Akal adalah sebahagian daripada
komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH. Akal
ditempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan
otak diletakkan di dalam tempurung tengkorak. Tengkorak di salut oleh kulit
kepala, dan kulit kepala dilindungi oleh rambut, tempatnya diletakkan pada
tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh
manusia.
Akal sangat menawan hati, di mana
tugasnya adalah menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA
ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH. Pada otak manusia terdapat beribu
urat dan saraf. Jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus
maka fungsi gerakan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi
lemah dan kaku.
Akal mempunyai lembaganya
tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini.
Lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa. Setiap
lembaga Akal, masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham
bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang
bagi membina ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan.
[Lembaga
Akal Dan Peranannya]
1.
MANIK : Adalah nur lembaga akal yang tugasnya
menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan
cepat dan tepat. Ia bermula daripada panca indra yang dilihat dan didengar dan
akan segera disampaikan dan disimpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat
manusia serta dapat diingat kembali apabila peti simpanan dibuka dan dikenang
akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu.
2.
FIKIR : Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita
yang datang ataupun berita yang telah dirakam dan disimpan pada manik, fikir
juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau
sebaliknya mengikut panduan.
3.
SUKMA : Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan
belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu
tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam.
4.
BUDI : Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa
mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang
melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari
dipaksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak.
5.
RASA : Fungsinya adalah melahirkan sikap
bertanggungjawab apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah,
dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad. Ia tertakluk kepada peranan
nafsu yang baik dan keimanan yang luhur.
Pada keseluruhannya lembaga Akal
ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini disebabkan ia
berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah. Ilmu yang diperolehinya adalah datang
daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam
keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran.
[Membicarakan
Masalah Akal Manusia Dan Lembaganya]
Akal adalah makhluk Tuhan yang
tersangat tinggi nilainya. Ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke
Neraka. Akal dan lembaganya adalah yang membezakan di antara kemanusiaan dan
kehaiwanan. Akal jika diisikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta
mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia diisikan
dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak diamalkan sekalipun maka
ia akan merosakkan manusia.
Manusia hendaklah sedar bahawa
lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang
lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya.
Sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada
secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar
maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun
hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang diperolehi oleh akal tersebut
sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainya pun akan
melahirkan ilmu.
[Pemahaman Melalui Soal Jawab]
Soalan : Adakah Akal itu makhluk
?
Jawapan : Akal adalah makhluk yang
tinggi nilai kejadiannya, ia diibaratkan sebagai makhluk yang tersangat
mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga dikatakan sebahagian makhluk yang
awal Allah jadikan.
Soalan : Bagaimanakah ia
memperoleh ilmu ?
Jawapan : Ia memperolehi ilmu melalui
penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya.
Soalan : Berapa jenis ilmu yang
tersimpan di dalam akal ?
Jawapan : Ada empat jenis ilmu yang
terdapat di dalam akal.
1.
Ilmu
yang hak dari sumber yang hak.
2.
Ilmu
yang batil dari sumber yang batil.
3.
Ilmu
yang ragu kesahihannya.
4.
Ilmu
dari ilham dan laduni ; samada diperolehi secara laduni, taufik dan hidayah
atau mimpi yang benar.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan
yang batil itu ditempatkan pada satu tempat ?
Jawapan : Setiap ilmu disimpan
mengikut penjenisan ilmu, ia tidak disimpan di satu tempat secara bercampur
gaul.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan
yang batil itu sentiasa aktif ?
Jawapan : Ilmu yang tersimpan pada
lembaga akal Manik adalah mengikut kategori yang terdahulu dan terkemudian, ada
kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian. Apabila
ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda, jika tiada berkait maka
ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya samada ilmu yang hak
atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu samada hawa nafsu yang
baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan
batil itu akan melahirkan tindakan ?
Jawapan : Tidak semestinya ilmu yang
hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakan yang diikuti dengan perbuatan,
kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang
tidak perlu dilaksanakan kerana tiada keutamaan. Ia bergantung kepada kebebasan
atau halangan yang mungkin membawa risiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama
tidak dilaksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka
masa ia dilakukan atau tetap disimpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa diingati.
Ilmu ini termasuk dalam kategori azam yang tergendala.
Soalan : Siapakah yang
menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?
Jawapan : Segala ilmu yang tersimpan
di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan digerakkan oleh hawa nafsu. Sudah
tentu hawa nafsu yang berperangai kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak
yang ada di dalam lembaga akal untuk dilaksanakan, dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar,
sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika
sekiranya ilmu yang baik itu dapat dilaksanakan maka ketika mana ia
dipraktikkan, maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya
ianya diganggu-gugat. Ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak kecuali
manusia itu tahu cara yang sempurna dalam beribadat.
Soalan : Adakah Roh akan terlibat
apabila berlaku tindakan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu
pekerjaan?
Jawapan : Apabila hawa nafsu berjaya
menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat
keputusan melakukan sesuatu perbuatan, maka sudah tentu Roh akan turut serta
terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang
daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia.
Soalan : Boleh atau tidak berlaku
segala gerak yang dilakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu?
Jawapan : Tidak boleh! Kerana segala
punca pekerjaan adalah memerlukan
dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan
tersebut datang kerana adanya nafsu.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan
akal yang kotor dan akal yang bersih ?
Jawapan : Akal yang bersih itu datang
daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan
kebenarannya. Ini dinamakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang
daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara maksiat.
Soalan : Berapa banyakkah cerita
yang direka oleh Akal ?
Jawapan : Akal mampu menghasilkan
berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x
24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu.
Soalan : Adakah akal mampu
mengubah sesuatu objek ?
Jawapan : Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk
pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia
melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL
Soalan : Adakah akal mampu
melahirkan sesuatu tindakan dengan sendirinya ?
Jawapan : Akal tidak berkemampuan
bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu.
Soalan : Apakah kerja akal semasa
di dalam ibadat ?
Jawapan : Kerja akal di dalam ibadat
ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li. Ia menjalankan tugasnya mengingat
maksud yang dibaca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan
kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.
[DARJAT
AKAL]
Akal semua manusia tetap sama akan
tetapi darjatnya yang tidak sama. Ketidaksamaan ini adalah kerana kandungan
ilmu yang ada pada akal tersebut tidak sama, kerana adanya ilmu yang hak dan
ada ilmu yang batil. Setiap ilmu yang tersimpan pada manik (lembaga akal) ada
malaikat yang menjaganya dan Malaikat mengenal pasti mana ilmu yang hak dan
ilmu yang batil.
Jika ilmu yang hak diisi ke dalam
akal hanya sedikit kadangkala ia boleh menjadi malap (kelam) berbanding ilmu
yang batil diisi dengan banyaknya. Manik yang diisi dengan ilmu yang kotor itu
sentiasa memikirkan perkara yang mungkar, dan ini dikenali darjat akal itu
sebagai akal yang kotor sementara ilmu yang baik itu selalu memikirkan perkara
yang baik.
Darjat akal yang tidak sama juga
adalah kerana penerangan ilmu yang diterima tidak selaras di antara seorang
pendakwah dengan pendakwah yang lain. Ini mungkin kerana, kefahaman mereka
tidak selari, selain daripada itu mungkin wujud serangan pemikiran oleh
penyampai-penyampai ilmu yang berkepentingan untuk menabur kefahaman aliran
mereka.
[Kekeliruan
Memahamkan Ayat]
Faktor memahamkan ayat juga boleh
menyebabkan seseorang itu berlainan darjat akal. Sebagai contoh apabila nabi
Musa gagal menamatkan ilmu yang dituntutnya dengan Nabi Allah Khidhir, kerana
Nabi Musa semata-mata ilmu zahir tanpa batin, berbanding dengan Nabi Khidhir
yang melihat perkara yang akan berlaku akan tetapi belum terjadi sebagai ilmu
yang dianggap terbaik bagi manusia mengharung kehidupan.
Demikian juga yang berlaku kepada
bangsa Yahudi yang terkeliru untuk memahami ayat daripada Allah dalam surah Al
Maidah ayat 21 yang menyatakan bahawa, "Wahai bangsaku (kata nabi Musa)
masuklah ke bumi Palestin yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kamu,
jangan kamu berundur ke belakang, nanti kamu akan menjadi rugi (dunia dan
akhirat). Tersilap anggap dengan ayat tersebut di atas maka Perdana Menteri
Israel sanggup membaca Al Quran di dalam Parlimen Israel dengan berniat jahat,
sepatutnya ayat tersebut ditujukan oleh Allah terhadap Israel yang menjadi
pengikut Nabi Musa bukan Israel yang ada pada masa ini.
[Nur
Yang Mengubah Sikap]
Tiada manusia yang merasa beruntung
melainkan kepada orang yang diberikan oleh Allah hidayah, yang diletakkan oleh
Allah pada Akal dan akal pula berasal daripada Nur, dan Nur itu sebenarnya
adalah ilmu, dan ilmu sebenarnya adalah kalam Allah, dan kalam Tuhan itu hanya
dimilikki oleh orang Islam yang beriman dan mukmin.
Kadangkala manusia tidak menyedari
apa yang diperolehinya itu sesuatu yang menjamin kehidupannya menjadi kekal di
Syurga kerana terlalu lama ia hidup dalam keadaan jahiliyah. Akalnya tidak
terfikir mahu hidup sebagai seorang mukmin, sebagaimana kaum Yahudi yang tahu
mereka telah melakukan kesilapan dan mereka tahu bahawa mereka telah mengakui
kebenaran akan tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah diri
mereka kerana takut di pulau oleh bangsanya yang sesat.
Mereka telah membaca kitab taurat
dan zabur dan mereka dapat memahami kebenaran daripada Allah dan mereka faham
bahawa alam di keliling mereka semuanya tidak benar dan mereka juga faham
bahawa mereka adalah salah dan kasbi (orang yang terhijab dari kebenaran) dan
mereka juga sangat faham bahawa keturunan mereka ramai yang diangkat menjadi
nabi, dan mereka tahu bahawa bangsa mereka pernah dimuliakan oleh Allah akan
tetapi mereka tetap sesat kerana akal mereka tiada Nur.
No comments:
Post a Comment