Tuesday, February 15, 2011

HAKIKAT INSAN KAMIL

TAHTA KEBESARAN KERAJAAN ISLAM WALIKUTUBKULUBULLAH AL-MUHAQQI BILLAH SH.NADZIR AS SAGHIR.
Oleh : Mohamad Nadzir Hj. Said
[Kembali Menyaksikan Kewujudan Diri Sendiri]
Hakikat Insan dan Hakikat Muhammadiah adalah pengalaman kerohanian di dalam kefanaan, iaitu ketika hilang perhatian dan kesedaran terhadap diri sendiri. Dalam suasana tersebut si hamba tidak tahu siapakah dirinya. Dia hanyalah yang menyaksikan.
Setelah mengalami suasana Hakikat Muhammadiah si hamba berpindah kepada suasana di mana kesedaran dan perhatian terhadap kewujudan dirinya mula datang semula secara sedikit demi sedikit. Hakikat yang membuka jalan kepada kesedaran ini dinamakan Hakikat Insan Kamil.
[HAKIKAT INSAN KAMIL]
Si hamba menyaksikan bahawa Insan Kamil adalah pertemuan di antara ketuhanan dan kehambaan. Pada Insan Kamil berkumpul pengetahuan tentang Tuhan dan pengetahuan tentang makhluk Tuhan. Insan Kamil mengenal Tuhan dalam aspek tanzih dan tasybih. Insan Kamil memperolehi maklumat Hakikat Muhammadiah secara lengkap dan sempurna. Insan Kamil yang memiliki ilmu dan makrifat yang sempurna. Insan Kamil yang mempunyai pengenalan yang sempurna tentang Tuhan. Insan Kamil juga mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang apa yang Tuhan sampaikan kepada hamba-hamba-Nya.
Insan Kamil juga mempunyai maklumat Hakikat Insan secara sempurna. Oleh kerana Hakikat Insan mengumpulkan maklumat yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya, maka Insan Kamil mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya. Seluruh alam semesta ‘terkandung’ dalam Insan Kamil. Hati si hamba yang terbuka kepada suasana Hakikat Insan Kamil menyaksikan seluruh alam semesta berada dalam hatinya. Si hamba menyaksikan pengetahuan ketuhanan datang secara langsung kepada hatinya.
Pembukaan kepada Hakikat Insan Kamil membuat hati si hamba menyaksikan alam semesta disempadani oleh dirinya dan pada masa yang sama dia menyaksikan ‘Allah’ bersemayam dalam hatinya. Inilah peringkat yang paling tinggi bahayanya dalam semua peringkat pengalaman kerohanian. Ketuhanan dan kehambaan muncul pada hati yang sama, pada perasaan yang sama dan pada masa yang sama. Hanya kehambaan yang sentiasa membayanginya meneguhkan tapak kakinya berpijak pada jalan yang benar.
Kehambaan pada peringkat ini sangat rapuh, mudah sahaja menjadi hancur lebur. Jika hal yang demikian terjadi hati si hamba tidak lagi melihat perbezaan di antara hamba dengan Tuhan, dirinya dengan Tuhan. Keadaan seperti ini tidak muncul sewaktu menyaksikan Hakikat-hakikat yang lain termasuklah Hakikat Muhammadiah kerana pada ketika itu makhluk dan dirinya tidak ada dalam perhatian dan kesedarannya. Pada tahap mengalami suasana Hakikat Insan Kamil ini kesedaran dan perhatian kepada diri dan makhluk baharu sahaja muncul kembali, belum begitu kuat dan berpengaruh. Kesedaran dan perhatian tersebut baharu pada tahap seumpama bayang-bayang yang belum melekat benar pada hati. Hakikat Insan Kamil adalah umpama stesen bebas bagi hati. Ia boleh menjadi Tuhan dan hamba pada masa yang sama. Ia juga boleh menjadi nabi dan wali. Ia juga boleh menjadi malaikat.
Jika seseorang yang baharu sahaja kembali sedikit kesedarannya terhadap kewujudan dirinya larut dalam Hakikat Insan Kamil, hatinya akan mengalami apa yang biasa disebut oleh orang sufi sebagai bersatu dengan Tuhan. Rasa bersatu dengan Tuhan berbeza daripada mengalami suasana keesaan yang berlaku pada stesen kedua belas dahulu. Pada ketika itu keesaan dialami dalam suasana tiada kesedaran terhadap diri sendiri. Si hamba hanya menyaksikan Allah S.W.T semata-mata, tidak pada dirinya dan makhluk lainnya. Dia hanya menyaksikan satu wujud iaitu wujud Allah S.W.T, wujud yang lain tidak ada dalam perhatiannya. Oleh yang demikian tidak timbul isu bersatu dengan Tuhan pada peringkat itu.
Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula wujud Allah S.W.T dan wujud dirinya menyata dalam kesedarannya dan mungkin dia tidak dapat membezakan yang satu dengan yang lain. Dalam keadaan demikian dia mungkin menyaksikan Allah S.W.T sebagai Haq (Yang Hakiki) dan juga khalq (makhluk sebagai bayangan Yang Hakiki). Dia mungkin merasakan dirinya sebagai Tuhan dan hamba Tuhan, yang sama dalam aspek yang berbeza. Dia mungkin melihat sifat-sifat yang ada pada dirinya sebagai sifat Tuhan dan dia menjadi penzahir sifat Tuhan secara sempurna. Dia mungkin merasakan pada wujudnya yang satu bertemu Wujud Tuhan dengan wujud alam semesta.
[QIBLATUL HAQ]
Dia mungkin menyaksikan seluruh alam semesta seumpama bola kecil terkandung di dalam hatinya. Dia mungkin melihat badannya sebagai Arasy, rohnya sebagai Roh Muhammad dan zatnya sebagai Zat Tuhan. Dia mungkin juga melihat ilmunya sebagai Ilmu Tuhan dan bakat dirinya sebagai malaikat.
Bila dikuasai oleh rasa kelarutan dalam Hakikat Insan Kamil dia mungkin melihat dirinya berada pada satu falak di atas daripada falak yang ada makhluk yang lain. Malaikat, jin dan yang lain-lain mungkin dilihatnya berada di bawah daripada falak dirinya. Dia mungkin melihat bakat dirinya bergerak melalui makhluk yang lain. Jika dia berada dalam satu kumpulan pekerja dia mungkin melihat bakat dan daya upayanya berada pada setiap pekerja tersebut.
Suasana hati yang bertembung dengan Hakikat Insan Kamil mungkin membuat seseorang melaungkan “Ana al-Haq!”. Ucapan “Ana al-Haq” pada peringkat ini berbeza daripada ucapan Ana al-Haq pada peringkat stesen ke sebelas. Pada stesen ke sebelas dahulu si hamba semata-mata menjadi alat dan Tuhan Pengguna alat. Si hamba tidak melihat ucapan tersebut sebagai ucapannya. Dia menyaksikan Kalam Tuhan yang keluar daripadanya. Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula ucapan “Ana al-Haq” dilafazkan dalam keadaan ada kesedaran diri. Kesedaran tersebut membuatnya melihat ucapan itu sebagai ucapan Tuhan dan juga ucapan dirinya yang bersatu dengan Tuhan. Apa yang dia ucapkan itulah yang Tuhan ucapkan, dan apa yang Tuhan ucapkan itulah yang dia ucapkan. Beginilah keadaan yang berlaku kepada orang yang larut dalam Insan Kamil.
Ramai orang menyangkakan Insan Kamil adalah penghabisan jalan. Mereka jadikan Insan Kamil sebagai makam mereka.
Semua keturunan Adam a.s dinamakan manusia. Dalam bangsa manusia itu ada golongan yang sempurna dinamakan manusia yang sempurna. Dalam golongan manusia yang sempurna itu ada kumpulan yang menjadi Nabi dan Rasul. Bangsa manusia secara keseluruhannya dikuasai oleh Hakikat Insan. Golongan manusia yang sempurna itu pula dikuasai oleh Hakikat Insan Kamil. Dalam golongan manusia yang sempurna itu, yang menjadi nabi dan rasul dikuasai pula oleh Hakikat Muhammadiah.
Hakikat-hakikat, termasuklah Insan Kamil, bukanlah makhluk yang ada dalam alam.
* Hakikat adalah urusan Tuhan.
*Insan Kamil adalah urusan Tuhan yang menguasai satu kumpulan manusia yang sempurna kehambaannya kepada Allah S.W.T.
*Insan Kamil yang asli, yang ada pada sisi Tuhan tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna, tidak menempati ruang dan zaman dan juga tidak bernama.
*Manusia-manusia sempurna yang muncul di atas muka bumi bolehlah dikatakan salinan lengkap kepada Insan Kamil yang asli. Manusia yang paling sempurna, menjadi salinan Insan Kamil yang paling sempurna menerima penguasaan sepenuhnya daripada Hakikat Muhammadiah dan beliau adalah Nabi Muhammad S.A.W. Manusia-manusia sempurna yang lain, walaupun sempurna tetapi kesempurnaan mereka tidak mencapai tahap kesempurnaan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak menerima penguasaan Hakikat Muhammadiah secara lengkap, selengkap Nabi Muhammad S.A.W.
Oleh itu hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang bernama Muhammad, yang lain bernama Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan lain-lain. Manusia sempurna yang lain tidak mengaku diri mereka sebagai Muhammad walaupun mereka juga menerima maklumat daripada Hakikat Muhammadiah. Sejak Nabi Adam a.s sampailah kepada Nabi Isa a.s tidak ada seorang Nabi pun yang mengaku menjadi Muhammad. Kumpulan manusia yang sah kesempurnaan mereka tidak mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad. Jika ada orang yang mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad, baik secara zahir atau secara batin, maka nyatalah mereka telah keliru dalam memahami hakikat.
Salinan Insan Kamil yang paling sempurna dalam kumpulan Nabi-nabi adalah Nabi Muhammad S.A.W, penutup Kenabian. Salinan Insan Kamil yang sempurna dalam kumpulan wali-wali adalah Muhammad Imam Mahadi, penutup kewalian.
Muhammad Imam Mahadi tinggal di dalam dunia dan menjalankan tugas yang diamanahkan(amanat yang diamanahkan) kepadanya oleh Allah S.W.T. Bila tugas tersebut selesai beliau kembali ke rahmatullah. Pada ketika itu salinan Insan Kamil tidak akan muncul lagi ke dunia. Bila salinan Insan Kamil tidak ada lagi di dalam dunia maka tertutuplah ilmu ketuhanan. Tidak ada lagi manusia yang mengenal Allah S.W.T. Pada ketika itu berlakulah kiamat besar.
Ada beberapa perkara lagi perlu diketahui berhubung dengan daerah Insan Kamil yang selalu diperkatakan apabila bercakap mengenainya. Insan Kamil dikatakan bersemayam di dalam Kaabatullah. Kaabatullah selalu disebut dalam memperkatakan tentang hakikat. Ada orang mengatakan dia bersembahyang menghadap Kaabatullah. Ada pula yang mengatakan dia bersembahyang di dalam Kaabatullah. Yang lain pula mengatakan dia sembahyang dengan ketiadaan Kaabatullah. Ada juga orang mengatakan dia menemui Rasulullah S.A.W di dalam Kaabatullah. Berbagai-bagai lagi keadaan Kaabatullah yang diceritakan orang dalam menggambarkan suasana hakikat.
[KAABAHTUALLAH]
Kaabatullah yang dikatakan seperti cerita di atas merupakan suasana simbolik bagi menggambarkan keadaan hubungan hati dengan Allah S.W.T. Umat Islam bersembahyang menghadap Kaabatullah bukan bermakna mereka menyembah Kaabatullah dan bukan juga Allah S.W.T berada dalam Kaabatullah. Allah S.W.T memilih Kaabatullah sebagai tempat yang boleh dirasakan kehadiran-Nya dengan kuat. Jadi, Kaabatullah dihubungkan dengan Hadrat Ilahi. Berhadap ke Kaabatullah bermakna menghadap kepada Hadrat-Nya.
Di dalam suasana hakikat, Kaabatullah menjadi misal bagi suasana ketuhanan. Bila dikatakan Insan Kamil bersemayam di dalam Kaabatullah ia bermaksud Insan Kamil adalah suasana ketuhanan, berada dalam Ilmu Tuhan. Orang yang bersembahyang di dalam kesedaran melihat Kaabatullah berada di hadapannya. Orang yang di dalam zauk merasakan berada di dalam Kaabatullah. Orang yang baqa dengan Allah S.W.T tidak melihat kepada Kaabatullah. Orang yang ‘memasuki’ Ilmu Allah, mengenali suasana Hakikat Muhammadiah dan mengambil ilmu daripada sumber tersebut, menggambarkannya sebagai berjumpa dengan Rasulullah S.A.W di dalam Kaabatullah dan menerima pengajaran daripada baginda S.A.W. Pengalaman-pengalaman yang disebut di atas merupakan pengalaman dalam 'misal kepada hakikat’.
Penyaksian terhadap rupa, bentuk, cahaya dan warna adalah penyaksian kepada misal bagi hakikat-hakikat. Apa yang disaksikan itu menjadi cermin yang membalikkan kefahaman tentang hakikat yang tidak boleh disaksikan. Rasulullah S.A.W melihat pada malam Israk dan Mikraj, bentuk misal kesenangan dan kemewahan dunia sebagai perempuan cantik dan umur dunia yang sudah lanjut sebagai perempuan tua. Kedua-duanya menceritakan tentang hakikat dunia tetapi berlainan rupa bagi menceritakan maksud yang berbeza.
Hakikat boleh diibaratkan sebagai cahaya dan cermin sebagai Alam Misal. Jika benda nyata diletakkan di hadapan cermin dan cahaya dipancarkan kepadanya, akan kelihatanlah gambaran benda nyata itu di dalam cermin. Gambaran yang kelihatan di dalam cermin itu menyatakan bahawa pada benda nyata itu ada pancaran cahaya. Cahaya disaksikan dalam bentuk benda-benda nyata. Bentuk benda-benda nyata itu menjadi misal kepada cahaya, menceritakan bahawa di sana ada kehadiran cahaya. Tetapi benda nyata dan gambaran benda nyata yang kelihatan atau bentuk misal itu bukanlah cahaya. Cahaya tetap dalam keadaan aslinya yang tidak ada rupa dan warna. Ada orang yang tidak membezakan bentuk misal dengan cahaya yang asli. Orang yang tidak membezakan bentuk misal dengan hakikat kepada yang dimisalkan itu memahamkan hakikat ketuhanan mempunyai wajah-wajah tertentu.
Hakikat Insan Kamil adalah umpama cahaya yang hening. Hati insan umpama cermin yang jernih. Orang yang memandang ke dalam cermin hatinya bersuluhkan cahaya Hakikat Insan Kamil akan menyaksikan wajahnya sendiri di dalam cermin itu, lalu dia menyangkakan bahawa itulah wajah Insan Kamil yang asli, dan itu jugalah wajah Tuhan yang tidak dibezakan dengan Insan Kamil. Jika orang Hindu menyembah tuhan dalam rupa monyet orang tadi menyembah Tuhan dalam rupa dirinya sendiri. Lama-lama orang Hindu menyembah monyet, tidak lagi menyembah Tuhan. Lama-lama orang tadi menyembah dirinya, tidak lagi menyembah Tuhan. Inilah yang selalu terjadi kepada orang yang berjalan kepada hakikat tanpa membawa syariat.
Orang yang berjalan pada jalan kerohanian perlu melepasi bentuk-bentuk misal. Lepaskan apa juga yang sampai kepada penyaksian. Nafikan dengan kalimah “La ilaha illa Llah”. Orang yang berjaya melepasi bentuk-bentuk misal tersebut akan sampai kepada Penyaksian Hakiki, iaitu menyaksikan tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah. Pada Penyaksian Hakiki juga tidak ada suara, tidak ada huruf. Penyaksian berlaku kepada mata keyakinan.
Si hamba yang menyaksikan dengan mata keyakinan mengucapkan:
“Sesungguhnya hatiku tidak berasa syak lagi bahawa Engkau yang daku pandang tanpa rupa, tanpa bentuk, tanpa cahaya, tanpa warna, tanpa suara dan tanpa huruf”.
Itulah keadaan memandang dengan tiada sesuatu yang dipandang, tahu tanpa sesuatu pengetahuan dan kenal tanpa sesuatu pengenalan. Penyaksian akal dinamakan ilmul yaqin. Penyaksian mata hati dinamakan ainul yaqin. Penyaksian mata keyakinan dinamakan haqqul yaqin. Haqqul yaqin meruntuhkan segala pengetahuan dan penyaksian kerana sesungguhnya Tuhan adalah:
"Lai Kamislihi Saiun”
"Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya
Keyakinan terhadap Allah S.W.T adalah:
"Wahuasamiul basir"
"Dan Dia Mendengar dan Melihat”
Jika seseorang mahu cepat sampai ke matlamat hendaklah bersegera melepaskan bentuk-bentuk misal yang sampai kepada penyaksiannya. Berpindahlah kepada Penyaksian Hakiki. Tanda seseorang sudah memiliki Penyaksian Hakiki adalah dia dapat melihat hakikat ketuhanan pada dua perkara yang bertentangan dengan sekali pandang. Nama, rupa, bentuk, cahaya dan warna tidak menghijab pandangannya untuk menyaksikan hakikat atau Rububiah. Makrifat tentang nama-nama Tuhan penting bagi memperolehi Penyaksian Hakiki. Jika Yang Menghidupkan tidak menghijab Yang Mematikan, Yang Menaikkan tidak menghijab Yang Menjatuhkan, Yang Memberi tidak menghijab Yang Menahan, Yang Awal tidak menghijab Yang Akhir, Yang Zahir tidak menghijab Yang Batin, maka yang disaksikan pada setiap masa dan dalam semua suasana adalah Yang Maha Esa. Apabila mata ilmu dan mata hati tidak menutup mata keyakinan maka yang disaksikan adalah Yang Haq!
Tidak semua orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil akan terdorong kepada suasana bersatu dengan Tuhan. Si hamba yang telah mengalami suasana kehadiran kenabian dan mengalami pula suasana Keesaan Tuhan akan sentiasa dibayangi oleh rasa kehambaan kepada Tuhan. Pertembungan dengan Hakikat Insan Kamil tidak menyebabkan berlakunya perlarutan. Suasana Hakikat Insan Kamil dialaminya sebagaimana mengalami suasana Hadrat kenabian dan Hadrat ketuhanan. Si hamba tidak mengalami suasana menjadi Insan Kamil atau menjadi Tuhan atau bersatu dengan Tuhan. Insan Kamil merupakan salah satu Hadrat yang dialaminya dan melalui pengalaman tersebut dia mengerti maksud Insan Kamil.
Orang yang berjalan pada jalan kehambaan akan menetap sebagai hamba, tidak berubah menjadi Adam atau Muhammad atau Insan Kamil atau Tuhan. Sepanjang perjalanan dia berada dalam suasana dia yang menyaksikan dan melalui penyaksian tersebut dia memperolehi pengetahuan dan pengenalan (ilmu dan makrifat) tanpa melepaskan pandangan kepada ;
“Allah Yang Maha Esa”, dan;
“Tiada sesuatu serupa dengan-Nya”.
Melalui jalan kehambaan kehadiran kenabian, kehadiran Hakikat-hakikat Insan, Muhammadiah dan Insan Kamil dan juga kehadiran Tuhan berperanan sebagai Pembimbing. ‘Pertemuan’ dengan Hadrat-Hadrat tersebut memperkuatkan Petunjuk Ghaib dalam dirinya. Juru-bicara dalam dirinya sentiasa memberi peringatan. Dia diperingatkan agar berjalan terus, jangan berhenti walaupun dilambai oleh syurga atau dihalang oleh neraka, walaupun dibukakan suasana Hakikat-hakikat. Semua itu untuk diketahui dan untuk dikenal, bukan tempat untuk bermakam.
Dalam suasana Hakikat Insan Kamil, seseorang biasa berjumpa dengan hakikat maut iaitu mengalami suasana Izrail. Boleh juga dikatakan jika seseorang itu tidak mengalami suasana Izrail dia tidak memasuki daerah Insan Kamil dengan sepenuhnya. Dia mungkin berjalan di bawah bayangan daerah itu sahaja.
Manusia biasa naik ke langit melalui jalan biasa yang dilalui oleh semua orang, iaitu jalan mati. Orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil juga mengalami kematian, tetapi bukan kematian tubuh badan. Kematian yang berlaku di sana adalah kematian secara kebatinan, iaitu merasai kehadiran Maut. Dia mungkin merasai suasana kematian beberapa kali pada alam kebatinannya. Pengalaman yang demikian membuka tutupan pada hati. Pada stesen kerohanian yang ke lapan si hamba telah menghadapkan dirinya kepada maut. Pada ketika itu dia menuju kepada pengecilan kesedaran terhadap diri sendiri. Ia menjadi lonjakan untuk mencapai stesen yang berikutnya. Tetapi pengalaman tersebut tidak banyak memberi pengertian kepada dirinya. Dalam daerah Hakikat Insan Kamil pula si hamba sedang menuju ke arah pembesaran kesedaran terhadap diri sendiri. Oleh itu setiap pengalaman menarik perhatiannya. kehadiran Maut pada daerah Insan Kamil memperjelaskan pengalaman pada stesen ke lapan dahulu. Dalam daerah Insan Kamil ini si hamba merasakan sangat hampir dengan Maut. Biasa terjadi pada peringkat ini dia mendapat firasat mengenai kematian orang-orang tertentu dan kemudiannya ternyata firasat tersebut adalah benar. Keadaan ini bersifat sementara sahaja. Apabila dia meninggalkan daerah Insan Kamil dia keluar juga daripada Hadrat Maut itu dan firasat tentang kematian tidak ada lagi.
Apabila Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil bertemu pada satu daerah, pada satu hati, suasana kehambaan akan menetap dan terhindarlah suasana ketuhanan. Hadrat Maut memperlihatkan kedaifan, kehinaan dan kejahilan si hamba. Hadrat Insan Kamil memperlihatkan kekuasaan, kemuliaan dan kebijaksanaan Tuhan. Orang yang benar-benar menyaksikan keagungan Tuhan adalah orang yang sedang menghadapi sakratul maut. Keadaan ini samalah seperti keadaan orang yang menerima wang satu juta dan pada masa yang sama dia mengetahui bahawa dia menghidapi penyakit kanser yang akan membawanya kepada maut. Begitulah umpamanya keadaan hati yang merasai Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil pada satu masa. Dia diperlihatkan kekerdilan dirinya sebagai hamba Tuhan dan keagungan Allah S.W.T sebagai Tuhan. Bertambah kuatlah rasa kehambaan pada dirinya. Jadi, Hadrat Insan Kamil yang menyebabkan sebahagian orang mengalami suasana bersatu dengan Tuhan boleh juga menambahkan rasa kehambaan. Si hamba yang bertambah rasa kekerdilan diri dan kehambaannya kepada Tuhan bermunajat kepada Tuhan dengan penuh tawaduk:
“Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada sesuatu bersekutu dengan-Mu. Daku hanyalah hamba-Mu yang lemah, hina dan jahil. Di hadapan Wajah-Mu Yang Maha Mulia dan Maha Suci daku menyaksikan betapa lemah, hina dan jahilnya diriku.
Engkau perlihatkan pakaian keindahan-Mu. Bukan Engkau memerlukan pakaian dan bukan juga Engkau menghijab Diri-Mu, tetapi jika tidak kerana pakaian keindahan-Mu nescaya hancur leburlah segala kewujudan yang menghadap kepada keagungan-Mu. Pakaian keindahan itu bukan menutupi Diri-Mu, kerana Engkau Maha Esa, mana mungkin ditutupi oleh sesuatu. Wujud kami jua yang Engkau selimuti dengan kelembutan pakaian keindahan-Mu, agar kami dapat bertetangga dengan kebesaran, kemuliaan, keperkasaan dan keagungan-Mu. Engkau berbuat demikian demi rahmat dan kasihan belas-Mu kepada kami.
Engkau memiliki satu pakaian yang Engkau pakai bila menyamar. Di dalam penyamaran-Mu berdatanganlah penyanggahan, kerana Engkau tidak dikenal dalam penyamaran-Mu. Kekasih akan menunjukkan kebencian. Sahabat akan menunjukkan permusuhan. Seteru akan mempergiatkan fitnah. Besarlah huru-hara terjadi apabila Engkau menyamar. Ilahi! Daku bermohon kepada-Mu. Selamatkanlah daku daripada pengingkaran tatkala menerima kedatangan-Mu dalam penyamaran. Jadikan daku sentiasa mengenali-Mu ketika menyamar dan ketika menyata.
Engkau Maha Cinta. Engkau mencintai agar Diri-Mu dikenali. Lalu Engkau perkenalkan Diri-Mu melalui nama-nama-Mu. Nama dan zat nama sendiri tidak berupaya mendatangkan kesan. Hanya Engkau, Zat yang memiliki segala kekuasaan dan kekuatan. Semuanya menumpang kekuasaan dan kekuatan Zat Diri-Mu Yang Maha Esa, Maha Tinggi. Sekaliannya menyaksikan bahawa: "Inna allah huala kuli sain khadir"
‘Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala sesuatu’ ”.
Kesedaran si hamba kepada kewujudan dirinya dan makhluk lainnya semakin bertambah. Banyak perkara telah disaksikannya, diketahui dan dikenalinya namun kesedaran yang kembali kepadanya belum cukup kuat buat dia mengenali dirinya. Si hamba berhadap kepada Hadrat Tuhannya dan bermunajat:
“Ilahi Rabbi!
Engkau perlihatkan kepadaku jalan kenabian, jalan asma’ dan jalan Insan Kamil. Daku melihat sekaliannya namun daku tidak melihat diriku di atas mana-mana jalan. Ilahi Rabbi! Siapakah pula aku ini?”
Juru-bicara dari dalam dirinya menyampaikan perutusan:
“Tuhan berkehendak engkau berdiri di hadapan-Nya bukan untuk bertutur-kata, bukan untuk mendengar pertuturan-Nya, bukan untuk mengajukan pertanyaan, bukan juga untuk meminta pengetahuan, tetapi hanyalah berdiri tegak semata-mata demi untuk-Nya. Baharulah engkau benar-benar mengenali Keagungan-Nya. Jangan engkau mendahului-Nya. Bila Dia berkehendak mengucapkan tutur kata Dia akan mengucapkan tutur kata-Nya. Bila Dia berkehendak memberikan kefahaman akan ditanamkan kefahaman ke dalam hatimu. Sebelum itu berdiri tegak di dalam makammu yang rendah itu!”
Si hamba berdiri tegak. Maksud berdiri tegak adalah hati menghadap kepada Allah S.W.T secara keseluruhannya, tidak condong ke kanan atau ke kiri. Ingatan dan penghayatan hanya kepada Allah S.W.T. Suasana demikian biasa dipanggil makam alif tanpa baris. Alif yang tidak berbaris tidak bergerak dan tidak bersuara.
Makam alif berdiri tegak biasa diperkatakan oleh mereka yang mengaku diri mereka sebagai ahli hakikat. Mereka meletakkan baris-baris pada alif, maka jadilah alif baris di atas, alif baris di bawah dan alif baris di hadapan. Bila sudah diletakkan baris alif sudah boleh bersuara. Suara alif adalah ‘a’, ‘i’ dan ‘u’. Bagi mereka a, i dan u merupakan tahap makrifat yang sangat tinggi. Berbagai-bagai ilmu dibentuk berdasarkan a, i dan u itu. Oleh kerana mereka berpegang kepada alif yang berbaris, maka mereka hanya boleh mengeluarkan bunyi, tidak boleh mengeluarkan perbuatan. Golongan ini hanya bercakap tentang iman dan tauhid tetapi tidak melakukan amalan Islam. Bagi mereka puncak makrifat yang mereka temui itu tidak memerlukan mereka beramal. Inilah golongan yang sesat dalam istilah.
[ASWAD]
Apa yang berlaku dalam perjalanan kerohanian berbeza daripada jalan yang meletakkan baris kepada alif. Makam alif berdiri tegak adalah penjelasan kepada stesen kerohanian yang ke sebelas. Pada makam ini si hamba berdiri dengan penyerahan secara menyeluruh kepada Allah S.W.T, tidak ada kehendak, tidak ada permintaan dan tidak ada apa-apa melainkan menyerah kepada Allah S.W.T semata-mata. Penyerahan pada peringkat ini lebih sukar daripada penyerahan pada stesen ke sebelas dahulu. Ketika itu kesedaran dan perhatian terhadap diri sendiri tidak ada, lalu penyerahan berlaku secara spontan. Pada peringkat alif berdiri tegak, kesedaran dan perhatian kepada diri sendiri sudah mula tumbuh. Sebelum kesedaran dan perhatian terhadap diri sendiri itu menawan hati, si hamba diperintahkan supaya berdiri tegak seumpama alif, menundukkan kesedaran dan perhatiannya secara menyeluruh di bawah kekuasaan dan pengawasan penyerahan kepada Allah S.W.T. Berbuat demikian di dalam kesedaran sangatlah sukar. Pada ketika itulah si hamba teringatkan Insan Kamil dan berharap Insan Kamil membantunya. Bila timbul sahaja ingatan dan perhatian kepada Insan Kamil terhijablah ingatan, perhatian dan pandangannya daripada Tuhannya. Juru-bicara dari dalam dirinya dengan segera menegurnya:
“Tuhan berkata: ‘Bagaimana engkau mahu masuk ke dalam majlis-Ku sedangkan engkau masih menggantungkan harapan kepada selain-Ku dan engkau masih inginkan yang selain-Ku!”
Teguran tersebut sangat memeranjatkan si hamba. Tuhan tidak mahu ada di antara-Nya dengan hamba-Nya sesuatu yang lain, walaupun sesuatu yang lain itu adalah Insan Kamil atau Qutubul Aqtab atau Wali Qutub atau apa sahaja. Si hamba dengan penuh tawadhuk menyeru Tuhannya:
“Wahai Pelindung diriku. Tunjukkan daku jalan yang lurus. Arahkan diriku dengan Diri-Mu untuk menatap Wajah-Mu”.
Si hamba kembali berdiri tegak dengan Allah S.W.T dan untuk Allah S.W.T. Alif berdiri tegak di hadapan Hadrat Allah S.W.T. Allah S.W.T hadapkan Nur-Nya kepada alif. Alif hancur lebur seperti hancurnya Gunung Thursina. Alif yang hancur tidak akan wujud lagi, tidak akan ada alif yang berbaris. Alif hilang, yang ada hanyalah Nur. Nur di mana-mana, tidak ada alif, tidak ada baris dan tidak ada sesiapa pun. Pada tahap ini ‘aku’ si hamba itu juga tidak ada. Hanya Dia yang ada dan hanya Dia yang mengenali Diri-Nya, tidak ada sesiapa yang ikut campur dalam urusan-Nya. Suasana pada tahap ini menjadi penjelasan kepada suasana kerohanian pada stesen ke dua belas.
Nur menghadap kepada Zat Yang Maha Agung. Lemah longlai nur di hadapan kemaha-agungan Zat. Nur berhadapan dengan Wahdaniatik Zat yang Qiamuhu Binafsih. Zat Berdiri Dengan Sendiri, cukup lengkap sendiri-Nya, tidak memerlukan nur untuk menerangi Diri-Nya. Fanalah nur, maka nyatalah Ghaibul Ghuyub Zat. Zat menerangi Zat oleh Zat dengan Zat. Zat dalam keesaan-Nya serba cukup. Zat Melihat sendiri-Nya, Mendengar sendiri-Nya, Berpengetahuan sendiri-Nya, Berkata-kata sendiri-Nya, Hidup sendiri-Nya, Berkehendak sendiri-Nya dan Berkuasa sendiri-Nya. Zat tidak memerlukan sifat tambahan untuk muslihat Diri-Nya. Sifat yang boleh diletakkan pada Zat adalah “Melampaui segala penyifatan” dan “Tiada sesuatu serupa dengan-Nya”. Bagi-Nya Wajah tanpa rupa, Mata tanpa kelopak, Ucap tanpa suara, Ilmu tanpa halaman, Dekat tanpa mana dan Jauh tanpa hingga. Semua ini memperjelaskan stesen kerohanian yang ke tiga belas.
Zat Maha Mencintai Diri-Nya. Dia Menyaksikan Diri-Nya bersama kesempurnaan sifat Diri-Nya. Dia memperakukan bahawa:
Sesungguhnya Aku adalah Allah! Dia sendiri menamakan Diri-Nya ALLAH. Demi Cinta-Nya kepada Diri-Nya Dia menetapkan:
Tiada Tuhan melainkan Aku! Dia telah menentukan bahawa Dia adalah Tuhan dan tidak akan ada Tuhan yang selain-Nya. Selanjutnya Dia mengadakan ketentuan Siratalmustaqim (Jalan yang lurus), yang pada jalan hakikat dinamakan Khutbah Makrifat. Khutbah Makrifat yang pertama adalah:
Muhammad Rasul Allah!
Bagi mengwujudkan Muhammad Rasul Allah, Dia mengadakan urusan-Nya yang dikenali sebagai Hakikat Muhammadiah iaitu pemangkin atau hijab ketuhanan yang membolehkan Muhammad diciptakan. Berasaskan kepada penciptaan Muhammad itulah sekalian makhluk diciptakan. Dia tidak akan menciptakan makhluk jika Dia tidak berkehendak menciptakan kekasih-Nya, Muhammad. Pada urusan-Nya yang dipanggil Hakikat Muhammadiah itu diletakkan-Nya maklumat atau penyaksian yang melengkapkan Khutbah Makrifat:
Tiada Tuhan melainkan Allah!
Sejak Allah S.W.T mengadakan urusan-Nya yang bernama Hakikat Muhammadiah, Dia telah menetapkan bahawa “Muhammad Rasul Allah” sebelum lagi makhluk diciptakan, sebelum alam diciptakan. Oleh itu setelah Dia menciptakan makhluk, maka sekalian makhluk wajib memperakui bahawa “Muhammad Rasul Allah” walaupun Muhammad yang bertubuh badan belum diciptakan. Nabi-nabi dan rasul-rasul sejak Nabi Adam a.s bersaksikan bahawa “Muhammad Rasul Allah” walaupun mereka datang ke dunia lebih dahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w, kerana mereka menerima maklumat daripada Hakikat Muhammadiah yang padanya ada kenyataan “Muhammad Rasul Allah”. Tujuan Allah S.W.T mengadakan Urusan-Nya (Hakikat Muhammadiah) itu adalah untuk menyatakan bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah.” Apabila Allah S.W.T ‘menanamkan benih’ “Tiada Tuhan melainkan Allah” pada Hakikat Muhammadiah, maka kemunculan makhluk yang ‘bersumberkan’ Hakikat Muhammadiah itu tidak mempunyai kekuatan untuk melahirkan Tuhan yang lain daripada-Nya. Sekali-kali tidak mungkin akan ada Tuhan yang selain Allah S.W.T. Termetrailah kedudukan-Nya sebagai Zat al-Haq, Yang Mutlak dan Ghaibul Ghuyub, terpelihara keagungan-Nya daripada dijangkau oleh sesuatu yang lain daripada Diri-Nya.
Semua kewujudan dibina di atas tapak tauhid. Hakikat Muhammadiah menerima amanah tauhid dan berkewajipan menanggung dan menyebarkannya sebagai Rasul Allah yang menjadi rahmat ke seluruh alam.
Hakikat Muhammadiah sebagai Urusan Allah S.W.T dipanggil Nur Allah. Pada Hakikat Muhammadiah dibekalkan maklumat yang lengkap tentang makhluk yang akan Allah S.W.T ciptakan. Dalam aspek ini Hakikat Muhammadiah dipanggil Hakikat Insan atau Hakikat Alam. Ia dipanggil juga Nur Muhammad. Sebab itu biasa dikatakan sekalian makhluk diciptakan daripada Nur Muhammad. Ia membawa maksud segala kejadian diciptakan menurut apa yang ada pada ketentuan Allah S.W.T, pada suasana hakikat yang dipanggil Nur Muhammad atau Hakikat Insan.
Wajah atau aspek Hakikat Muhammadiah yang menghala kepada Allah S.W.T, yang menjadi hijab ketuhanan, dinamakan Nur Allah.
Wajah atau aspek Hakikat Muhammadiah yang menghala kepada penciptaan makhluk, termasuklah penciptaan Nabi Muhammad s.a.w, dinamakan Nur Muhammad.
Pada Hakikat Muhammadiah dibekalkan pengetahuan dan pengenalan yang lengkap tentang Tuhan. Pada Hakikat Muhammadiah juga dibekalkan maklumat yang lengkap tentang pengabdian kepada Tuhan. Dalam wajah atau aspek ini Hakikat Muhammadiah dikenali sebagai Insan Kamil. Insan Kamil yang mengenali Tuhan dengan sempurna dan mengetahui cara mengabdikan diri kepada Tuhan dengan sempurna. Apabila Insan Kamil menghala kepada manusia-manusia yang sempurna yang ada di bumi, yang mengetahui dan mengenal Tuhan dengan sempurna dan juga mengabdikan diri kepada Tuhan dengan sempurna, Insan Kamil dikenali sebagai Hakikat Abdul Rab (hakikat hamba Tuhan). Kesempurnaan ilmu, makrifat dan pengabdian kepada Tuhan yang paling tinggi dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W, kekasih-Nya dan hamba-Nya. Setingkat di bawah kedudukan Rasulullah S.A.W adalah golongan nabi-nabi. Di bawah daripada golongan Nabi-nabi adalah golongan wali-wali, siddiqin dan orang-orang salih. Mereka adalah kumpulan manusia yang berhakikatkan Hakikat Abdul Rab. Ketua agung bagi sekalian Abdul Rab adalah Nabi Muhammad S.A.W dan baginda S.A.W dikenali sebagai Abdul Allah (Hamba Allah). Manusia sempurna yang lain berhakikatkan Nama-nama Tuhan yang selain Nama Allah. Mereka berkedudukan sebagai Abdul Malik, Abdul Rahman, Abdul Latif, Abdul Karim dan sebagainya. Setiap Abdul Rab akan mempamerkan hakikat ketuhanan yang menguasainya. Pada Hakikat Abdul Rab (hakikat hamba Tuhan) diletakkan penyaksian Khutbah Makrifat:
Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad Rasul Allah.
Hakikat kehambaan ditemui dalam Hakikat Muhammadiah. Apabila si hamba menemui hakikat kehambaan yang menguasainya, maka terbentuklah perakuan, perhatian dan kesedaran yang teguh tentang kewujudan yang Tuhan kurniakan kepadanya. Kesedaran pada peringkat ini adalah kesedaran dalam Ilmu.
Si hamba menyaksikan hakikat dirinya dalam Ilmu Allah S.W.T. Dalam Ilmu Allah, si hamba melihat hakikat dirinya sebagai Abdul Rab yang dipersiapkan untuk menjadi hamba-Nya. Dalam suasana Ilmu Allah S.W.T itulah si hamba menyaksikan Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar dan Kalam Tuhan. Perhatian kepada sifat-sifat Tuhan menyedarkan si hamba tentang pergantungannya kepada sifat-sifat tersebut. Dia menumpang sifat-sifat Tuhan dan kerana itu dia kembali menyedari sifat-sifat atau bakat-bakat yang ada dengan dirinya, iaitu berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata. Si hamba menyaksikan semua bakat-bakat tersebut sebagai medan kehambaannya kepada Tuhan. Orang yang telah meletakkan baris pada alif hanya melihat bakat berkata-kata, lantaran itu mereka hanya bercakap tentang iman, tauhid dan makrifat tanpa beramal. Si hamba yang menemui kembali bakat dirinya setelah memperolehi kesedaran Abdul Rab, bukan hanya bercakap tetapi juga melaksanakan amal yang menunjukkan kehambaan kepada Tuhan. Inilah perbezaan besar di antara jalan yang menetap dalam kehambaan dengan jalan yang membuang kehambaan.
[HAKIKAT ABDUL RAB]
Jalan Hakikat Abdul Rab (hamba Tuhan) jarang ditemui kerana kebanyakan manusia mencari Insan Kamil. Mereka menyangkakan menjadi Insan Kamil merupakan kemuncak pencapaian. Mereka tidak tahu bahawa menjadi Hamba Tuhan itulah kesempurnaan jalan. Orang yang benar dengan Allah S.W.T ‘menemui’ Insan Kamil untuk dibawa kepada jalan Hamba Tuhan. Insan Kamil berperanan membuka jalan kehambaan kerana Insan Kamil mempunyai ilmu yang sempurna tentang Allah S.W.T dan pengabdian kepada-Nya. Salinan Insan Kamil yang paling sempurna, Nabi Muhammad S.A.W, membawa sahabat-sahabat baginda S.A.W ke jalan menghambakan diri kepada Tuhan dengan sebenar-benar kehambaan. Mereka tidak mengejar makam-makam dan martabat dan tidak juga mengejar kekeramatan. Makam yang mereka tuntut ialah makam hamba Tuhan. Martabat yang mereka cari adalah ketakwaan kepada Tuhan. Kekeramatan yang mereka kejar adalah berjihad pada jalan Tuhan.
Si hamba bergerak jauh daripada daerah Insan Kamil. Pengetahuan dan pengenalan yang diperolehinya daripada ‘pertemuan’ dengan Insan Kamil itu sangat berguna bagi memperkuatkan kehambaannya. Berbekalkan pengetahuan dan pengenalan tersebut dia meneruskan perjalanannya bagi mencari kedudukannya sebagai seorang hamba Tuhan. Pada tahap ini kesedaran kemanusiaannya belum kembali sepenuhnya. Dia masih lagi dikuasai oleh kesedaran dalam Ilmu.
[PENYAKSIAN HAK]
Kemudian si hamba mendengar Juru-bicara dari dalam dirinya membacakan:
Masuklah engkau (Abdul Rab) ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurga-Ku. ( Ayat 30 : Surah al-Fajr )
Ketika menaik, pada stesen ke sembilan, si hamba mendengar bacaan di atas sebagai ujian. Pada peringkat kesedaran di dalam Ilmu ini pula ayat tersebut merupakan perintah. Dia diperintahkan keluar daripada kesedaran Ilmu dan masuk sepenuhnya ke dalam kesedaran kemanusiaan. Syurga adalah barzakh atau sempadan atau pun suasana peralihan di antara kesedaran Ilmu dengan kesedaran kemanusiaan, kesedaran hakikat dengan kesedaran insan, suasana Pemerintah dengan suasana yang diperintah. Jasad Adam a.s diciptakan di dalam syurga dan di dalam syurga juga ia menerima tiupan dari Roh Allah S.W.T. Di dalam syurga wujud yang diperintah menerima bakat dan keupayaan daripada wujud yang memerintah. Anasir jasad dicantumkan dengan anasir rohani di dalam syurga kerana satu tujuan:
Sesungguhnya Aku hendak ciptakan khalifah di bumi. ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )
Roh yang membawa bakat kekhalifahan berjumpa dengan jasad yang menyatakan bakat kekhalifahan itu. Pertemuan itu berlaku di dalam syurga. Pada peringkat ini si hamba yang di dalam kesedaran Ilmu itu menyaksikan jalan penurunan ke Alam Arwah, daripada kesedaran Ilmu kepada kesedaran rohani.
Sebelum keluar daripada kesedaran Ilmu si hamba diberi kekuatan untuk menghadapi dunia yang akan menjadi tempat menetapnya nanti sehingga ke akhir hayatnya. Si hamba tidak perlu takut kepada kehuru-haraan dunia kerana dengan izin Allah S.W.T kekuasaan dunia telah dicabut daripadanya sewaktu dia melalui proses menaik dahulu melalui suasana:
Matilah kamu sebelum kamu mati. ( Maksud Hadis )
Kesedaran terhadap hakikat ketuhanan iaitu Hakikat Abdul Rab, yang menguasainya memberinya kekuatan untuk menghadapi apa yang selain Tuhan. Hamba yang kembali ‘bersama’ Hakikat Abdul Rab merasakan dirinya yang lama sudah ‘kiamat’ dan diri yang baharu bergerak menurut kehendak dan peraturan Allah S.W.T. Tuhan menceritakan suasana sesudah kiamat:
Pada hari yang akan digantikan bumi ini dengan bumi lain dan semua langit juga. Dan akan tampil mereka ke hadapan Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa. ( Ayat 48 : Surah Ibrahim )
Hamba yang menyaksikan penguasaan ketuhanan terhadap dirinya kembali kepada kesedaran rohani dalam keadaan seolah-olah telah berlaku kiamat dan segala sesuatu diheret ke hadapan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Tidak akan ada sesuatu yang keluar daripada kekuasaan dan keperkasaan Tuhan.
Ketika di dalam kesedaran rohani itu si hamba mendapat pengetahuan yang jelas bahawa kesempurnaan jalan bagi kehidupan di bumi adalah gabungan jalan kenabian dan jalan asma’.
1)    Jalan kenabian adalah syariat, iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.     (Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat)
Jalan Asma’ adalah menyaksikan Rububiah atau hakikat ketuhanan atau pun urusan Tuhan, pada setiap masa dan dalam semua suasana.
Apa sahaja yang melata ubun-ubunnya adalah dalam genggaman Tuhannya. Dan Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. (Ayat 56 : Surah Hud)
Bukan kamu yang membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka. Dan bukan kamu yang melimpar ketika kamu melimpar tetapi Allah yang melimpar, kerana Dia mahu memberi kemenangan kepada orang-orang yang beriman dari (jihad) itu satu nikmat yang baik. Sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat. (Ayat 17 : Surah al-Anfal)
Kesempurnaan jalan yang menggabungkan kedua-dua jalan tersebut, iaitu bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah S.W.T dan tidak lalai daripada mengingati serta memperhatikan sesuatu tentang-Nya pada setiap waktu dan semua suasana.
Dalam kesedaran rohani si hamba menyaksikan:
Ya Allah! Engkau adalah Tuhan dan daku adalah hamba-Mu.
Ketika di dalam kesedaran rohani itu juga si hamba memperakui kewujudannya yang berjasad. Gabungan rohani dan jasad si hamba menyaksikan:
Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad adalah Rasul Allah.
Itulah penyaksian seorang insan yang menanggung amanah:
2)    Rukun Iman.
3)    Rukun Ihsan
Kepada para insan yang berpegang teguh dengan amanah tersebut dibacakan ayat penetapan:
Ingatlah! Bahawa sesungguhnya aulia Allah itu tidak mereka takut dan tidak mereka berdukacita. Mereka adalah beriman dan mereka sebenarnya bertakwa. Mereka mendapat berita gembira di kehidupan dunia dan di hari akhirat; tiada lagi perubahan pada ketentuan Allah, itulah keuntungan yang besar. ( Ayat 62 – 64 : Surah Yunus )
Si hamba memasuki daerah kesedaran rohani dengan munajat:
“Ilahi! Daku bukan seorang abid, maka daku tidak kuat beribadat. Daku bukan seorang alim, maka daku tidak tahu menyeru. Daku hanyalah seorang penyerah, maka terimalah daku. Lakukan apa yang Engkau mahu dengan diriku. Daku jualkan diriku kepada-Mu. Harganya adalah sabar, reda, tawakal dan ikhlas. Engkau ambillah diriku dan kurniakan kepadaku sabar, reda, tawakal dan ikhlas. Izinkan daku memakai pakaian sebagai hamba-Mu”.
Kemudian si hamba membacakan:
Katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkan daku dengan kemasukan yang baik dan keluarkan daku dengan keluaran yang baik. Dan jadikanlah untukku pertolongan yang langsung dari-Mu sebagai kekuatan yang menolong”. ( Ayat 80 : Surah Bani Israil )
“Engkau jualah Pelindung diriku, yang memfitrahkan daku untuk berdiri di antara kedua Tangan-Mu, Jalal dan Jamal-Mu, dan menetapkan daku dalam makam Hadrat-Mu. Nur-Mu yang menjadi perisai melindungi daku dalam melaksanakan perintah dan peraturan-Mu”.
Maha Suci Engkau, Tuhanku, Tuhan Yang Maha Perkasa dari apa yang mereka sifatkan. Dan salam sejahtera atas sekalian yang diutus. Dan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Kemudian si hamba mengalami suasana kebatinan yang digambarkan sebagai “dinding Kaabatullah terbuka dan terbentanglah bumi baharu yang rata dan sangat luas, dilengkungi oleh Rahmaniat Tuhan”.
Si hamba diterangi oleh cahaya Hakikat Ahmadiah.

Monday, February 14, 2011

9. RAHSIA SYARI'AT

SYRAH KITAB FUTUHAT AL MAKIYAH

Karangan :  SHEIKH IBN 'ARABI


9.   RAHSIA SYARIAT 

Rahsia Syariat Dan Nama Ilahi.
Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan.
Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan.
Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah,
hamba Allah bermain mata.
Dia sejahtera dengan dirinya
bangga, sombong, meninggi diri, bongkak.
Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara
lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh.
Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan,
"Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!"

[Nama-Nama Ilahi Adalah Bahasa Bagi Suasana Yang Sesuai Dengan Hakikat-Hakikat]
Allah berfirman :
"Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang menjadi Utusan" (Al Israa’: 95)
dan Dia berfirman :
"Kami tidak datangkan azab sebelum Kami hantarkan Utusan" (Al Israa’: 15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai lidah hal yang sesuai dengan hakikat-hakikat mereka. Penuhilah diri kamu dengan apa yang kamu dengar dan jangan khayalkan yang berbilang-bilang atau perkumpulan yang bebas bertindak sendiri. Dalam tajuk ini banyak daripada hakikat-hakikat yang mampu difikirkan akan disusun menurut hubungan itu, bukan menurut sumber kewujudan.
Zat Allah adalah Esa sebagaimana keadaan zat. Daripada pandangan itu kewujudan kita, keperluan dan kemungkinan, kita ketahui bahawa kita mesti ada sesuatu yang harus yang boleh kita pegangi. Dasar yang daripadanya kewujudan kita tuntuti mesti ada beberapa asbab. Nabi memanggil mereka Wahai Nama-nama Yang Paling Indah. Dia memanggil diri-Nya "Berkata-kata" melalui mereka oleh kerana Dia berkata-kata dalam darjat kewujudan bagi Wujud ketuhanan-Nya yang tidak boleh dikongsikan. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali Dia.

[Pertemuan Nama-Nama Dalam Hadrat Yang Dinamai Dan Kenyataan Keputusan Mereka]
Selepas kepastiannya pada permulaan perkara ini dan keutamaan dan penguasaan dalam alam yang mungkin ini, saya katakan bahawa nama-nama dikumpulkan bersama dalam hadrat (kehadiran) yang di Namai. Mereka menyaksikan hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan memintakan kenyataan bagi keputusan mereka agar sumber mereka akan terpisah daripada kesannya.
Pencipta adalah Dia Yang Menentukan, Yang Mengetahui, Yang Mentadbir, Yang Membezakan, Yang Membentuk, Yang Memulakan, Yang Mengulangi, Dia yang mengadakan kematian, Yang Mewarisi, Yang Bersyukur.
Semua nama-nama Ilahi memandang kepada zat mereka, tetapi tidak melihat apa yang sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan atau dibekalkan. Mereka berkata, "Bagaimana ada tindakan kecuali sumber-sumber ini dinyatakan yang dalamnya keputusan kami muncul lalu penguasaan kami menyata?"
Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam, Nama-nama Ilahi yang sebahagian daripada hakikat alam tuntutkan mencari perlindungan Nama, al-Bari (Permulaan). Mereka berkata kepada-Nya;
"Bolehkah Engkau bawakan kepada kewujudan sumber-sumber ini agar menyata keputusan kami dan penguasaan kami didirikan kerana kehadiran yang kami berada di dalamnya tidak menerima kesan kami?" Al-Bari berkata, "Itu mesti dirujukkan kepada Nama, Yang Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya".

[Yang Harus Dalam Suasana Mereka Yang Tidak Wujud Dan Bagaimana Sumber Mereka Muncul]
Asas ini ialah dalam keadaan mereka tidak wujud, 'yang mungkin' membuat permohonan kepada Nama-nama Ilahi daripada keadaan kehinaan dan pergantungan. Kata mereka ;
"Ketidakwujudan membutakan kami daripada pengertian satu sama lain dan kepada mengenali apa yang kami berhutang denganmu. Jika kamu menyatakan sumber kami dan pakaikan kami dengan pakaian wujud, kamu merahmati kami dengannya dan kami akan menanggung kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan berhubung dengan kamu. Penguasaan adalah sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang sebenarnya. Kini kamu adalah Tuan bagi kami semua melalui kuasa dan keupayaan. Inilah yang kami cari daripada kamu adalah lebih banyak daripadanya dalam hubungannya dengan kami." Nama-nama menjawab, "Ini, apa 'yang mungkin' katakan itu adalah sah." Mereka bergerak untuk mencari yang demikian.
Kemudian mereka menghadap nama, al-Qadir (Yang Berkuasa). Dia berkata ;
"Aku di bawah penguasaan Yang Menjadikan. Aku tidak boleh membawa sebarang sumber daripada kamu kepada kewujudan melainkan dengan arahan-Nya. Tidak ada yang mungkin bagi-Ku kecuali perintah daripada Yang Memerintah datang kepadanya daripada Tuhannya. Apabila Dia perintahkannya supaya mengambil bentuk dan berkata, 'Jadi!' maka Aku boleh melakukannya dan hubungkannya kepada pembawaannya kepada kewujudan, maka Aku berikannya bentuk dari saat itu. Pergilah kepada nama Yang Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan jadikan lebih berpengaruh aspek kewujudan di atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah, Yang Berkata-kata dan Diri-Ku akan bergabung bersama dan membawa kamu kepada kewujudan."
Mereka pergi kepada nama, Yang Menjadikan, dan berkata kepada-Nya ;
"Kami telah bertanyakan nama Yang Berkuasa, untuk membawa sumber kami kepada kewujudan. Dia merujukkan perkara ini kepada kamu. Apakah kata kamu?" Yang Menjadikan berkata, "Yang Berkuasa berkata benar, tetapi aku tidak memiliki berita tentang nama Yang Mengetahui telah putuskan berhubung dengan kamu, samada ilmu-Nya untuk membawa kamu kepada kewujudan sudah mendahului secara khusus ataupun tidak. Aku di bawah penguasaan nama Yang Mengetahui. Pergilah kepada-Nya dan ceritakan hal kamu".
Mereka kemudian pergi kepada nama, yang Mengetahui, dan menceritakan kepada-Nya apa yang nama, Yang Menjadikan katakan kepada mereka. Yang Mengetahui berkata ;
"Yang Menjadikan berkata benar. Ilmu-Ku mengenai kamu keluar kepada kewujudan sudahpun mendahului, tetapi adab adalah lebih sesuai. Di sana ada hadrat (kehadiran) yang mengawal kita, dan ia adalah nama Allah. Kita mesti menghadap-Nya, kerana ia adalah kehadiran bagi perkumpulan."
Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran Allah. Dia berkata ;
"Apakah keperluan kamu?" Mereka menceritakan kepada-Nya. Dia berkata, " Aku adalah nama yang mengumpulkan semua hakikat-hakikat kamu. Aku adalah bukti bagi yang dinamakan, dan ianya adalah Zat yang murni yang memiliki sifat kesempurnaan dan 'tiada-hubungan' (tanzih). Tunggu sehingga Aku masuk kepada pembuktian-Ku." Dia pergi kepada pembuktian-Nya dan memberitahu-Nya apakah yang dikatakan oleh 'yang mungkin' kepada-Nya dan apa yang nama-nama rundingkan. Dia berkata, "Pergilah dan beritahu setiap Nama itu agar mengikat dirinya kepada apa yang hakikatnya tuntut dalam 'yang mungkin' itu. Aku adalah Esa dengan Diri-Ku dalam hubungan Diri-Ku. 'Yang mungkin' memerlukan darjat-Ku, dan darjat-Ku memerlukan mereka. Semua Nama-nama Ilahi kepunyaan darjat itu, bukan kepada-Ku, kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah Nama khusus bagi-Ku, dan tidak ada yang berkongsikannya dengan-Ku dalam hakikatnya dalam aspek apa sekalipun, samada di kalangan nama-nama, darjat atau 'yang mungkin'.

[Perseimbangan Yang Diketahui, Had Yang Ditentukan Dan Imam Yang Dipelihara]
Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar nama, Yang Berkata-kata, untuk menterjemahkan bagi-Nya kepada 'yang mungkin' dan Nama-nama. Dia nyatakan kepada mereka apa Yang Dinamakan nyatakan. Maka Yang Mengetahui, Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang Berkuasa dihubungkan, dan 'yang mungkin' pertama muncul, melalui pilihan Yang Menjadikan dan keputusan Yang Mengetahui.
Apabila sumber dan kesan muncul dalam makhluk, sebahagian mula menekan yang lain dan mengatasi mereka menurut apa yang mereka diasaskan daripada nama-nama dan ini membawa kepada perselisihan dan perbalahan. Mereka berkata ;
"Kami bimbang susunan kami akan menjadi buruk dan kami akan disatukan dengan yang tidak wujud yang kami berada dalamnya". 'Yang mungkin' mengingatkan Nama-nama tentang apa yang telah diberitahu kepada mereka oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan Yang Mentadbir. Mereka berkata, "Wahai Nama-nama! Jika keputusan kamu di atas perseimbangan yang diketahui, dan had yang ditentukan oleh Penghulu yang kamu rujukkan, kewujudan kami akan dipelihara untuk kami dan kami akan pelihara kesan kamu di atas kami untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi kami dan kamu. Jika tidak, kami akan musnah dan hilang". Mereka berkata, "Ini adalah pendapat yang berguna dan benar". Maka mereka lakukan yang demikian. Mereka berkata, "Nama, Yang Mentadbir, adalah yang menentukan hal kamu". Mereka pergi kepada Yang Mentadbir membawa hal mereka. Dia berkata, "Aku akan lakukannya".
Dia masuk dan muncul dengan perintah Hakikat kepada Nama, Rab. Dia berkata kepada-Nya, "Lakukan apa yang kemanfaatan perlukan bagi menjadikan sumber kepada yang mungkin ini berkesinambungan". Dia melantik dua menteri untuk membantu-Nya sebagaimana perintah-Nya. Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu lagi Nama Yang Membezakan. Allah berfirman, 
"Dia mentadbir urusan itu dan membezakan tanda-tanda. Supaya kamu yakin akan pertemuanmu dengan Rab kamu" (Ar Ra’d: 2)
iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa bijaknya perkataan Allah bila Dia bawakan ayat menurut suasana yang mewajibkan hal itu didasarkan!

[Polisi (Dasar) Yang Bijak Dan Peraturan Yang Lazim]
Nama, Rab, tentukan had bagi mereka dan letakkan peraturan bagi mereka untuk kebaikan kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Allah letakkannya kepada dua lategori. Satu kategori dipanggil polisi yang bijaksana yang Dia letakkan dalam sifat diri-diri mereka yang ternama. Had yang ditentukan dan dan peraturan yang digariskan melalui kuasa yang mereka temui dalam diri mereka dalam setiap bandar, arah dan cuaca, menurut penyusunan tempat itu dan pembawaan mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai apa yang sesuai dengan kebijaksanaan. Mereka panggilnya peraturan (nawamis) yang bermakna "sebab-sebab bagi kebaikan" kerana dalam penggunaan teknikal, Namus adalah yang membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah yang berurusan dengan kejahatan.
Nawamis adalah peraturan kebijaksanaan yang digubalkan oleh manusia yang bijaksana, datangnya daripada ilham yang dari Allah padahal mereka tidak menyedarinya. Yang demikian adalah bagi kebaikan dunia, peraturannya dan hubungannya dalam tempat-tempat yang Syariat Ilahi tidak sampai, tidak juga ilmu tentang Yang Esa yang menurunkan peraturan ini dan perkara ini membawa hampir dengan Allah, mewarisi syurga atau neraka bukan juga sesuatu daripada asbab Alam Kemudian. Mereka tidak tahu adanya Alam Kemudian dan kebangkitan jasad selepas mati dalam bentuk jasad yang asli dan akan ada makanan, minuman, pakaian, persetubuhan dan keseronokan, dan dalamnya akan ada seksaan dan azab. Kewujudan yang demikian adalah harus, dan ketidak-wujudannya juga harus. Mereka tidak mempunyai bukti yang satu daripada dua itu lebih berat daripada yang satu lagi.
"Mereka melahirkan kependetaan.." (Al Hadid: 27). 
Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan manfaatnya adalah untuk menjadikan faedah terlaksana di sini.
Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu Ilahi: tauhid tentang Allah dan ketinggian serta kemuliaan yang mesti ada dengan-Nya, sifat-sifat tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan sebarang tara atau persamaan. Orang yang menyaksikan yang demikian dan yang mengetahuinya menceritakannya kepada yang lain. Mereka menggalakkan orang ramai supaya melakukan penyelidikan yang benar dan mengajar mereka bahawa akal, dalam hubungan pemikirannya, ada had yang padanya ia berhenti dan tidak berupaya melepasinya, dan bahawa Allah kurniakan ilham suci kepada hati-hati sebahagian hamba-hamba-Nya yang dengannya Dia ajarkan kepada mereka ilmu yang langsung daripada-Nya agar ia tidak menjadi mustahil bagi mereka. Allah pertaruhkan kepada alam langit perkara-perkara yang dirumuskan melalui adanya kesan mereka pada alam anasir. Dia berfirman; 
"Dia bukakan pada setiap langit peraturannya" (Fushshilat: 12).
Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa yang mereka lihat - apabila jasad yang berbentuk ini mati, tidak ada daripada pancaindera yang kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang menyaksikan dan yang menggerakkan tubuh fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi tambahan kepadanya. Mereka mencari unsur tambahan itu, maka mereka mengenali diri mereka. Kemudian mereka melihat apa yang diketahui sesudah kejahilan. Mereka tahu bahawa sekalipun ianya tubuh yang paling mulia, ianya disertai oleh kemiskinan dan kehilangan. Mereka mencari puncanya dengan penyelidikan, bergerak dari satu benda kepada yang lain. Bila sahaja mereka sampai kepada sesuatu perkara, mereka melihatnya memerlukan sesuatu yang lain sehinggalah pemerhatian membawa mereka kepada sesuatu yang tidak memerlukan apa-apa bukan juga serupa dengan sesuatu yang menyerupai sesuatu dan tidak juga sesuatu menyerupainya.
Mereka berhenti padanya dan berkata, "Inilah Yang Pertama". Ia mestinya Yang Satu dengan zatnya dalam hubungan zatnya, dan kepertamaannya tidak menerima yang kedua, tidak juga keesaan-Nya kerana Dia tidak mempunyai keserupaan dan tidak juga persamaan. Mereka mengesakan-Nya dengan tauhid wujud. Apabila mereka melihat yang demikian, dengan diri mereka, 'yang mungkin' tidak memiliki penguasaan dengan zat mereka, mereka tahu bahawa Yang Satu ini memberikan mereka kewujudan. Mereka memerlukan dan bergantung kepada-Nya dan kepada kekuatan-Nya untuk melepaskan daripada mereka semua yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah batas akal (dalam pemikiran).

[Polisi Syariat Dan Peraturan Ilahi]
Demikianlah kami jelaskan tentang mereka. Apabila seseorang dari kalangan mereka muncul yang mereka anggapkan orang itu tidak mempunyai darjat dalam ilmu untuk mereka percaya, dan mempunyai fikiran yang benar serta perhatian yang wajar, dan kemudian orang itu berkata kepada mereka, "Aku adalah Utusan Aallah kepada kamu," mereka berkata, "Keadilan lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar pengakuan itu. Adakah dia mengaku sesuatu yang mungkin ataupun mustahil?" Mereka berkata, "Sudah teguh pegangan dengan kami bahawa Allah memiliki limpahan suci yang Dia boleh kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki sebagaimana Dia limpahkannya kepada roh-roh sfera-sfera dan akal-akal ini. Semuanya berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada 'yang mungkin' itu lebih berhak daripada yang lain dalam apa 'yang mungkin'. Terpulang kepada kami untuk melihat kepada kebenaran orang yang membuat pengakuan itu atau melihat samada dia berbohong atau tidak. Kami tidak simpulkan salah satu daripada dua pendapat ini tanpa bukti. Ia adalah adab yang buruk dengan ilmu kami".
Mereka berkata, "Adakah kamu mempunyai bukti tentang kebenaran pengakuan kamu?" Dia membawakan kepada mereka bukti-bukti, dan mereka memerhatikan keterangan dan bukti-buktinya. Mereka memerhatikan untuk mengetahui apakah yang orang ini miliki daripada maklumat-maklumat mengenai hasil pemikiran dan apakah yang dia tidak perakui mengenainya. Mereka mengetahui bahawa sebagaian daripada yang dibukakan dalam setiap langit oleh Yang Esa, yang membukakan pada setiap langit peraturannya, adalah mengenai kedatangan orang ini dan apa yang dia bawakan. Mereka bersegera kepadanya dengan mempercayai dan memperakuinya. Mereka mengetahui bahawa Allah telah memperkenalkannya dengan apa yang Dia telah amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang pemikiran mereka tidak sampai. Kemudian Dia berikannya sebahagian daripada makrifat Allah yang mereka tidak miliki.
Mereka melihat bahawa Dia menurunkan ilmu mengenai Allah kepada manusia biasa, pendapat yang lemah, adalah dengan yang demikian sesuai bagi akalnya dalam yang demikian, dan kepada manusia yang berakal cerdas dan pemerhatian yang kuat adalah juga dengan yang demikian sesuai bagi akalnya dalam yang demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu telah menerima wahyu Ilahi yang melampaui  tahap akal, dan bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya sebahagian ilmu mengenai-Nya dan kekuasaan keatasnya yang Dia tidak berikan kepada mereka. Mereka memperkatakan nikmat-Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan kepadanya melebihi mereka. Mereka percaya kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya. Dia adakan bagi mereka amalan yang membawa seseorang hampir dengan Allah dan dia ajarkan mereka apa yang Allah ciptakan dari yang mungkin yang tidak kelihatan bagi mereka, dan apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka pada masa akan datang. Dia ceritakan kepada mereka tentang Dihidupkan-semula, Kebangkitan, Dikumpulkan, Syurga dan Neraka.

[Asas Pembentukan Syariat Yang Suci Dalam Dunia Ini]
Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti pada masa dan suasana yang berlainan. Setiap mereka memperakui sahabat mereka. Mereka tidak berbeza sama sekali dalam prinsip asas yang atasnya mereka pegang dan yang mereka tunjukkan, sekalipun perutusan berbeza. Undang-undang Tuhan diturunkan dan perutusan juga diturunkan. Perutusan menurut masa dan suasana sebagaimana firman-Nya; 
"Kami tentukan peraturan (Syariat) dan amalan bagi setiap orang daripada kamu"      (Al Maa-idah: 48). 
Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada percanggahan dalamnya.
Mereka mengadakan perbandingan di antara risalat nabi yang datang daripada Allah dengan apa yang ahli falsafah tetapkan mengenai peraturan kata-kata falsafah yang mereka anggap sebagai hasil proses pemikiran. Mereka ketahui bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia daripada Allah tanpa keraguan. Oleh itu mereka menerima apa yang dia ajarkan kepada mereka daripada alam ghaib dan mereka percaya bahawa kepada Utusan-utusan. Tidak ada dari kalangan mereka yang membantah, tetapi sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang penuh kepadanya dan ilmunya dan mereka ;
"menurut hawa nafsu" (Al A’Raaf: 178)
dan melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Mereka jahil tentang diri mereka yang sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang Tuhan mereka.
Akar dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada dunia ini ialah untuk menjadikan dunia ini dalam keadaan sejahtera dan perakuan tentang apa yang tidak diketahui daripada Allah yang tidak diterima oleh akal, iaitu apa yang akal tidak miliki sendirinya dalam hubungan pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang mengandungi ilmu ini, dan lidah Nabi dan rasul membacakannya. Dengan demikian orang yang berakal menegtahui bahawa mereka kekurangan dalam perkara penegtahuan mengenai Allah yang Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.

[Manusia Berakal Yang Sebenarnya Dan Mereka Yang Memiliki Kekhuatiran, Perselisihan Dan Perkataan-Perkataan]
Dengan menggunakan manusia yang berakal, saya tidak maksudkan mutakallimun hari ini menurut kebijaksanaannya. Yang saya maksudkan ialah sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dengan memerhatikan dirinya, membentuk disiplin diri, bermujahadah, berkhalwat dan persediaan untuk kedatangan waridat yang akan datang ke dalam hati mereka apabila sifat mereka menjadi sebahagian daripada alam atas yang dalamnya pembukaan diberikan dalam langit yang tinggi. Mereka ini, iaitu mereka yang berakal, mengadakan celoteh, ucapan dan perbahasan dengan mereka yang menggunakan fikiran dalam perkara yang diperkatakan yang dikeluarkan oleh yang terdahulu. Mereka tidak melihat perkara itu daripada apa yang orang-orang itu perolehi. Begitulah keadaan kita hari ini, mereka tidak ada nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-hamba Allah, dan mereka hanya menghormati orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan kepada dunia ini menguasai jiwa mereka, begitu juga cita-cita kepada pangkat dan kedudukan. Allah menghinakan mereka sebagaimana mereka menghina ilmu dan Dia merendahkan mereka. Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu raja dan gabernor yang jahil. Raja dan gabernor itu menghina mereka.
Perkataan orang-orang seperti itu tidak penting.
"Allah telah metrikan hati mereka" (Al A’Raaf: 2), 
"jadikan mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka"         (Muhammad: 23) 
walaupun mereka mengaku merekalah yang terbaik di dalam dunia ini. Ahli feqah dan mufti yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik daripada mereka sekalipun mereka kurang ketelitiannya dalam segala aspek. Orang yang mempunyai keyakinan, sekalipun dia mengambilnya melalui tiruan, berada dalam suasana yang lebih baik daripada mereka yang berakal itu dalam apa yang mereka dakwakan.  Jauh sekali daripada kedudukan seorang yang berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah menyaksikan sebahagian daripada mereka yang merupakan orang-orang yang paling mengetahui tentang skop Rasul-rasul dan mengikuti sunnah dengan bersungguh-sungguh, dan sangat memelihara Sunnahnya, ahli makrifat mengenai apa yang perlu mengenai keagungan Yang Haq dalam ketinggian, mengetahui apa yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya di kalangan Nabi-nabi dan pengikut mereka dari kalangan aulia di atas jalan mengenali Allah dari arah limpahan suci yang pilihan yang terkeluar daripada pengajaran yang biasa pada jalan pembelajaran dan mujahadah yang akal tidak mampu mencapainya melalui pemikirannya.
Saya dengar salah seorang daripada orang yang terkenal dari kalangan mereka, yang telah menyaksikan sebahagian daripada apa yang Allah telah bukakan kepada saya mengenai ilmu tentang-Nya tanpa pemikiran dan pembacaan. Ianya daripada khlawat khusus yang saya lakukan dengan Allah ketika saya tidak berada bersama-sama mereka yang mencari. Dia berkata ;
"Segala puji bagi Allah yang mengizinkan daku berada dalam zaman yang dalamnya daku melihat seseorang yang Allah kurnikan rahmat daripada-Nya dan ilmu daripada hadrat-Nya!" Allah kurniakan rahmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah memiliki nikmat yang luas.

"ALLAH KATAKAN YANG BENAR DAN MEMIMPIN KEPADA JALAN YANG BENAR".

8. MASA YANG ADA

SYARAH KITAB FUTUHAT AL MAKIYAH

Karangan :  SHEIKH IBN 'ARABI


8.   MASA YANG ADA 

Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan
Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan', kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.

[Kepertamaan Yang Haq Dan Wujud-Nya Dan Kepertamaan Alam Maya Dan Wujudnya]
Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah berfirman;
"Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa" (QS Ali “Imran: 97)                             melalui bukti lojik dan Syariat.
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.
Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.
Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam.
Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman, 
"Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun" (QS Ali ‘Imran: 97).
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.
Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad 
"yang tidak beranak"
yang seharusnya menjadi yang terdahulu 
"tidak juga diperanakkan"
yang menjadi hasil, 
"dan tiada sesuatu menyamai-Nya" (QS Al Ikhlash: 3-4), 
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.

[Hubungan Azali Dengan Allah Seperti Hubungan Masa Dengan Yang Fana]
Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila" mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia berfirman, 
"dan Allah mengetahui segala perkara" (QS Al Ahzab: 40) "dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas" (QS Ar Ruum: 4). 
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, "Di manakah Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa adalah perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.

[Masa: Mudah Difahami Dan Terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan "masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan.
Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa yang ditentukan" adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan;
"pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu," (QS As Sajdah: 5) 
Dan;
"pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu" (QS Ma’aarij: 4).

[Bagaimana Hari Dikira Pada Zaman Dajjal]
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu." 
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, "Bagaimana seseorang lakukan sembahyang pada hari itu?". Baginda s.a.w menjawab, "Seseorang itu akan tentukan". Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera  masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.
Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan satu daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan.
Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak.

[Satu Masa (Zaman Fard) Dan Satu Jauhar]
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul 
"setiap hari Dia di dalam urusan" (Qs Ar rahman: 29). 
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana "hal" yang diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak berakhir  maka pembahagian juga tiada kesudahan.
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan "yang dinomborkan" oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan "zat yang satu (satu jauhar)" membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya' allah, dalam buku ini.

"Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar".