Yang ada hanya Allah. Tiada yang lain. Yang lain
tidak ada.
TAUHID ialah mengetahui satu, melihat satu dan
menjadi satu.
Aku satu dan tiada sekutu denganKu.
Walaupun ada bertingkat-tingkat dari segi badan /
akal / ruh / sirr / nur / zat, hakikat anda bukanlah salah satu dari tingkat
tingkat itu tetapi adalah Zat itu sendiri.
HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua
manifestasi. Meskipun Muhammad di dalam badan, hakikatnya adalah hakikat
seluruh alam. Keturunannya ialah seluruh alam, wali-wali, malaikat-malaikat,
dan keturunan yang lahir dari jasadnya.
Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua; Pertama,
satu yang asal yakni Allah. Kedua, yang dijadikan atau baharu yakni yang
dijadikan Allah dari tiada.
Ulama Hakikat berpendapat; Benda-benda wujud bukan
dari tidak ada tetapi adalah dari A’yan Sabitah (bentuk-bentuk tetap dalam Ilmu
Allah) yaitu dari Wujud Allah. Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada. Yang
tidak ada tidak dapat menerima Perentah Kun itu.
Lain-lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat &
Ulama Hakikat :-
Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza
dengan Wujud Allah. Para Sufi mengatakan Tiada Perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu
Wujud Mutlah Allah.
Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari
ADOM. Para Sufi mengatakan Yang Diperentah itu mestilah ada atau wujud untuk
menerima perentah dan ini ialah A’yan Sabitah.
Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU (
Saperti Dia )
Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk
menjadi KAANAHU ( saperti Dia ) dan bukan HU HU ( Dia Dia )
Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebeh dari SATU.
Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti air menzahirkan
dirinya dalam bentuk ais. Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu. Yang lain tidak
lebeh dari hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia
Yang Satu.
Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu
hakikat. Kadang kadang hakikat itu lautan, kadang kadang bueh, kadang kadang
ombak, kadang kadang ais kadang kadang salji, kadang kadang Allah, kadang
kadang makhluk.
Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.
Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya
dan pada hakikatnya.
Semua benda benda wujud kerana WujudNya Allah.
Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah
Dakwat.
Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak
Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin
Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya
Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.
Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda ( dunia
) adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah.
Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.
Zat mengetahui DiriNya sendiri
Dari segi mengetahui :-
Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta
Yang Berkuasa dll
Dari segi Diketahui :-
Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti.
Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Surah Al-Hadid : 04
Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.
Huraian :-
Allah ialah hakikat semuanya – hakikat
segala-galanya tiada yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa
semua.
Selagi anda wujud dalam pandangan anda , DIA TIADA
NAMPAK dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda DIALAH YANG ANDA
NAMPAK.
Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang
dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang
Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.
CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI (
penzahiran ) . Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM ( Kanzun
Mahfiyyan – Adom Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak
Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.
Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu
menjadi hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri.
Wujud diluar dan wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang
Sama itu jua yakni Allah.
SYAIR AL-HALLAJ (ANA AL HAQ)
Aku adalah Dia yang kucinta dan
Dia yang kucinta adalah aku
Kami adalah dua jiwa yang bertempat dalam satu
tubuh.
Jika engkau lihat aku, engkau lihat Dia,
dan jika engkau lihat Dia, engkau lihat aku
Maha suci zat yang sifat kemanusiaan-Nya,
membukakan rahasia cahaya ketuhanan-Nya yang
gemilang.
Kemudian kelihatan baginya mahluk-Nya,
dengan nyata dalam bentuk manusia yang makan dan
minum
Jiwa-Mu disatukan dengan jiwaku,
sebagaimana anggur disatukan dengan air murni.
Jika sesuatu menyentuh Engkau,
ia meyentuhku pula,
dan ketika itu dalam tiap hal Engkau adalah aku.
Aku adalah rahasia Yang Maha Benar,
dan bukanlah Yang Maha Benar itu aku
Aku hanya satu dari yang benar, maka bedakanlah
antara kami.
Sebelumnya tidak mendahului-Nya, setelah
tidak menyela-Nya, daripada tidak
bersaing dengan Dia dalam hal
keterdahuluan, dari tidak sesuai dengan Dia,
ketidak menyatu dengan dia, Dia tidak mendiami Dia,
kala tidak menghentikan Dia, jika tidak berunding
dengan Dia,
atas tidak membayangi Dia,dibawah tidak menyangga
Dia, sebaliknya tidak menghadapi-Nya, dengan tidak menekan Dia, dibalik tidak
mengikat Dia,
didepan tidak membatasi Dia, terdahulu tidak
memameri Dia,
dibelakang tidak membuat Dia luruh, semua tidak
menyatukan Dia,
ada tidak memunculkan Dia, tidak ada tidak membuat
Dia lenyap, penyembunyian
tidak menyelubungi Dia, pra-eksistensi-Nya
mendahului waktu, adanya Dia
mendahului yang belum ada, kekalahan-Nya mendahului
adanya batas.
Di dalam kemuliaan tiada aku,
atau Engkau atau kita,
Aku, Kita, Engkau dan Dia seluruhnya menyatu.
No comments:
Post a Comment