  : Adapun Hakikat Muhammad dengan Insan itu umpama sumbu maka ada nyala di hujung sumbu itu, demikian juga hakikat Muhammad dengan Insan, maka yang lain itu hakikat Allah maka sempurnalah hakikat Makrifat diri kita dengan dia.
Soal     : Ahdiat,Wahdah, Wahdiat itu ketuhanan kepada Allah?
Jawab  : Satu ketuhanan zat, kedua ketuhanan sifat, ketiga ketuhanan Af’al asma’
Soal     : Akan alam roh, alam misal, alam ajsam, alam insan, apa kepada Allah Taala?
Jawab  : Adapun alam roh, alam misal, alam ajsam dan alam insan itu rohul Qudus kerana ia teladan  segala hakikat.
Soal     : Apa martabat Rohul Qudus??
Jawab  : Bayang hak Allah kerana Pusaka ia yang Esa.
Soal     : Apa pusaka mutlak atau pusaka zat Muqaiyyid?
Jawab  : Iaitu pusaka zat mutlak pandangan zat Muqaiyyid kerana 2 tilik,
1)     Tilik keatas maka iaitu Mutlak
2)     Tilik kepada Ujudnya iaitu zat Muqaiyyid
Soal     : Apa martabat Muhammad itu kepada kita tilik kita?
Jawab  : Adapun martabat Muhammad itu kepada kita Roh Idofi dan akan kita Sir Qalbi.
Soal     : Muhammad itu apa kepada Allah dan apa kepada insan?
Jawab  : Adapun akan Muhammad tilik takyin kepada Allah Taala khatam isyarat kepada kita.
Soal     : Betapa isyarat kepada kita? ( Makfirat )
Jawab  : Adapun isyarat makrifat itu kepada kita atas 4 hal:-
1)     Musyahadah
2)     Murakhobah kita
3)     Muqarannah
4)     Muqabalah
Inilah pekerjaan yang dikerjakan oleh ulamak.
Soal     : Apa sebab dinamakan dengan Musyahadah, Muraqobah, Muqaranah, Muqabalah?
Jawab  : Adapun sebab itu kerna ia menghasilkan zikir kepada rahsia yang mengzahirkan Baqa maqam rahsia.
Soal     : Muhammad itu apa ia kepada Allah dan Allah itu apa ia kepada Muhammad?
Jawab  : Adapun Muhammad itu sifat Allah dan Allah itu zat kepada Muhammad.
Soal     :  Hakikat Muhammad itu apa ia dan insan apa ia?
Jawab  : Adapun sebenarnya diri itu sifat Muqaiyyid ialah yang dinamakan ‘Akyan Sabitah’ maka Akyan Sabitah itu Hak Allah Taala disempurnakan dengan Hak Allah.
Soal     :  Apa dinamakan Hak Taala itu?
Jawab  : Adapun yang dinamakan Hak Taala yang tiada betapa dan tiada meminta. Inilah sebenarnya Hak Taala tiada baginya peri, maka hak Taala ( Peri yang Maha Tinggi )
Soal     :  Betapa hak kita kepada Allah Taala?
Jawab  :  Adapun hak kita kepada Taala itu bayang kepada haknya adapun hak kita serahlah akan bayang-bayangnya.
Soal     :  Maka hak itu pula apa kepada kita?
Jawab  : Apapun hak itu kepada kita zat sekali2.
Soal     :  Betapa dikatakan oleh segala ahli hakikat hak Taala itu tuhan kita?
Jawab  :  Sebab dikatakan itu kerana tatkala menilik dirinya menjadi tubuh insan kerana inilah pihak dikatakan ia tuhan dan pihak ujudnya dikatakan zat.
Soal     :  Adakah zat itu berzat pula kepada hakikat Muhammad itu adakah ia berzat?
Jawab  :  Adapun hakikat Muhammad itu hakikat Allah itulah sekali2 ditilik.
Soal     :  Apa sebab maka segala insan itu termulia kepada Allah daripada yang dijadikan?
Jawab  :  Adapun manusia termulia dari kerana Rohul Quddus. Inilah dimuliakan Allah Taala.
Soal     :  Roh Quddus itu nyawa siapa?
Jawab  :  Adapun roh Quddus itu nyawa Muhammad dan hakikat insan ia, maka sekelian itu ialah memerintah sekelian isi langit dan bumi.
Soal     :  Apa yang nyata Muallim itu?
Jawab  :  Adapun yang nyata di dalam Muallim itu Roh Idofi iaitu cermin yang suci.
Soal     :  Apa sebab Roh Idofi itu dinamakan cermin yang maha suci.Dan ditaksilkan dengan cermin  yang maha suci?
Jawab  :  Adapun roh idofi itu ditaksilkan cermin kerana ia nyata bayang2 yang di dalam cermin sebab itulah maka dinamakan cermin.
Soal     :  Apa sebab roh Quddus bayang2 Hak Taala?
Jawab  :  Kerana inilah maka dikatakan ia nyawa Muhammad iqtiqad Ulama’.
Soal     :  Kerana apa hak Taala itu nyawa kepada insan?
Jawab  : Kerana teladan ujudnya Hak Taala serupa dengan ujudnya yang berujud insan itu, tetapi dia di alam bahawa alam tiada berupa. Inilah dikatakan serupa tiada lain yang diserupakan kerana harus pada akal dan lafaz mengatakan:- “Nutasabiha wa pairi mutasabih”
Soal     :  Ujud yang mana serupa dengan insan itu,Ujud Mutlak atau Ujud Muqaiyyid?
Jawab  :  Adapun ujud yang serupa dengan insan itu ujud Muqaiyyid jua.
Soal     :  Yang mana dinamakan Ujud Muqaiyyid itu?
Jawab  :  Inilah Ujud Allah Taala hakikat ujud insan yang dinamakan Muqaiyyid itu kerana ialah pertambatan hak Taala.
Soal     :  Apa sebab hak Taala dikatakan oleh segala ahli hakikat dan segala ahlillah insan itu hak Taala?
Jawab  :  Kerana mengzahirkan akan dirinya kepada insan sifat Allah,Itulah sebab dikatakan itu.
Soal     :  Adakah hakikat bertakyin itu sampai ‘Makrifat’ insan itu ke sana atau tiadakah?
Jawab  :  InsyaAllah Taala. Mudah mudahan dikurniai hal keadaan yang demikian. Ketahuilah olehmu hai orang yang menuntut ilmu, jangan syak wasangka. Seperti kata Ahdah zat, Wahdah sifat  Allah, Wahdiat Asma’ Allah, alam roh, alam misal, alam ajsam, alam insan itu af’al Allah dan af’al Allah itu tubuh pada kita. Asma Allah itu hati pada kita, Sifat Allah itu nyawa pada kita dan zat Allah itu Sirr pada kita yakni rahsia pada kita. Adapun Sirr itu pada kita tempat tajali zat Allah roh pada kita tempat tajali sifat Allah hati pada kita etmpat Tajali Asma’ Allah, tubuh pada kita tempat tajali Af’al Allah Adapun sempurna niat tiada di atas tiada di bawah tiada di kanan tiada di kiri tiada di belakang tiada di hadapan. Ertinya: Esa kan sama dengan akalmu lenyapkan badanmu dengan nyawamu, pejamkan pandanganmu mata di sana, lumatlah rupamu ertinya barang siapa menghasilkan kata empat itu di dalam Yakni fikirannya. Nama (Khassa khass).
Diri Batin: Adapun diri yang batin itu iaitu nyawa daripada anasir yang batin iaitu ujud, ilmu nur suhud yang dinamai ia insan hakikat. Adapun diri kita yang zahir itu umpama sebuah perahu diperintah oleh nahudanya. Masing2 perahu masing2 nahudanya. Adapun 7 sifat itu ialah Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat, Samak, Basar, Kalam maka yang 7 sifat dikurniakan Allah Taala kepada nyawa kita supaya kuasa ia memerintah tubuh kita itu kerana bahawa tubuh kita itu semata-mata wayang kulit tiada mempunyai perintah melainkan dengan perintah Dalang. Dan adalah nyawa itu umpama pesawatnya kerana dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada zahir hikmat dalang itu maka janganlah terhenti memandang pesawat itu (Makrifat yg sebenar2nya). Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan dalang jikalau bercerai nescaya binasa wayang itu tiada berketahuan lagi. Demikianlah keadaan hamba dengan tuhan sentiasa tiada bercerai daripada azali datang kepada Abda. Inilah pasal menyatakan sembahyang dan mengetahui asal sembahyang dan mengetahui segala Fardhu sembahyang.
Soal     :  Jika ditanya orang sembahyang itu dengan solat, satu namakah atau berbeza?
Jawab  :  Adapun pada pihak lafaznya itu berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua. Tetapi yg dinamakan solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir.
Soal     : Jika ditanya orang apa asalnya Subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat?
Jawab  : Adapun sembahyang subuh itu 2 rakaat kerana kenyataan zat dan sifat. Sembahyang Zohor 4 rakaat kerana Tajali Tuhan itu 4 perkara iaitu Hayat, Kudrat, Ilmu, Iradat, Sembahyang Asar 4 rakaat kerana asal Adam itu 4 martabat iaitu Tanah, air, api, angin. Dan sembahyang maghrib  3 rakaat kerana 3 perkara Ahdah, Wahdah, Wahdiyat ertinya (Allah, Muhammad, Adam) dan  sembahyang Isyak 4 rakaat iaitu (Di,Wadi,Mani,Maknikam)
Soal     :  Jika ditanya orang kepada kita sembahyang itu apa faedahnya kepada kita yang mengerjakan  dia itu dan apa kehendak kita?
Jawab  :  Adapun disuruh kita sembahyang itu iaitu tiada memberi manfaat kepada Allah Taala dan tiada mengambil faedah atasnya. Adapun faedahnya sebab kita mengerjakan sembahyang itu sebab kita sebenar2 hamba lagipun kita mengaku akan Allah Taala itu Tuhan yang  sebenar2nya lagi Asa ia zatnya, sifatnya, Af’alnya, iaitu seperti firman Allah di dalam Al-Quran: (Alastu Birobbikum Kholu Bala ). Ertinya: Bukankah aku tuhanmu, maka sembah segala  zuriat (engkaulah lah tuhan kami).
Maka hendaklah kita sembahyang itu dengan ikhlas, ertinya tiada sebab berkehendak syurga dan sebab takut akan neraka hanya kita ini martabat kehambaan maka Allah itulah tuhan kita yang sebenar2nya jika tiada demikian itu nescaya berdosalah kita dengan tuhan kita.
Soal     : Berdiri di dalam sembahyang itu apa asal?
Jawab  : Bermula berdiri itu daripada api asalnya. Rukuk itu angin asalnya. Sujud itu Air asalnya. Duduk itu Tanah asalnya.

Soal     :  Api,angin,air,tanah itu apa pada kita?
Jawab  : Adapun api itu nyawa kita,angin itu jadi nafsu kita,air itu jadi darah kita, tanah itu jasad yakni badan kita.
Soal     :  Berdiri itu perbuatan apa,rukuk itu perbuatan apa,sujud itu perbuatan apa, duduk itu perbuatan apa?
Jawab  :  Adapun berdiri itu kebangkitan pada nyawa,rukuk itu kebangkitan pada nafsu, sujud itu kebangkitan pada darah dan duduk itu kebangkitan pada jasad kita Inilah af’al nabi SAW.  Rasullullah kepada Abu Bakar, Omar, Osman, Ali (Radiallah) maka sabdanya barang siapa mengetahui Tajali waktu ini maka sempurnalah sembahyang dan makrifatnya. Dan jika tiada  diketahui maka tiada sah sembahyang dan makrifatnya. Maka inilah yang bernama Fardhu.
Maka inilah yang asal fardhu dan juga inilah Tajali waktu maka sembah Ali Ya Junjunganku. Apa sebab Subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat. Maka sabda nabi, Ya Ali, Subuh 2 rakaat kenyataan zat dan sifat, waktu zohor 4 rakaat kerana tajali Tuhan 4 perkara Ujud, Ilmu Nur, Suhud. Waktu Asar 4 rakaat kerana 4 perkara, Tanah, air, api, angin. Waktu maghrib 3 rakaat kerana tajali 3 perkara Ahdah, Wahdah, Wahdiat ertinya Allah, Muhammad, Adam (Zat, Sifat, Af’al). Waktu Isyak 4 rakaat kerana tajali Hamba itu 4 perkara (Di, Wadi, Mani, Maknikam).
Soal     :  Jika ditanya orang mana asal sembahyang itu?
Jawab  : Adapun asal sembahyang itu ( 4 ) Tanah, air, api, angin.
Soal     :  Jika ditanya orang apa perbuatan sembahyang itu?
Jawab  :  Kiyam yakni berdiri betul, Rukuk, Sujud dan Duduk iaitu yakni tetap.
Maka kiyam itu yakni berdiri betul iaitu af’al api, kerana api menyala betul berdiri. Rukuk itu pula af’al angin kerana angin itu condong betul. Sujud itu af’al air kerana air itu menolak ke bawah dan duduk pula af’al tanah kerana tetap di bawah.
Soal     :  Jika ditanya orang 5 waktu itu keluar daripada apa?
Jawab  :  Bermula 5 waktu itu keluar daripada Alif, Lam, Ha, Mim,Dal.( 5 huruf )
Soal     :  Jika ditanya orang 5 waktu keluar dari apa, Zohor, asar, maghrib, isyak?
Jawab  : Adapun waktu zohor itu daripada huruf ( Alif )Asar itu daripada huruf (Lam), Maghrib itu dari huruf (Ha), Isyak itu dari huruf (Mim) waktu subuh pula dari huruf (Dal).
Soal     :  Jika ditanya orang apa sebab bacaan waktu zohor dan asar tidak dinyaringkan dan apa sebab waktu maghris, isyak, subuh bacaan dinyaringkan?
Jawab  : Sebab waktu zohor keluar dari huruf (Alif). Waktu Asar keluar dari huruf (Lam) maka huruf alif dan huruf lam keluar daripada lafaz nama Allah. Kerana Allah Taala tiada bertakyin kerana  batin adanya. Maka sebab itulah sembahyang zohor, asar itu disembunyikan yakni tiada dinyaringkan. Adapun waktu maghrib, isyak, subuh itu dinyaringkan kerana waktu yang 3 itu  keluar daripada huruf (Ha, Mim, Dal) kerana 3 huruf ini huruf Muhammad (SAW).
Kerana Muhammad itu tuhan takyin dan segala takyin itulah mengzahirkan nama Allah dan takyin itulah juga menyatakan zat, sifat, af’al daripada nyatanya. Itulah sebab sembahyang maghrib, isyak, subuh dinyaringkan, kemudian disembunyikan segala takyin itu daripada takyin. Maka kembalilah kepada takyin seperti sabda nabi (Alan Kama) kata takyin sekarang pun dahulu jua tiada bertakyin juga. Kerana zahir itu kembali kepada yakin pertamanya. Maka kita bertafakur kemudian disunyikan, barangsiapa tahu akannya hakikat yang demikian, maka tahulah ia akan hakikat sembahyang. Sekian adanya.


No comments:

Post a Comment