Anda lihat dakwat, huruf hilang, anda lihat huruf
dakwat hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.
ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk
kesempurnaanNya :-
Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA
Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA
ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui.
Diketahui dari kesan 7 SifatNya. SifatNya berkehendakkan kenyataan mithalnya
keupayaan Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan seterusnya.
Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk-bentuk
berbeza kerana berbezanya Sifat dan keadaan Sifat itu.
WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN,
tidak dapat dilihat. Yang dilihat ialah kesan kesannya. Zat tidak diketahui
kerana ia GHAIB MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat ialah TIDAK
TAHU.
Peringkat peringkat nyatanya Zat adalah seperti
berikut :-
Pertama – Peringkat di mana Zat tidak menyatakan
pada DiriNya digelar GHAIBUL GHUYUB.
Kedua- Peringkat di mana Zat menunjukkan kepada
DiriNya disebut AHDIYYAH atau Sempadan Pertama atau disebut juga sebagai
HAKIKAT MUHAMMAD.
Ketiga – Peringkat di mana Zat menunjukkan kepada
DiriNya dan Yang Lain secara terperinci (details) disebut sebagai Sempadan
Kedua atau WAHDAH.
Keempat – Peringkat di mana Zat menunjukkan kepada
DiriNya dan Yang Lain secara terperinci tetapi CUMA didalam IlmuNya. Ini
disebut sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI
Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara
terperinci KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM
AJSAM.
HU (Dia) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan
DiriNya.
ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua
bentuk-bentuk yang ada HAD bergantung. Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu-satu
bentuk BayanganNya.
WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syari’at
berpendapat Zat adalah DAHULU dari WUJUD.
Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah.
Wujud benda-benda lain adalah dengan Cahaya Zat Allah. Jika anda lihat diri
anda dan benda-benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada Wujud
Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.
SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan di
dunia ialah kesan SIFAT HAYAT (Hidup). Begitulah dengan 6 Sifat yang lain
(Sifat Maani). Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat. Wujud
mengambil bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. Pengetahuan mengambil
bentuk Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati,
Tahu dengan Otak. Dengar dengan Telinga dan sebagainya.
HAKIKAT benda itu ialah ZAT.
Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya
(As-Fusilat :54) Meliputi adalah ibarat Air meliputi ombak, salji & embun.
HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama
Allah menunjukkan Zat dengan segala Sifat-SifatNya.
Allah tiada Sifat-Sifat terhad. Tidak ada ghayr
(yang lain). Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita sahaja yaitu bila kita
memberi sempadan kepada Wujud Mutlak.
ILMU yang meliputi sesuatu benda tertentu. Ianya
tidak boleh meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah. Allah sedar akan
DiriNya Yang Tahu dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.
ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala
Sifat SifatNya.
ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA
dikatakan AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang
Terhad dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi
DIA.
Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang
hakiki.
DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa
Sebarang Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya sekarang saperti DiaNya dahulu juga.
No comments:
Post a Comment