Ruh manusia ialah
satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH.
Misalan itu disini ialah Hakikat itu sendiri.
TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI
dan PENUNJUKKAN sesuatu benda kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri.
Contohnya satu biji sawit menunjukkan dirinya dalam bentuk beberapa ladang
sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul ) dan bukan ulangan.Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.
Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA. Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.
Badan itu sendiri adalah satu ruh
saperti ice dan air. Ruh tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya
dalam badan itu. Ruh ibarat penunggang dan badan ibarat kuda.
Ruh ialah Allah. Tidak ada yang
bergerak melainkan Allah.
Apabila Allah hendak memandang
diriNya, Dia perlukan cermin yang cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang
lain. Badan manusia mempunyai HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada
muka cermin yang cerah itu. Semakin berseh Hati maka semakin teranglah Bayangan
Allah padanya.
Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan
. Bayangan adalah nama sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang
memandang yang terlihatBanyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai
saiz dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam
syariat dan Tajalli didalam tasauf.
Dia membuat cermin bagi DiriNya dan
memanggil cermin itu Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama
Qalib / Badan / Jasad / Jasmani.
Yang memandang KeindahanNya tidak
puas memandang dan cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang
itu.Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai
badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.
Firman – Firman Allah :-
Dan pada diri kamu dan kamu tidak
melihat
Sesungguhnya telah dtang kepada kamu
seorang rasul dari antara kamu
Aku tidak boleh dikandung oleh bumi
dan langit tetapi boleh dikandung oleh Hati Orang Mukmin
Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan
Ketuhanan. Ia membawa dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.
Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan.
Banyaknya timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik
berlindung pada Ruh, kualiti yang jahat dengan badan.
KeRUHan adalah Satu Dengan Zat
sebelum manifestasi. Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak.
Perbezaan adalah SANGKAAN sahaja.
Hadith Rasul :-
Siapa yan melihat saya nampaklah
Allah
Dia sekarang saperti Dia dahulu juga
Allah ada dan tiada sekutu dengan
Dia.
Bagaimana ada sekutu dengan Dia
sedangkan dahulu, sekrang dan akan datang adalah satu sahaja padanya.
Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah
Hakikat Muhammad ( Wahdah ) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani (
Wahidiyyat ) yaitu Ruh “ yang dijadikan” bergelar SIRR.
Semua ruh adalah bayangan dari Ruh
itu ( Hakikat Muhammad ) . Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “
Firman Allah :-
Aku hembuskan padanya ( Adam )
RuhkuAku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal & Jamal )Kemana
sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah
Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti
badan adalah pembatasan Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat
pertama ia bergelar Ruh – Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.
Ruh bukan didalam atau diluar badan
dan tidak juga lekat pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak
didalam badan, bukan terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.
Ruh pada aspek luarnya adalah
mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat
yang lain pula melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang
berlainan.
NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis
:-
Pertama BATIN – yaitu dalam peringkat
ILMU dinamakan Hakikat Muhammad dan tidak dizahirkan.
Aku dari Allah dan seluruh Alam
adalah cahayakuIanya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.
Kedua ZAHIR - yakni Nur yang zahir
mulai dari Aql – i – Kul menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain
digelar Ruh – i – Muhammadi atau Nur Muhammad.
Allah mula mula sekali menjadikan
Akalku dan Cahayaku.
Muhammad ada dua aspek :-
Pertama – HAKIKAT - Aku AHMAD tanpa
MIM ( AHAD )
Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan
RasulNya.
Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA
dan pergerakan objek adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila
Tajalliyat bergerak objek ( bayanganNya ) pun bergerak.
Tidak ada yang bergerak melainkan
dengan Izin Allah.
Tidak Ada Wujud Selain Allah.
Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku –
Salik. Oleh itu memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.
Dia-lah Yang mengetahui & Yang
Diketahui. Aku Kenal Allah Dengan Allah.
Dan Dia dalam Nafs kamu...dan kamu
tidak nampak Dia.
SIRI 7 ALAM MITHAL.
Di
ALAM LAHUT iaitu Perbatasan Pertama, Zat
, Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT (Mujarrad) Zat tidak dapat dibezakan dari
Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan tidak berbeza antara satu dengan yang
lain dalam Ilmu dan belum ada di luar.
Peringkat atau Alam ini digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA. ALAM seterusnya menurun dipanggil ALAM MITHAL
atau PERBATASAN KEDUA. Di sini Allah melihat segalanya secara PERINCIAN dan
berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Sebagai
misalan dicontohkan biji benih :-
Perbatasan Pertama - ialah pengetahuan biji benih sebagai biji beni. Perbatasan
Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya untuk menjadi akar, batang,
dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu atau Pengetahuan. Perbezaan batas batas itu tidak ujud pada
hakikatnya. Ianya wujud untuk menjelaskan ilmu sahaja oleh para sufi. Butir butir MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH,
ALAM MITHAL, ALAM SAHADAH dan ALAM INSAN.
Allah jua Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah Alam ini.
Minifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan itu sifat-sifat
kita dan yang lain-lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita tidak wujud kerana
Yang Wujud Hanyalah Allah.
Perbatasan
atau Alam tidak ada had bilangannya.
Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbatasan hanya wujud dalam ilmu sufi
dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang dikatakan perbatasan itu.
1.
WAHDAH:
Ghaib Yang Pertama di mana A’yan dalam fana’, tidak wujud walaupun dalam Ilmu.
Allah ada dan tidak ada apa-apa yang bersama dengan Dia.
2.
WAHDIYYAT:
Ghaib Yang Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan tidak tahu akan
kewujudannya.
3.
ARWAH:
Di sini A’yan mempunyai perbezaan-perbezaan antara satu dengan yang lain.
4.
AMTHAL:
Di sini salinan gambaran (prototype) objek-objek wujud.
5.
AJSAM:
Di sini mereka mempunyai badan-badan kebendaan.
6.
INSAN:
Paduan semua Perbatasan / Alam / Peringkat di atas bergelar INSANUL KAMIL.
SIRI 9 SOLAH (SEMBAHYANG).
Solah
(Melayu; sembahyang) diambil dari perkataan wasiat; Bererti lekat atau
menghampiri. Ahli zahir memahami ini dengan menyatakan: "Mematuhi
hukum-hukum yang tertentu dalam sembahyang". Ahli batin mengatakan:
'penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang di cintai'. Syibli
berkata, "Wudu ialah penceraian dan solah ialah penyatuan". Ertinya:
"(Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu)". Inilah sembahyang yang
berkekalan. Ertinya: "(Mereka yang sembahyangnya berkekalan)". Yang
penyinta tenggelam dalam cintanya kepada
yang dicintai.
Sembahyang
yang biasa ialah lima waktu sehari semalam. Sembahyang yang lima waktu itu
mengadap ke kiblat. Sembahyang yang berkekalan mengadap kepada wajah Allah. Ertinya:"
Kemana sahaja kamu mengadap muka kamu , di situ ada wajah Allah". Sembahyang
yang biasa mempunyai cara-cara dan hukum-hukum yang tertentu. Sembahyang yang
lagi satu itu luas bidangnya.
Kiblat
sembahyang biasa terletak di tempat yang tertentu (kaabah). Kiblat sembahyang
yang satu lagi itu di mana-mana sahaja. Syekh Abu Bakar berkata, apabila beliau
berpindah dari satu solah yang satu lagi, " Aku telah menjadi Kafir, maka
aku ikatkan dengan benang - Allahu
Akbar. "Pada pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu
letaknya itu, setelah beliau mengadapkan mukanya ke kiblat yang mutlak.
Kiblat
itu empat: Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq. Seseorang itu
hendaklah berpindah dari yang pertama kepada yang kedua, dari kedua kepada
ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda telah dapat melakukan
peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum dari piala Muhammad
s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya. Anda perlu mencerai
diri anda daripada diri - kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah.
Oleh itu di katakan, "Wudu' ialah penceraian, dan solah itu
penyatuan".
Sembahyang
orang yang cinta ialah memfanakan diri, sembahyang orang awam ialah ruku' dan
sujud. Sembahyang ini ialah mi'raj bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan
dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang dicintai olehnya. Pada
peringkat ini, dia memperkatakan ucapan
sembahyangnya kepada dirinya.
2.
Sembahyang mempunyai dua aspek - badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan
peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika
yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang dipentingkan tetapi yang berkenaan
dengan ruh - yang memandang Allah dan memfanakan diri - tidak dicapai, maka jadilah sembahyang itu badan
yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja dipentingkan dan badannya tidak di
pedulikan, maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan.
Ada
juga orang yang mengatakan bahawa melakukan peraturan-peraturan dan hukum-hukum
sembahyang itu adalah umpama
menggilatkan besi. Apabila besi itu telah berkilat, maka dengan
sendirinya kilat itu akan memancar dari besi yang telah berkilat itu. Apabila badan telah sempurna
dalam rahim, nyawa dengan sendirinya datang kepada badan itu. Apabila lampu telah
sempurna dan sumbunya telah siap, senanglah api hinggap di sumbu itu.
Firman
Allah ertinya: "Aku hembuskan kepadanya daripada ruh Ku"Penglihatan
atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak di sangka-sangka. Ia datang
pada masa yang tidak disangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima
kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang diperlui.
3.
Sujud ialah tanda pengabdian dan penghormatan. Malaikat sujud kepada Adam,
sebenarnya sujud itu kepada Allah. Sujud mengadap kiblat adalah syirik jika
tidak disertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa. Seseorang itu boleh
menganggap seluruh kejadian atau makhluk ini sebagai kiblatnya. Yang bererti:
"Ke mana sahaja kamu mengadap, di situ ada wajah Allah ".
Seorang
Majdhub sujud kepada apa sahaja yang dilihatnya dan berkata, "Ya, Allah! Aku
berlindung dengan Mu dari syirik dalam semua perkara. " Masud Bek nampak
ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta perlindungan dengan
kelakuan syirik. Anak itu berkata, "Jangan dipanggil dia musyrik, beliau
melihat apa sahaja tanpa adanya." Oleh itu si mukmin dalam sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat
kepada yang haq dan ini dilakukan semasa berniat dalam sembahyang.
Mengadap
kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Imam-imam ada berkata iaitu
sujud malaikat kepada Adam ialah sujud
kepada Nur Muhammad yang terzahir dalam
Adam. Jika seseorang menyembah cahaya yang dibalikkan (terbayang) dalam cermin,
maka menyembahan itu adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang
ahli akal (Sahib-i-basirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya
cahaya Allah terbayang.
4.
Assabihu ma'a ILah -(bersahabat dengan Allah). Inilah sembahyang yang tidak
boleh ditangguh-tangguh. Sembahyang yang lima waktu itu boleh ditangguh (qadha)
ke masa yang lain: Yang bermaksud: "Mereka yang memelihara sembahyang
mereka, "Kiblat sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat sembahyang
biasa itu ialah Ka'bah. Ertinya: "Neraka wail bagi orang yang sembahyang
yang lalai dalam sembahyang mereka itu." Lalai kepada Wujud Mutlak.
Wudu'
mempunyai dua pengertian: Pertama-membersihkan badan dan kotoran moral pada
diri. Kedua- penceraian dari diri (Al-wudu' infisal, was salat ittisal) Wudu'
ialah penceraian, dan sembahyang ialah penyantuman. Anda tidak akan boleh
melakukan sembahyang jenis ini jika anda belum boleh menceraikan diri
anda.
5.
Seseorang menyuruh penulis menulis nama 'Allah' tanpa menggunakan pena, kertas
dan dakwat, beliau pun terus berdiri, ruku' sujud dan seluruh kelakuan dalam
sembahyang. Berdiri itu Alif, ruku' itu Lam, dan sujud itu Ha.Wahai saudara,
anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.
1. Berkenaan
’bimbingan yang betul‘ ini, perkara yang penting ialah ilmu dan dzauk. Jika tidak ,perkara
keduniaan ini tetap seperti biasa juga
tanpa ada perubahannya. Seorang murid
menulis kepada gurunya, “pekerja-pekerja dan kerani-kerani panca-indera
sedang bekerja untuk mencapai kesempurnaan. Mereka mengumpulkan hasilnya
daripada rakyat dan menghantar ke Perbendaharaan Di Raja, tetapi jangan dilaporkan
kepada Raja, saya percaya, melalui ihsan, tuan akan menghantar laporannya “.
Zat mempunyai sifat dan menikmati rasa mereka,
tetapi salik tidak mendapat laporan dan
dengan itu tidak mendapat ilmu. Sebelum
timbul tajalli ilmu, salik itu bukan arif, apabila timbul ilmu, dia kenal akan
dirinya. Meski pun ada sifat, Zat tidak
tahu mereka sebelum timbulnya ilmu . Zat itu menyerap dalam diriNya. Salik itu mempunyai wujud, iradat, kuasa,
pendengaran dan lain-lain. Tetapi jika dia tidak tahu akan sifat-sifat ini,
maka berertilah serupa dengan dia tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Salik mendengar dan melihat, tetapi tidak
tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini, Allah mendengar dan melihat,
tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya. Apabila dia kenal, jadilah dia
arif.
Pengenalan
ini membawa pemerhatian dan pemerhatian pula
membawa wujud. Hijab itu diletakkan pada diriNya oleh diriNya. Dia jadi
arif oleh diriNya, dan Dia jadi jahil oleh diriNya. Tidak ghayr (yang lain). Ertinya: “Barang siapa Allah bimbing ke jalan
yang lurus, maka tidak ada siapa yang dapat menyesatkan dia, dan barang siapa
Allah bimbing ke jalan yang sesat, maka tidak ada siapa yang dapat membetulkan dia “.
2.
Murid hendaklah memerhatikan
jamal gurunya. Jamal guru itu mestilah dibalikan (bayangkan) dalam cermin hati
muridnya. Dalam cermin jamal guru itu, murid memerhatikan jamal Allah, hati
murid ialah cermin muka guru. “ Barang siapa melihat Aku, melihat dia Tuhannya
“ “ Hakikat iman ialah memerhatikan Aku. “
3. Orang
yang menjalankan suluk boleh sampai kepada peringkat di mana kebendaan sesuatu
benda hilang dari pandangannya, maka di
lihatnyalah tidak ada lain selain Allah. Keadaan ini mereka gelarkan “ Ittisal
“ (Penyantuman) iaitu kebalikan daripada “ Infisal “ (penceraian).
4. Setengah
orang-orang sufi memakai pakaian bulu dan tidak
memakan makanan yang lazat-lazat
dengan tujuan supaya orang-orang biasa tidak berkawan dengan mereka.
Syekh-al-Akbar berkata bahawa jika seseorang murid mencari guru lain semasa
hidupnya adalah bererti memutuskan wa’ad (perjanjian) dengan Allah , yang di
buatnya pada masa melakukan bai’at. Pengikut seseorang Nabi tidak mungkin
menjadi pengikut seorang Nabi yang lain, semasa hidup Nabi itu.
5. Tujuan
Syaghal (latihan), Zikir dan Muraqabah ialah untuk membuang segala ingatan
selain dari mengingat Allah.
6. Orang
yang mula menjalankan suluk hendaklah jangan di beritahu tentang kecacatan nya supaya ia tidak menjauhi diri
daripada nada. Setelah hati itu suci semua kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya.
7. Syekh
(pembimbing) itu boleh jadi di barat , tetapi beliau tahu keadaan muridnya di timur. Kebolehan yang
paling kurang bagi seorang guru ialah
dia mempunyai (membaca hati muridnya)
dan ( sedar tentang keadaan orang yang mati dalam kubur). Jika dia tidak
mempunyai kebolehan ini, maka haramlah dia membimbing muridnya. Dia tidak boleh menjadi guru. Dia hendaklah tahu
keadaan dunia dahulu dan sekarang. Beliau adalah khalifah Allah di bumi ini.
Bererti: “ Kami jadikan dia khalifah di bumi “
8. Guru
ialah satu barzakh, melaui dia anda menghampiri Allah. Anda tidak boleh melihat
matahari-kecuali melalui kaca yang gelap. Pengaruh guru pada muridnya tinggal
kekal meskipun guru itu telah meninggal dunia fana ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj
membentuk watak Fariduddin ‘Attar, yang muncul 150 tahun selepas beliau.
Seseorang boleh melakukan bai’at dengan guru yang lain selepas di benarkan oleh
guru pertama dan begitulah seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru.
Sebenarnya semua guru adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat
menghormati gurunya – bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi
adalah tanda cinta.
9. Ada
dua jenis murid – biasa dan khusus. Guru mengajar mereka dengan cara yang berlainan , menurut kebolehan
dan kelakuan mereka. Murid biasa
mendapat pengajaran biasa. Murid khusus mendapat pengajaran khusus yang tidak di ajar kepada murid biasa.
Bererti : “ Syariat perkataan ku, Tariqat perbuatan ku dan Hakiqat keadaan diriku “ Kepentingan untuk diri sahaja adalah satu
racun yang bias bagi orang yang masih
murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai murid beliau dengan syarat
Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau lakukan di hadapan matanya.
Untuk cerita ini lihat dalam Al-Quran
Surah Kahfi. Nabi Khidr memaafkan Nabi Musa
berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan membunuh seorang kanak-kanak,
tetapi apabila beliau ditanya tentang
perkara tidak mahu menerima bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi
Khidr tidak mahu lagi menerima Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan
yang pertama itu adalah kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah untuk kepentngan diri. Bayazid Bistami dan Uthman Khybari sedang
berdoa bersama-sama. Uthman Khybari
menutup doanya dengan berkata, “ Ya
Allah, kurniakan kepada aku segala yang aku mahu, “ Tetapi Bayazid Bistami
berkata, “Ya Allah, hapuskan semua yang
aku mahu,” Uthman pun bertanya, “ Bagaimana pula ini ?” Bayazid
menjawab, “ Apakah yang di kehendaki oleh orang-orang yang mencari Allah dengan
kemahuan-kemahuan diri sendiri? . Dia
menghapuskan segala-galanya selain Allah dan melupakan wujud dirinya sendiri.”
10. Syariat di hebahkan oleh ulamak tetapi Tariqat dan Haqiqat
oleh Masyayakh ( Syekh-syekh Sufi).
Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela di muka bumi ini.
Mereka menyatakan kepada manusia tentang siksa Neraka dan nikmat Syurga. Tanpa
Tembok Besar (Negeri China) Yakjuj dan Makjuj tidak dapat di tahan dari
mengganggu keamanan dunia ini , tetapi jika berhenti di sini sahaja tanpa
berjalan lagi adalah ibarat mendirikan pagar dalam perjalanan orang-orang yang
mengembara menuju Allah. Para waliyullah membuang pagar ini dari perjalanan
mereka yang ada kebolehan dan berkelakuan baik. Mereka membuka tabir dari mata
salik sedikit demi sedikit sehingga
mereka nampak alam ini penuh dengan nur Allah.
Para waliyullah ini melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke
dalam alam mithal) dan bukan melalui khayalan dan pemikiran. Murid akan melihat bahawa dalam
alam dunia ini tidak ada yang berkuasa
dan bijak selain Allah sendiri. Tidak ada yang melihat, mendengar dan bercakap
selain Allah sendiri. Tidak ada pemberi
dan penerima atau penjaga selain Allah sendiri.
11. Guru lebih mementingkan hakikat dalam daripada pandangan luar.
Pada permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih, ibadat biasa dan berkelakuan
wara’. Semakin ia bertambah maju kehadapan, didapatinya semua itu kosong. Dia
melepaskan jalan selamat dan menggunakan jalan malamat (iaitu melepaskan
upacara-upacara dan peraturan biasa, dan mempraktikkan ibadat yang sebenar-benarnya). Jika anda ingin
melupakan diri anda, masuklah dalam kedai minum, dan lihatlah apa yang boleh dilakukan
oleh kedai minum dan penjaga kedai minum itu kepada anda. Di sana anda akan
menyedari makna ; “ Katakanlah, ruh itu adalah daripada urusan Tuhan ku. “
Kedai minum yang dimaksudkan di
sini ialah suasana seseorang yang tenggelam dalam cinta kepada Allah.
Hukum-hukum syariat adalah untuk badan dan bukan ruh: Yang bererti: “Pada hari
itu bumi ini akan bertukar menjadi bumi lain“. Keadaan batin tidak ada
perbatasan. Zannun al-Misri memerintahkan muridnya yang telah 40 tahun
beribadat supaya melepaskan ibadatnya kecuali yang fardhu dan sunnat.
12. Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya adalah perbatasan
Fayd-i-Rahmani. “Al-alamu karbun min karbun-Rahman“. Dunia ini adalah hembusan
nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana sekelip mata. Yang
bererti: “Satu hari dengan Allah adalah 1,000 tahun yang kamu kira“.
No comments:
Post a Comment