Terjemahan Melayu oleh : Syeikh Abdul Rauf b. Ali Al Fansuri
Bismillahirrahmanirrahim,
Kitab ini aku terjemahkan kepada tulisan roman untuk memudahkan sahabat para pembaca sekeliannya. Bahasanya akan dipermudahkan menurut Bahasa Melayu sekarang kerana mungkin ada yang tidak faham dengan gaya Bahasa Melayu Jawi. Penterjemahannya sudah siap cuma mengambil masa untuk menaip semula di sini. Harap dapat bersabar.
Ketahuilah oleh mu wahai
Penuntut, bahawasanya maksud makrifat itu seperti yang di isyaratkan Nabi saw,
dengan sabdanya "Barangsiapa mengenal akan dirinya maka bahawasanya mengenallah ia akan
tuhannya". Dan telah berkata segala para arif billah bahawasanya diri
manusia terbahagi kepada dua:
1. Diri yang zahir
2. Diri yang bathin
Maka diri yang bathin itu
iaitu tubuh yang hasir (jismu lathif/halus);
Firman Allah Ta'ala: “Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
ruh (ciptaan)-Ku.” (Al Hijr: ayat 28)
Keterangan dalam Kitab: Diambil biji (benih kejadian
adam) dan dijadian insan itu beberapa dinding(dibalut jasad/daging) kemudian
ditiupkan'arsalna' - utuskan) ruh/nyawa ('Ruhna' -Ruh Kami).
Maka Diri yang Zahir itu;
Firman Allah Ta'ala: "Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (nutfah) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (a'laqat), lalu segumpal darah
itu Kami jadikan segumpal daging (muzfati), dan segumpal daging itu Kami
jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah
Allah, Pencipta Yang Paling Baik." (Surah Al Mu'minuun:12-14)
Keterangan dalam kitab: Allah
Ta'ala menjadikan daripada setitis mani (nutfah) kemudian menjadi 'darah'
(a'laqat) kemudian menjadi 'daging' (muzfati). Kemudian nutfah, darah dan
daging itu digerak-gerakkan akan dia dan dibalik-balikkan selama 40 hari.
Apabila
sempurna 4 bulan 10 hari maka terciptalah yang zahir daripada anggota telunjuk
daripada tangan kanan. Pada hari yang kedua zahirlah kepalanya, pada hari yang
ketiga zahirlah tangannya dan kedua kakinya, hari yang keempat dijadikan Allah
Ta'ala 360 tulang, 240 dan 28 segala sendi. Kemudian dijadikan Allah Ta'ala 366
urat yg sebahagiannya diam dan sebahagiannya gerak. Gerak dan diam itulah jadi
berubahlah perangai kita.
Dan pada hari yang kelima
ditambahkan Allah Ta'ala daging.
Dan pada hari keenam
ditambahkan Allah Ta'ala kulit, rambut dan kuku.
Dan pada hari yang ketujuh
zahirlah hidung dan mulutnya.
Dan pada hari yang ke lapan
zahirlah lidahnya.
Dan pada hari yang ke
sembilan zahirlah kedua telinganya dan segala rangkanya daripada mulut dan dua
matanya dan tempat keluar segala makanannya.
Dan pada hari ke sepuluh
ditiupkan Allah dalamnya nyawa.
Kemudian maka
bergerak-geraklah anak itu dan diambilnya hati ibu (kabadan ummihi) akan
kiblatnya dan sujud ia kepada Allah dengan kurnia tuhannya (Rabb). Berkata
setengah ulamak bermula 'nutfah' itu menjadi 'tubuh' dan 'wadi' itu menjadi
'suara' dan 'madi' itu menjadi 'pendengar' dan 'mani' itu menjadi 'pencium' dan
'ma'nikam' iru menjadi 'cahaya'. Maka ada pun 'jauhar' itu apabila ada ia di
'alam kabir' (alam besar) itu namanya 'anfas' (Anfasin) dan apabila ia turun
kepada bapa namanya 'nufus' (Nufusin) dan tatkala keluar (daripada bapa) turun
ia ke dalam rahim ibunya namanya 'tanapas' (Tanapas) dan tatkala zahir daripada
perut ibunya namanya 'nafas'.
[Nafsu]
Sabda nabi saw; "Bermula
Nafas itu (Annafsu) adalah 'jauhar' yang masuk dan keluar daripada badan.
Apabila kurang ilmu padanya dinamakan 'jahil'. Tidak dimuliakan oleh Allah
Ta'ala pada hari kiamat, di dalam kubur dan di titian siratul mustaqim oleh
kerana 'anfas' itu tiada masuk dalam tubuhnya dan 'tanapas' tiada keluar dari
badannya.
Adalah
'nafas' itu yang masuk dan keluar dari badan. Sabda Nabi saw, "Hidup
manusia di dalam dunia dengan 'nafas' (binnafsi) dan hidup segala manusia di
akhirat dengan 'tanapas'.
Sabda Nabi saw; "Allah
Ta'ala telah menjadikan insan daripada 14 perkara iaitu , 4 dari ibu , 4 dari
bapa dan 6 dari perbehendaraan Allah Ta'ala ".
4 dari ibu ialah darah, lemak
, daging dan rambut.
4 dari bapa urat kecil , urat
besar dan segala tulang.
6 dari perbendaharaan Allah
Ta'ala ialah pendengaran, penglihatan, pencium, perasaan (zuuk) , akal dan Ruh
atau nyawa.
Diri yang bathin itu ialah
'nyawa' (Ar ruh ). Ketahuilah bahawasanya Ruh itu masuk (dalam tubuh) di atas 4
wajah:
1. Ruhul Amin.
Firman-NYA; " telah Kami
turunkan Ruhul Amin ke atas hati kamu".
2. Ruhul Quddus.
Firman-NYA; " Katakanlah
oleh mu ya Muhammad, telah Kami turunkan baginya Ruhul Quddus daripada Tuhan
kami dengan sebenar2nya ...... bagi menetapkan hati segala mukmin."
[MENGENAL
NAF'S DAN ROH]
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirobbila'alamin
Washolatuwassalamu 'ala asyrafil anbia'i wal mursalin wa a'la aalihi wa
ashaabihi wabaarik wasallam.
Pembaca yang dimuliakan Allah
Ta'ala. Adapun mengenal Naf's dan Ruh itu tersangat luas pembahasan dan
kupasannya tersangatlah mendalam sejak dahulu hinggalah ke zaman sekarang.
Walau pun Allah Ta'ala telah berfirman bahawa Dia hanya memberi pengetahuan
tentang Ruh hanya sedikit manakala pengetahuan tentang Naf's juga adalah
terbatas. Tetapi manusia dengan sifatnya yang ingin tahu masih belum merasa
puas dengan ilmu yang sedikit itu.
Aku lebih gemar menggunakan
istilah Naf's yang menunjukkan kepada Diri, Nafsu. Jiwa dan seumpamanya kerana
istilah inilah yang sebut di dalam Al Quran dan Hadis. Namun kita semua sudah
biasa dengan pelbagai terjemahan melayu seperti diri, nafsu, nafas, jiwa dan
sebagainya.
Dengan mengggunakan istilah
yang disebut di dalam Al Quran dan Hadis akan mendatangkan fahaman yang lebih
jelas dan kita tidak akan keliru dengan pelbagai terjemahan dan istilah-istilah
melayu. Bagi mereka yang benar-benar mengaji dan mengkaji bidang ini sudah
tentu lebih arif dan ada yang sampai ke tahap guru-guru yang arif billah .
Sudah pasti mereka tidak keliru dan tengelam dengan istilah-istilah yang banyak
itu.
Tentang Naf's kita seringkali
mendengar kata-kata Sufi seperti ini , ada juga yang mengatakan hadis nabi saw
walau pun kita tidak menjumpai sanad yang sahih, tetapi yang lebih tepat ia
adalah kata-kata Syeikh Yahya b Muaz As Saufi.
"Man 'Arofa Nafsahu
Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"
"Barangsiapa mengenal
akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapa mengenal akan
Tuhannya ,binasalah jasadnya".
Manakala Allah menyebutkan di
dalam firman-NYA; "Hai jiwa yang tenang
(Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia
ridha kepadamu" (89:27-28).
Dan banyak lagi
istilah-istilah NAF'S yang disebut di dalam Al Quran yang menjelaskan mengikut
tingkatan-tingkatan NAF'S itu.
Tentang Ruh pula Allah Ta'ala
menyebutnya di dalam firman-NYA;"Dan mereka bertanya
kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan
tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" (Al-Israa'(17): ayat
85)
Pengetahuan yang sedikit
inilah yang menjadi pembahasan zaman berzaman , ada yang menolak untuk
dibahaskan ada yang membahasnya secara berlebih-lebih hingga melampau batas
ilmunya dan berlain-lainan pendapat dari pelbagai aliran. Namun sejauh manakah
manusia itu dapat benar-benar mengenal diri dan ruh dan dapat memahami rahsia
yang sedikit ini . Apakah bezanya antara diri atau 'nafs' dengan ruh , banyak
pembahasannya. Akan aku bahaskan nanti.
Kesudahan daripada mengenal
NAF'S itu ialah apabila kita tahu bahawasanya kita ini adalah merupakan hamba
kepada Allah Rabbul a'lamin. Di sini aku kumpulkan beberapa persoalan di dalam
hal mengenal diri untuk dikongsi oleh pembaca semua. Semoga ia menjadi panduan
yang berguna buat kita semua.
"Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku,
maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” (Surah Hijr : ayat 29 )
Dimaksudkan
dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan kepada Nabi
Adam as. Allah Ta'ala menyebutkan sebagai Ruhku (Ruhhi) adalah kerana
memuliakan Ruh sebagaimana DIA memuliakan Kaabah lalu menyebutnya sebagai
Baitullah. Maka terdapat Ahli tafsir menfasirkan sebagai Ruh ciptaanKU sesuai
dengan pendekatan syariat. Manakala Ahli-Ahli Tassawuf dan Sufi menfasirkan
dengan pelbagai-pelbagai tafsiran yang lebih mendalam. Semuanya berbeza-berbeza
menurut kefahaman masing-masing.
[Perbezaan
di antara Nafs' dan Roh]
Setelah kita lihat istilah
NAF'S dan ROH yang Allah Ta'ala sebutkan di dalam Al Quran kita akan
membahaskannya secara lebih terperinci dan melihatnya dari sudut pandangan
Ahli-Ahli Tasawwuf dan Sufi. Imam kita Sayyidina Ali karamullahu wajjah ra
pernah menyebut, ada juga yang menyatakan ia sebagai hadis Nabi saw yang
jelasnya ia sampai kepada Imam Ali as; "Awalludiin maarifatullah"
Awal permulaan agama adalah
mengenal Allah. Maka itulah isyarat yang perlu difahami dan diikuti agar kita
betul-betul mengenal Allah Ta'ala kerana tanpa mengenal Allah Ta'ala bagaimana
kita akan beragama. Adakah kita tidak tahu siapa yang kita sembah . Apabila
Imam Ali as di tanya apakah kamu melihat Allah ? Imam Ali as menjawab,"
Apakah aku menyembah Tuhan yang tidak dapat dilihat ? Ia dapat dilihat dengan
penglihatan mata hati " Jadi pengetahuan dan penglihatan bathin kepada
Allah Ta'ala dan kewujudanNYA adalah menjadi pokok dan dasar di dalam kita
beragama. Janganlah kamu abaikan perkara yang penting ini. Ulamak-Ulamak
Muhaqiqin dan Ariffin billah tidak pernah menyangkal kepentingan ini kecuali Ulama-Ulamak
Dunia dan yang hanya mementingkan perkara-perkara yg zahir semata-mata. Maka
bahawasanya taklik (apa yang dikehendaki dengan ) mengenal Allah Ta'ala adalah
mengenal diri .
"Man 'Arofa Nafsahu
Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"
"Barangsiapa mengenal
akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapa mengenal akan
Tuhannya , binasalah jasadnya"
Perkataan
'diri' adalah terjemahan ke Bahasa Melayu dan di dalam istilah arabnya ialah
NAF'S . Diri itulah NAF'S walau pun apa istilahnya ia menunjukkan kepada bangsa
NAF'S yakni nafsu atau jiwa, diri yang mempunyai hati , perasaaan , akal ,
nafsu dan berkehendak. Yang makan dan minum itu tubuh ,tetapi yang merasa
kenyang ,lapar dan dahaga itulah diri atau NAF'S . NAF'S inilah juga yang akan
merasa bahagia atau derita ,diseksa atau menikmati syurga Allah Ta'ala di dunia
dan di akhirat . Inilah yang dimaksudkan dengan NAF'S yang merangkumi
qalbu/hati , jiwa, perasaan, akal , budi , dan yang seumpamanya.
Fahamilah
betul-betul....
Adakah NAF'S ini yang dapat
mengenal Tuhan ? Apabila NAF'S telah disucikan dan berada di martabat insal
kamil pada maratabat Nafsu Kamaliah barulah ia benar-benar mengenal Tuhan
kerana ketika itu ia mendapat panduan dari RUH yang ditugaskan untuk membimbing
NAF'S dan mengingatkan jalan kembali kepada Allah Ta'ala.
Kalimat Ruh itu sangat luas
istilahnya dan banyak pula tafsirannya menurut takrif masing-masing samada pada
lughat baik pun pada ilmu yang khusus seperti ilmu tasauf dan ilmu tarekat.,
Ada yang memberi erti Ruh itu Jawahir (kata jamak /pulral bagi jauhar). Ada
yang memberi erti Ruh itu nyawa.. Ada yang memberi erti Ruh itu Jiwa.
Yang
paling tepat adalah sebagaimana Allah Ta'ala berfirman di dalam Al Quran. ROH
itu diertikan Ruh itu sebagai 'Amar Rabbi", maksudnya Urusan Tuhanku. ROH
itu Amar Allah , maksudnya Urusan Allah. ROH dengan pengertian Amar Allah
adalah dihidupkan dengan sifat Hayat Allah ta'ala. Maka Ruh itulah yang
menghidupkan tuannya iaitu jasad , jisim atau tubuh.
Aku telah meneliti kitab2
Bahasa Melayu Jawi terdahulu seperti kitab Lubabub Tasauf karangan Syeikh
Ibrahim b. Hassan Al Kurani yg diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri
di mana 'RUH' itu diterjemahkan kepada 'NYAWA' . Jadi istilah 'NYAWA' dan 'ROH'
itu adalah menunjukkan kepada barang yg sama jua. Ini adalah makna yg paling
tepat menurut fahamanku.. Kerana dengan ada Ruh itu menghidupkan tubuh atau
jasad. Sekiranya Ruh sudah dicabut dari jasad maka manusia itu dikatakan mati
atau sudah hilang nyawanya. ROH dan NAF'S adalah 2 perkara yang dikekal oleh
Allah Ta'ala maka yang mati itu tubuh atau jasad. ROH akan kembali
mengadapTuhan Robbil 'alamin sebagaimana Allah Ta'ala berfirman ,
"Innalillahiwainna ilaihi rooji'un" manakala NAF'S akan menerima
balasan samada bahagia atau kecelakaan di akhirat kelak. Fahamkan betul-betul.
Maksudnya "setiap yang
bernyawa itu pasti merasai mati, kemudian hanyalah kepada Kami kamu
dikembalikan." ( Al 'Ankabuut:57)
Perkataan NAF'S/diri di sini
menunjukkan kepada diri ROH, karena nafas atau nyawa itu digerakkan oleh Ruh.
Diri ROH dan Diri NAF'S keduanya sudah terhimpun di alam insan diri kita ini .
ROH bersifat taat dan bertaraf Ammar Robbi manakala NAF'S atau nafsu yakni
inilah diri kita mempunyai asal kejadian yang berbeza; Nafs'/Nafsu ni yang mahu nak
turun dunia. Nafs'/Nafsu inilah diri kita . Dan tingkatan2 nafsu apabila
disucikan naiklah kepada tingkatan amarah > lawamah> mulhamah
>mutmainnah >radhiah > mardhiah >kamaliah.
Maka NAF'S atau Nafsu ini di
awal kejadiannya bila ditanya oleh Allah Ta'ala siapa Aku dan siapa engkau
,dijawabnya aku aku ,engkau engkau lalu di rejam beratus tahun di dalam neraka
panas. Kemudian diangkat semula mengadap Allah Ta'ala dan ditanya lagi siapa
Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau dijawab sama aku aku
,engkau engkau . Maka di rejam beratus tahun di dalam neraka sejuk kemudian
diangkat mengadap Allah Ta'ala di tanya lagi , tetap menjawab aku aku , engkau
engkau . Lalu diperintah oleh Allah Ta'ala dikurung di dalam penjara lapar dan dahaga
beberapa lama kemudian di panggil mengadap Allah di tanya lagi . Barulah ia
mengaku Engkau Tuhanku.
Maka NAF'S yang telah
disucikan itu Allah Ta'ala gelarkan sebagai 'NAF'S Mutmainnah' yakni 'Jiwa yang
tenang' sebagaimana FirmanNYA dan perintahNYA kepada NAF'S untuk memasuki
SyurgaNYA.
"Hai jiwa yang tenang
(Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia
ridha kepadamu" (89:27-28).
Walaupun terjemahannya ialah
kepada jiwa namun hakikatnya menunjukkan kepada NAF'S jua. Jangan kamu keliru
di sini.
Berbeza dengan ROHuh apabila
dihimpunkan kesemua ROH-ROH lalu ditanya. "Alastu birobbikum" ,
adakah kamu menyaksi Aku ini tuhan kamu maka menjawab sekelian ROH ,"Qolu
Bala Syahidna" Bahkan kami semua menyaksikan .
Maka itulah sebabnya ROH itu
'Ammar Rabbi" Urusan Tuhanku, ROH itulah pesuruh Allah yang sentiasa
mengingatkan NAF'S/ diri kita agar jangan lupa kamu ada kehidupan yang lebih
kekal abadi dan bukan hanya hidup untuk bersuka-suka di atas muka bumi ini.
ROH adalah suci, ciptaan
Allah, sehingga dikategorikan sebagai Makhluk. Jadi ROH dalam diri jasad
manusia bukanlah Allah itu sendiri. Faham betul-betul!
"Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan ke dalamnya
ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (Surah Hijr:
ayat 29)
Pengertian
“ROH KU”? ROH milik Allah. ROH ciptaan dan milik Allah, yang ditiup masuk oleh
Allah ke dalam Jasad manusia. Bila manusia meninggal maka ROH ini akan kembali
ke Sang Pencipta.
Bahkan manusia itu menjadi
saksi atas dirinya sendiri (Bahkan atas diri manusia itu ada bashirah yang
melihat).(QS 75:14)
Kata
bashirah ini disebut sebagai yang menyaksi dan tahu atas segala gerak manusia
yang sekalipun sangat rahsia. Ia biasa menyebut diri (wujud)-nya adalah
"Aku". Manakala Ulamak Tafsir secara syariaat menafsirkan bahwa
anggota-anggota tubuh manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah
mereka lakukan seperti tersebut dalam surat Nur ayat 24, Sedangkan sifat
Basirotun itu antara sifat Maanawiyah ynag ditajalli pada ROH. Fahamkan
betul-betul isyarat ini.
Menurut pendapat Tarekat
Syatariah pula ROH yg tetap dinamakan RUHUL Quddus., ROH yang pergi dinamakan
RUHUL 'AZIM., RUHUL QUDDUS itulah yg turun naik, kerana adanya RUHUL QUDDUS itu
maka adanya tujuh Latifah dalam tubun insan. Latifah itu dinamakan Makam,
Wilayah dan Latifah Latifah RUHUL QUDDUS itu ialah Latifatul QALB, Latifahtul
ROH, Latifatul SIRR, Latifatul KHAFI, Latifatul AKHPIA, Latifatul NAFS,
Latifatul JASAD. Aku tidak akan membahaskan persoalan Makam,Wilayah dan Latifah
di sini.
Sebenarnya Ruh itu asalnya
satu jua , kerana ,"Muhammad Abu Ar ROH" Muhammad itu Bapak sekelian
ROH. Manakala pada martabat perceraian ianya menjadi berbilang2 namun sifat nya
sama. Istilah yang berbeza-beza itu cuma menunjukkan pada martabat2 ROH pada
berbeza-beza manusia dan makam.
Maka macam2 istilah tentang
ROH, semua menunjukkan kepada Latifah rabbaniah , barang2 yg seni dan halus .
Jangan kita tenggelam dan konfius dengan istilah yang macam2 ni . Hakikatnya
ROH itu satu yang berbilang itu nafas atau 'NAF'S.
ROH tu urusan Allah..
Istilah2 ROH yang macam2 tuh mengikut peringkat2 ROH tersebut., Ruhul Amin -
ROh Muhammad, Ruhul Quddus - ROh Jibrail, Ruhul Ammar - ROh yg Allah tiup pada
tubuh adam, fungsinya menjalankan perintah Allah..urusan Allah .
Sedangkan di dalam pembahasan
ilmu Usuluddin NAF'S menunjukkan kepada Zat Allah Ta'ala apabila dibicarakan
sifat wujud maknanya wujud NAFSIAH. Jangan pula kamu keliru di sini . Maksud
wujud NAFSIAH di sini adalah Diri Zat ALlah Ta'ala . Apabila sifat wujud ini
sudah tahkik pada hamba itulah NAF'S yang menunjukkan kepada NAFSU kita . Maka
NAFS Zat Allah Ta'ala sudah tentu berbeza dengan NAFS , nafsu yang ada pada
kita. Bahawasanya nafsu itulah kita , sebab kita ini hamba . Maka fahaman
batiniah yang menyatakankan kita ini Allah adalah satu fahaman yang terpesung
jauh. Kerana mereka tidak memperinci sedalam-dalamnya hakikat NAFS itu sendiri
.
Manakala di dalam pembahasan
tassawuf apa pula kaitannya dengan kalam sufi 'Man 'arafa Robbahu ,Fa qod
'arofa Rabbahu' Barangsiapa mengenal dirinya (nafsahu) , maka mengenal ia akan
Tuhannya", Maksudnya di sini untuk mengenal Allah Ta'ala itu adalah dengan
melihat diri sendiri ,mengenal segala sifat2 kelemahan dari kita sebagai tanda
wujud kekuasaan Allah Ta'ala dan kebesaranNYA pada kita ,maka tahulah yang kita
ini selaku hambanya yang wajib mengabdikan diri kepada Tuhan Rabb sekelian
'alam.
Tidak ada yang namanya ROH
jahat, ataupun lainnya. Sesungguhnya ROH itu selalu mengajak jiwa ke jalan yang
lurus, tetapi syaitan sangat gigih menyeru segala yang dimiliki jiwa agar
sesat.
bersambung ....
Al'Hamdulillah Syukran Jazakallahu Khair
ReplyDeleteMasyaAllah
ReplyDeleteSubhaanallah walhamdulillah wala ilaaha illah allah akbar
ReplyDeleteAlkhamdulillah
ReplyDeleteAssalamualaikum ustad. Mohon pencerahannya. Bisakah nafsu itu berkomonikasi dg ruh. Terus bagaimana cara menundukkan nafsu di dalam diri ini
ReplyDeleteAlhamdlillah,syukran ya rasulallah,
ReplyDeleteAlhamdlillah,syukran ya rasulallah,
ReplyDeleteAlhamdlillah,syukran ya rasulallah,
ReplyDelete