Bismillahhirrohmanirrohim
Ini pasal menyatakan kiblat orang
sembahyang itu 3 perkara:-
1) Adapun kiblat tubuh itu atau kiblat
dada itu kaabah, maka segala orang yang sembahyang hendaklah mengadapkan kiblat
ini. Jikalau tiada kiblat ini maka tiada sah sembahyangnya. Maka hendaklah
dadanya, segalanya anggotanya, urat, daging, darah, tulang semua segala
anggotanya sebab difardhukan oleh Allah Taala segala orang Islam mengadapkan
dia maka sah sembahyangnya.
2) Kiblat Hati: Adapun kiblat hati itu
kepada tuhan Kaabah Allah maka hendaklah kita iktikadkan Allah Taala tiada di kanan,
tiada di kiri, tiada di hadapan, tiada di belakang, tiada di atas, tiada di bawah
bahkan tiada ditentukan di suatu tempat ia jua melainkan meliputi alam sekelian
(Ahadon Shomadan) seperti firman Allah (Wallahhumuhithom Anil alamin) ertinya: Allah
meliputi alam sekelian. Firman Allah lagi (Wahuwa ma’akum A’innama Kuntum)
ertinya: Allah jua suatu kata barang di mana saja kamu berada adalah tuhan
kamu, jikalau demikian itu nyata bahawa Allah itu tiada ditentukan akan tempat
kepadanya. Suatu tempat tetapi ia hadir jua. Maka keadaan demikian itu iktikad
kita inilah yang dikehendaki hati kita.
3) Kiblat nyawa: Adapun kiblat nyawa
itu pula sentiasa ia tiada bercerai dengan tuhannya kerana anugerah oleh
tuhannya. 7 sifat iaitu hayat dihantarkan kepada nyawa kita maka hiduplah dengan
yang hidup maka dihantar pula ilmu kepada hati kita maka tahulah kita dengan
yang tahu, maka dihantar pula kudrat kepada anggota kita maka kuasalah kita
dengan kuasanya, maka dihantar pula iradat kepada nafsu kita jadi
berkehendaklah kita yang berkehendaknya. Maka dihantar pula Samak kepada
telinga kita maka mendengarlah kita dengan yang mendengarnya, maka dihantar
pula Basar kepada mata kita maka melihatlah kita dengan melihatnya maka
dihantar Kalam kepada kita maka berkata-katalah kita denagn berkata-katanya. Maka
ditakyinkan kepada iktikad kita yang berkata-kata inilah Allah Taala. Apabila
engkau ketahui hal yang demikian maka hendaklah engkau ketahui fanakan dirimu
itu segala perbuatanmu itu di dalam Af’al Allah semata-mata maka hapuslah, karamlah,
lenyaplah sifat itu di dalam sifat Allah. Maka sifat Allah semata2 tiada
sekali2 sifat kita, maka hapuskanlah zat sifat kita di dalam zat Allah. Biarlah
tinggal zat Allah semata2 kerana kita tanah kembali kepada Adam sedia kala. Maka
kata olehmu (Allah Hu Akhbar) itulah bernama sembahyang orang (KhasulKhas)
namanya maka peroleh makam fana jati dan makam Tabdul Kalam Allah. Jikalau
tiada demikian maka tiada sah sembahyangnya maka tiliklah sembahyangnya. Ia
menyembah huruf dan suara dan menyembah bayang yang Esa. Maka sempurnalah
ibadatmu dan amalan mu itu kepada Allah Taala kerana inilah dinamakan
sembahyang. Hai saudaraku, ketahuilah olehmu akan sempurna sembahyang itu tiada
sah sembahyang itu tiada niat, dan ikhlas, melainkan dengan hati dan tiada
diterimanya hati itu dengan ilmu dan takyin. Adapun erti hati itu Ikhlas ilmu
dan makrifat itu ialah rohani, maka ketahuilah olehmu bahawa sekelian perbuatan
itu dengan niat dan tertib. Tertib itu daripada Qasad dan Qasad tertib itu
daripada hati yang tatif iaitu rohani. Adapun cita2 terdahulu daripada niat dan
Qasad itu pula 3 bahagi:
1) Qasad nafsu
2) Qasad kiblat
3) Qasad roh
Adapun Qasad roh di dalam rahsia
adapun tatkala berdiri sembahyangnya itu maka kita hapuskan dan lenyapkan
perbuatan kita di dalam af’al Allah, maka tinggallah af’al Allah semata2 dan
kudratnya. Maka kata olehmu Allah Hu
Akhbar makam hanaak jati dan makan pana mikraj mikraj tabdul dan makam Islam
maka peroleh lazat dan citarasa baginya.
Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan
kepada Allah Taala itu 4 jalan:
1)
Jalan
Syariat
2)
Jalan
Tarikat
3)
Jalan
Hakikat
4)
Jalan
Makrifat
Adapun syariat itu kata2 nabi2, Tarikat
itu perbuatan Nabi, Hakikat itu tempat kediaman nabi, Makrifat itu ialah
rahsianya. Adapun istana syariat itu lidah, Istana tarikat itu hati, Istana
Hakikat itu nyawa, Istana Makrifat itu kelakuan Nabi. Meliputi dengan semata2
sekelian alam inilah dinamai jalan yang 4 itu. Maka hendaklah kita ketahui dan
kenal dengan hatinya. Bermula syariat itu kerja tubuh, tarikat itu kerja hati, hakikat
itu kerja nyawa dan makrifat itu kerja rahsia.
Soal : Jika ditanya orang apa
dijunjungan Islam?
Jawab : Adapun di junjung oleh Islam itu Titah yang 4 bahagi:
1)
Syariat
yang di junjung oleh anggota Islam
2)
Tarikat
di junjung oleh hati Islam
3)
Hakikat
di junjung oleh nyawa Islam
4)
Makrifat
itu di junjung oleh orang yang mengetahui Islam yang 4
Maka inilah orang yang dinamakan
(Sho Fi Daari) ertinya hidup kepada 2 negeri maka orang inilah dinamakan orang
segala orang yang arif (Ya Allahi Khasu Khass) ertinya pilihan dan mukmin
shodiq mukmin yang sebenar maka inilah yang dikatakan bergantung pada tali
Allah. Allah yang tiada berputus musyahadah dan muqabalah dan muraqabah dengan
hak Allah Taala daripada Aadam kepada ujudnya. Daripada ujud kepada aadamnya
tiada bercerai tiada bertemu tiada lain daripadanya. Dan lagi Allah Taala
menjadikan sembahyang seperti nabi Ahmad Muhammad pun namanya. Maka Ahmad itu 4
huruf Alif, Ha, Mim, Dal, maka berdiri itu seperti Alif, rukuk itu seperti Haa,
Sujud seperti Mim, duduk seperti Dal, demikian 4 itu.
Adapun tubuh manusia itu yakni
tubuh Adam alai hissalam. Asal kejadian dari 4 anasir tanah, air, api dan
angin. Adapun tanah itu tempat nyawa ujud Allah yang bernama Hakim ertinya yang
tahu pada hukumnya. Adapun air itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Muhyi
yag yang hidup. Angin itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Qaiyum ertinya
yang kuasa. Api itu pula tempat nyata ujud Allah yang bernama Aazim. Maka
hendaklah ditilik dan dilihat kamil mukamil itu seperti memilik ia kepada
bercerai maka ia melihat berhimpun 4 itu kepada insan maka ia menilik kepada
insan dilihat dengan mata hati pada insan ujud Allah yang bernama Allah inilah
isyarat hadis nabi (Man nazara ila Sai in Walam yarallah fi fahuwa batiun). Barangsiapa
memilik kepada sesuatu tempat tiada dilihat Allah pada maka iaitu batal. Inilah
arif kamil mukamil tiada berputus dirinya, hatinya, nyawa, dan rahsianya itu, berkehendak
kepada yang bernama Allah.
Adapun diri kita 2 bahagi:
1)
Diri
berdiri
2)
Diri
terperi
Maka berdiri itulah sifat kehambaan
yang jadi daripada 2 ibubapa kita asal daripada mani, tatkala masuk ke dalam
rahim ibu 40 hari, nutpah namanya. Genap 80 hari Alaghah namanya ertinya Darah
berkumpul. Genap 120 hari Mudqah namanya ertinya daging tiada bertulang. Kemudian
daripada manusia dirupakan Allah Taala akan dia yang kehendaki merupakan dia
dan tanah sempurnalah kejadiannya. Maka dititahkan nyawa masuk ke dalam dengan
dikehendaki, dan apakala masuk nyawa kedalam ibunya maka dikeluarkan Allah
daripada perut ibunya kepada alam wasitah seperti orang yang telah jaga dari
tidurnya. Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah dilihatnya maka ia pun
menangis. Sebab suaranya itulah bernama insan. Tatkala ia tahu menangis
Muhammad namanya tatkala inilah dijadikan Allah (Ahlil Sunnah Waljamaah), Tatkala
ia tahu menyusu (Sipiah namanya), tatkala ia tahu berkata-kata kitab namanya. Kerna
tatkala itu nyata rupa semasa dalam kandungan ibunya inilah yang dikenalnya
itu, tatkala ia pandai meniarap Hanafi namanya, tatkala ia tahu duduk Malik namanya,
tatkala tahu berdiri Hambali namanya, tatkala ia boleh merangkak Syafie namanya.
Inilah jalan aman yang 4 itu, dijadikan Allah Taala tatkala dalam peliharaan ibubapa
tahu berlari Shorih namanya. Kerana tatkala itu suatu pun tiada menkhabarkan diri
ada kelebihan didalam rahim ibunya. Maka tatkala sudah cerdik boleh berjalan
berlari, pandai berkata2 maka tatkala itu leka ia dengan dunia dan lupa ia akan
dirinya. Maka masuklah ke dalam dunia ini hilanglah ilmu itu menunjukkan diri
kita yang terperi itu Araad jua. Segala guna yang ada ini tiada kekal ia pada
kedua masuk dan kurang itu 1 alam jasmani jua bukan alam rohani kerana alam jasmani
itu tempat nyata alam rohani, ertinya (alam jasmani, alam rohani) maka telah ketahui
bahawasanya keadaan kita insan bahawasanya alam rohani itu tetap selama2nya Tiada
berubah, tiada kurang daripadanya. Inilah diri kita dengan terperi dengan
segala peri mulia. Adapun diri terperi itu tiada makan, tiada minum, tiada
beristeri, tiada beranak, tiada beribu, tiada tidur, tiada mati, maka diri kita
inilah dikurniakan Allah Taala sifat 2 x 7.
Maka dengan sifat inilah diri
berdiri itu umpama perahu diperintah oleh nakhodanya. Masing2 perahu masing2 nakhodanya.
Adapun sifat 2 x 7 dikurniakan Allah Taala kepada roh iaitu sifat Ma’ani dan
sifat Maknawiyah itulah dikurniakan Allah Taala roh kita supaya kuasa
memerintah jasad kita. Semata2 wayang kulit, tiada yang empunya perintah melainkan
dengan perintah Tok Dalang jua. Dan roh adalah umpama menutup dalang itu
jikalau tiada pesawatnya. Nescaya tiada akan zahir hikmatnya memandang pesawat
itu. Maka hendaklah Makrifat yang tahkik kerana dalang itu tiada bercerai dengan
wayang dan wayang itu tiada bercerai dengan dalangnya. Seketika juapun, jikalau
bercerai escaya binasalah wayang itu. Demikianlah juga keadaan hamba denagn Tuhan.
Sentiasa tiada bercerai daripada asal datang kepada Abda’ inilah firman Allah. (Wahuwa
Maakum Anama kuntum ) ertinya Allah serta kamu barang dimana kamu. Dan martabat
Sani pun serta kita maka Allah Fardhukan kita pandangan jangan lalai serta hamba
dengan tuhan daripada azali datang kepada Abda’, kemudian daripada itu ketahui olehmu
akan nama Allah akan nama Allah dan Muhammad. Adapun nama Allah ini 4 huruf
iaitu Alif, Lam, Lam Haa dihimpun (Allah). Demikian suatu Allah dan lagi insan
pun 5 jari kelingking huruf alif, jari manis huruf lam, dan jari tengah huruf
lam akhir dan telunjuk dan ibu jari itu huruf haa. Demikianlah suatu Allah pada
jari tangan kiri kanan dan kaki kiri kanan itu jua huruf insan itu nama (Allah)
dan nama rasullullah kerana firman Allah di dalam hadis Qudsi iaitu jasmani
insan.
Tubuh manusia, nafsu, hati, nyawa, melihat,
lidah, tangan, kaki semuanya itu aku nyatakan bagi diriku maka tiada insan lain
daripada aku dan tiada aku lain daripadanya. Maka sebenar2 insan itu Muhammad. Maka
Allah Subhanawataala itu tajalilah ia kepada insan itu seperti firmannya (Al
insanin siri waana sirrhu) ertinya: insan itu rahsiaku dan rahsia aku
rahsianya. Lagi (Al insannu sirri wana sirri wasifatu la qairuh) ertinya: insan
itu rahsiaku dan sifatnya sifatku tiada lain daripadaku. Demikian kemuliaan
insan kepada Allah Taala maka hendaklah ketahui keadaan rahsia Allah itu
jikalau tiada ketahui nescaya di dalam dosa yang amat besar seperti sabda nabi
(Ujuduka zambuu la yuqasabihi zambun) ertinya: Adamu rasanya yang sebagai
denagn dia rasa sentiasa rasa engkau, engkau di dalam rasanya.
Di dalam kebaktian sekelian pun
kerana kebaktian jikalau tiada ilmu maka tiada sempurnalah kebaktian kepada
Allah Taala kerana ini sabda nabi (Al ilmu rohu wal amal jasad) ertinya: Ilmu
itu nyawa dan amal itu tubuh yakni jikalau tiada nyawa maka tiada dapat tubuh
itu bergerak. Demikianlah kebaktian pun jika tiada dengan tiada sempurnanya. Adapun
nama Muhammad itu pada tubuh kita ada 4 huruf mim, haa, mim, dal. Adapun kepala
kita huruf mim, tangan kita huruf haa, pinggang itu huruf mim akhir dan peha
kedua itu huruf dal. Demikianlah di dalamnya. Tiada lain daripada nama Allah
dan nama Muhammad maka tiliklah nyata2 dengan memohonkan kerana Allah Taala
tuhan yang sebenar2nya.
Adapun rahsia itu tersembunyi
nyawa, nyawa dan rahsia tersembunyi pada tubuh maka inilah (Tanzil) yakni
pandangan turun pada taqwa. Yakni pandangan naik. Maka pandangan badan
menunjukkan hati, hati menunjukkan nyawa, nyawa menunjukkan rahsia dan rahsia
menunjukkan ujud Allah Taala.Maka zikirlah (Lailaha illa Allah) tiada tuhan hanya
Allah.
Sabda nabi, barangsiapa tiada tahu
akan sembahyang maka iaitu sia2lah sembahyangnya kerana sembahyang 5 waktu itu
rasullullah empunya waktu, rasul 5 waktu Allah jadikan dia dahulu daripada
70000 tahun dahulu lamanya iaitu dari 4 bangsa Kudrat, Iradat, Rahmat, Hibatnya.
Maka tilik Allah akan 4 itu menjadikan 5 rupanya iaitu Putih, kuning, merah,hijau.
Bermula putih waktunya subuh. Kuning waktunya zohor, merah waktunya asar, Hijau
waktunya maghrib dan hitam waktunya isyak. Semuanya ini pada tubuh manusia
(tubuh kita) maka sebab itulah berdiri, rukuk, sujud, duduk kerana Allah Taala
menjadikan Nabi Adam itu daripada 4 anasir iaitu tanah, air, api, angin. Maka
berdiri itu peri api kerana api nyala tegak menjulang ke atas, rukuk itu
perbuatan angin betul condong, sujud itu perbuatan air kerana air itu mengalir
ke bawah dan duduk itu itu perbuatan tanah kerana tanah atau bumi. Demikianlah
asalnya orang (Ahlul Hakikat).
Adapun berdiri itu daripada huruf
alif, rukuk itu daripada huruf lam, sujud itu daripada huruf haa, tomakniah itu
dari huruf mim, duduk itu dari hurf dal. Adapun asal waktu yang 5 itu daripada
alif, lam, haa, mim, dal. Adapun waktu zohor itu huruf alif maknanya dari ujud waktu
asar daripada hurf lam, makna daripada ilmu Allah. Waktu maghrib itu daripada huruf
haa makna kudrat Allah, waktu subuh itu daripada huruf dal makna daripada sir Allah,
maka dinamakan isyarat daripada zatnya, sifatnya, asmanya dan af’alnya. Dan
inilah sebenarnya sempurna tuhan namanya maka ketahuilah oleh akan waktu yang 5
itu. Kija tiada ketahui tiada sah pekerjaannya adapun pertama dijadikan Allah
Taala hati dan mata inilah menjadikan waktu subuh, kemudian dijadikan Allah
urat inilah menjadikan waktu zohor, kemudian dijadikan Allah tulang. Inilah
menjadikan Maghrib. Kemudian dijadikan Allah roh inilah dijadikan Allah waktu
jumaat maka inilah berhimpun puji dan sembah jua adanya.
Adapun kemudian itu wahai saudaraku
ketahuilah olehmu dunia dan akhirat akan perkataan ini ingatkan dan pandanglah
di dalam rupamu, berjalan, berdiri, bergerak, di dalam sembahyang, di dalam
berkira. Jangan saudaraku lupakan pandangan itu seketika walaupun sekelip mata
jua pun. Maka kenyataan ini tiada tahu oleh orang. Jikalau tiada guru yang kasih
akan anak muridnya. Maka tiadalah dapat akan perkataan ini tiada boleh didengar
oleh orang lain kerana ilmu kesudahan, maka tiada lagi dikata inilah nama (
Mahmu Utirida ) ertinya: perhimpunan rahsia yang mulia2.
Inilah rahsia hamba kepada
saudaraku maka hendaklah ingat baik2 jangan lupa walau sekelip mata jua pun
seperti firman Allah (Barang siapa tiada kenal akan milikku itu nescaya akan
bakar akan dia dengan api neraka walau pun ia seorang alim sekalipun dan barang
siapa akan ambil milikku, maka orang itu hampirlah ia dengan aku dan tiada terlindung
dia dengan aku.)
Adapun yang bernama milik Allah itu
iaitu segala sifat yang 7 pada kita itu ialah barang ujudnya. Maka barang tiada
maujud melainkan dengan ampunya bayang2 maka bukan ia tetapi lain daripadanya. Maka
wajiblah atas kita mengambil hak Allah yang daripada kita inilah sifatnya yakni
jangan ada lagi hidup kita, tahu kita, melihat kita, dan kata2 kita melainkan
hanya Allah Taala. Dengan hakikat hati jua bukan dikata dengan lidah menyebut
zikir La Ilaha Illallah atau Hu Hu atau tatkala duduk, berjalan, bergerak, diam,
makan, minum, maka inilah lafaz menilik bagi Allah hendaklah kita pandang siang
dan malam. Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad Batin dan zahir, maka yang ada
jadi pada tubuh kita hakikat kerana kejadian roh kita dan tubuh kita daripada
Nur Muhammad nescaya Muhammad juga namanya. Maka tiada lain kepada hakikat dan
jadi bertubuh yang batin dan zahir namanya itu kerana nama rahsia itu terlalu banyak.
Allah pun namanya jua. Adapun sebenar2 sifat kepada kita inilah rahsia yang sebenar2
rahsia yang ada pada kita yang ketahui. Adapun jalan hakikat inilah ( Allah Hu Akhbar
) inilah sifat af’al tiada lagi hati menyebut dan tiada lagi lidah berkata, hanya
sifat Asma’ hayat, ilmu, kudrat, iradat yang mengatakan tiadalah hati lagi
kerana rahsia Allah Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat nama rahsia Allah kepada batin
kita memerintah roh2 memerintah hati. Hati memerintah tubuh, maka tubuh pun
berlakulah berbagai2 kehendak memerintah sekelian itu, maka makrifat ada dengan
sendirinya tiadalah dua, tiga. Hanya Allah memuji dirinya sendiri tiadalah kita
lagi rasa hati dan tubuhnya maka jangan diingatkan lagi hanya Allah yang ada
itu kerana Allah yang bernama rahsia itu kehendaknya kita menjadi serasi dengan
dia. Jikalau tiada serasi siapa kita hendak lagi kerana rahsia yang dapat
melihat Allah Taala mengenal Allah, Memuji Allah, hendaklah bagi kita rahsia
Allah kepada kita itu jadi serasi yang hendak berzikir berbagai2 rahsia Allah. Seperti
Sabda Nabi: Asal kejadian itu 4 anasir iaitu tanah ,air, api, angin. Turun
kepada kita tanah itu tubuh kita, angin itu nafas kita, api itu darah kita, air
itu rahsia bg kita.. Maka inilah mengenal diri namanya. Kejadian tanah itu
bernama syariat, kejadian angin itu bernama tarikat, kejadian Api itu bernama
bernama hakikat dan kejadian air itu bernama makrifat. Inilah mengenal diri
namanya. Maka syariat itu umpama kaki, tarikat itu umpama tangan, hakikat itu umpama
tubuh, makrifat itu umpama kepala. Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita hilangkan
bicara tubuh dirahsiakan inilah fana namanya. Maka tiadalah boleh bercerai2 hanya
ada Allah sendiri kerana dilihat mengatakan (La Yakrifu Allah Ilallah) ertinya:
‘Tiada mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita mengenal Allah kerana
tiada kita melihatnya.’
Adapun yang kata berbagai2 itulah
rahsia Allah kepada batin dan zahirnya kita mengatakan (La Ilaha Illa Allah)
itulah rahsia Allah yang mengatakan rahsia ertinya: Tiada lagi hatinya dapat
mengenal Allah hanya rahsia Allah saja yang dapat mengenal maka berganti2lah
tubuh dan hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan rahsia jua iaitu yang
ada pada jalan makrifat.
Tatkala mengata (Allah Hu Akhbar)
itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi rasa berbagai2 yang
diingatkan batin dan zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita2 yang lain
hanya Allah yang ada pada makrifat itu. Maka hairanlah kita tercengang2 setelah
itu Allah tahukan dirinya dan tiada tahu akan tuhannya. Jikalau lagi kata di dalam
hati kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua, belum lagi
ada rasa, jikalau anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi
asa jikalau kita zikir atau sembahyang. Jangan berbeza lagi.
Jika mengatakan (La Ilaha Illa
Allah) Rahsia Allah kehendaknya Allah memujinya sendiri dan hati memujinya
dirinya Allah, jangan lagi kata hati memuji itu hanya rahsia Allah juga memuji
dirinya beza yang dipakai oleh Aulia Allah sekelian. Maka tiada lagi makrifat
kita. Hanya sendirinya dengan rahsianya dan kehendaknya maka inilah Fana pada
Allah dan Ya Allah, jikalau sudah rasa kepada Allah maka tiada bercita2 kepada
yang lain lagi. Maka hendaklah wahai saudaraku sekelian pagi dan petang, siang
dan malam, dunia dan akhirat, hidup dan mati jangan berubah lagi. Adapun yang
bernama alam sapiir itu di dalam otak kita kerana otak kita itu tempat nyata
roh kita yang bernama alam sapiir itu kerana alamnya. Adapun yang bernama alam
kabir itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah rahsia Allah tempat nyata roh.
Adapun tempat segala perintah itu daripada tengah hati kita maka berkehendaklah
hati kita berbagai2. Adapun rahsia itu pula di dalam pesaad ertinya di dalam
jantung kita. Maka inilah namanya Allah, maka inilah rahsia zat kerana di sana tempat
nyata segala kehendak Allah, maka Siir kita itu namanya sifat batin, di dalam
tubuh kita bernama sifat zahir jua sekelian adanya.
Adapun masa tidur; Adapun masa kita
tidur itu hilang segala rasa sebab tiada diperintah rahsia Allah jangan hendak
berbagai2. Ingatkan diripun tiada. Hanya yang ada hayat kerana rahsia Allah itu
jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang. Jika tiada Batin dan
zahirnya itu berkehendak baginya. Maka roh itulah yang bernama manusia bernama
tubuh pada sekelian aulia Allah. Maka roh itulah bernama makrifat yang dapat berjalan
batin dan dapat melihat batin, yang demikian itu roh itulah melakukan perintah rahsia
Allah orang yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh Idofi bertubuh akan (Muhammad)
sekian jua adanya.
Sekian saja hamba menulis sebuah
kitab ini iaitu sebuah kitab Arwah Tokku Paloh yang telah diturunkan kepada
anak muridnya yang dikasihi.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment